Hari Kedua di Hospital

1.4K 74 5
                                    

"Encik Bakar, Encik Bidin dan Encik Leon, sila berjumpa dengan saya di luar. Ada perkara yang hendak dibincangkan"

Mereka berjalan keluar agak jauh dari bilik untuk berbincang tentang tadi. Ali pula yang di dalam sangat ingin tahu perbincangan mereka dan tindakan yang akan dilakukan seterusnya namun tiada jalan.

"Saya telah mengkaji rakaman tadi dan mendapat beberapa info yang mendukung serangan pertama memang bukan dari Mysterio. Punca serangan kedua masih lagi tiada apa² maklumat. Rakaman CCTV juga tidak jelas kerana keadaan sangat gelap."

"Apa info serangan pertama?"

"Disebabkan kita sendiri yang nampak Mysterio ialah orang dewasa depan mata, itu menandakan bukan dia tapi mungkin dia menghantar orang lain. Satelit M.A.T.A juga mengesan keberadaan terakhir nya tidak jauh dari base haritu. Serangan pertama juga dilakukan oleh orang bertopeng biasa, tiada apa² alatan canggih jadi mungkin ini tiada apa² kaitan dengan Mysterio"

"Terima kasih, Geetha. Kami akan cuba siasat dan berikan sebanyak maklumat yang boleh"

"Apa yang kita nak buat sekarang?"

Meanwhile...
"M.A.T.A mesti tengah cari kita sekarang. Nak buat macam mana ni?"

"Kita takde tinggalkan jejak. Diaorang takkan tahu identiti kita"

"Tapi M.A.T.A akan tahu jugak. Kita dah cederakan orang"

"Biar aku fikirkan"

Kembali ke Ali...
"Wey, Cikgu Bidin pandai lawan ke? Kat sekolah aku tengok lemah semacam je dia" Viktor berbisik kepada Ali. Mana taknya dia tak tanya, Cikgu Bidin A.K.A Ejen Karya kalau kat sekolah, jalan pun dah macam zombie, muka pun 'blur' malas² mengalahkan Ali. Tapi tu lah yang Viktor tak tahu, Ejen Karya kat M.A.T.A cool dan bersemangat.

"Uishh kau taktau haritu dia selamatkan aku, dia lawan cun gila!"

"Serius lah?! Dia selamatkan kau dari apa?"

"Errr, haritu ada orang macam gangster kot nak serang aku waktu balik sekolah pastu Cikgu Bidin selamatkan. Guna tangan kosong je lawan gangster pegang batang besi" Ali memuji kehebatan Ejen Karya.

"Wahh power! Tak sangka betul dia pandai lawan. Aku pun baru nak belajar" remaja cina itu kagum dengan cikgu yang dia tak pernah tahu pandai berlawan. Kini dia berlatih semula pergerakan yang diajar Chris tadi begitu juga dengan Ali.

"Okay tadi dia ajar pisau pegang macam ni, pastu tahan guna tangan sebelah pastu serang..hmm okay okay aku dah faham. Senang je rupanya"

"Ke..Ambo ghoyak dah, sene je lawe paka pisa"
(Kan..Aku dah kata, senang je lawan pakai pisau)
Chris menyimpan dua bilah kerisnya. Telefon Ali sekali lagi bergetar, dia agak takut untuk melihat telefonnya sendiri tapi tetap membaca pesanan nombor misteri itu.

'Aku akan pastikan kau
join aku walaupun secara
paksa. Baik kau jangan
bagitau sesiapa pasal
ni, kalau tidak kau tahu lah
apa akibatnya'

                              'ye ye, aku tak bagitau
                              Jangan apa² kan
                              sesiapa'

'Bagus'

Ali tidak menjawab dan terus meletakkan telefonnya. Dia pelik, apa yang orang tu nak sangat dengan dia? Ali sendiri teringat orang selalu berkata dia lemah tapi orang ni, lain.

'Niat dia baik ke? Tapi takkan sampai nak cederakan orang kan? Kenapa dia nak aku join dia? Apa motif dia kalau aku join pun? Dia ke Misterio, orang bertopeng besi? Dua serangan tadi ada kena mengena dengan dia ke? Sebab haritu Mysterio yang rawat aku awal². Jadi sekarang dia nak aku join dia?Aarghhh, lagi aku fikir lagi aku pening'

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now