Naura Qairina memandang jauh ke laut lepas. Sinar matahari yang berwarna jingga mencantikkan lagi suasana petang itu. Naura amat suka dengan pemandangan waktu petang, dia mendapat ketenangan hanya dengan melihat matahari terbenam. Indahnya alam ciptaan Allah SWT.
Naura yang baru tiga bulan bertugas sebagai chef di sebuah hotel di pulau peranginan utara tanahair.
''Cik Naura buat apa di sini?'' tegur Aariz Zafri. Aariz Zafri merupakan anak kepada pemilik Hotel Duta dan bertugas sebagai pengarah di hotel tersebut.
'' Ambil angin petang Encik Aariz'' balas Naura sambil lewa.
'Adoi menyibuk pulak Aariz ni. Mengganggu ketenangan sungguh' gumam Naura dengan nada tidak puas hati.
'' Ingat boyfriend ke? Tak perlu Naura, Riz kan ada depan Naura ni.'' sambil tersengih Aariz cuba jual minyak.
Sejak Naura datang bekerja di hotelnya, Aariz sudah mula memikat Naura. Keperibadian Naura amat memikat hati Aariz. Malangnya sekalipun Naura tidak mengendahkan Aariz. Aariz pun tidak tahu di mana silapnya. Nak kata tak handsome, kacak juga dia. Kaya memang kaya pun walaupun yang kaya itu papanya. Kira cukup package tapi Naura masih tak pandang dia.
'' Tak ingi...eh encik Aariz saya minta diri dulu ya. Penat pula rasanya hari ni. Bye.'' Tanpa menunggu balasan terus Naura pergi meninggalkan Aariz.
'' Naura nanti. Adoi tak jalan juga. Susah betul nak pikat Naura ni.'' Aariz menggaru kepalanya yang tidak gatal.
'' Just give up abang Riz. She is nothing. Dia bukan siapa-siapa pun yang you nak pikat sangat.''
Dina Ariana yang dari tadi melihat sketsa antara Aariz dan Naurah mencebik tanda meluat dengan sepupunya itu. Sebenarnya dia cemburu dengan Naurah sebab Aariz sudah tidak memperdulikannya lagi. Dina sendiri cuba untuk memikat Aariz sebab dia dah jatuh cinta dengan Aariz.
''She's nothing but I like her. Susah nak dapat perempuan melayu terakhir seperti itu.'' balas Aariz sambil memandang Dina atas bawah.
Dah la pakai baju tak cukup kain, rambut pula macam lepas kena kejutan elektrik.
Mengerbang mengalahkan Kak Limah. Kesian Kak Limah asyik kena bandingkan saja. Kalau yang elok tak apa juga.
'' Whatever. Nanti Dina bagitau maklong pasal abang Riz. Mesti maklong bantah abang Riz ada affair dengan pekerja sendiri. Agak-agak la.'' Dina mula membabitkan mama Aariz pula.
Aariz mula resah. Dia tahu taste mamanya. Semua nak high class termasuk calon menantu. Aariz menarik nafas panjang.
Nanti-nantilah dia cari akal macam mana nak pujuk mamanya Datin Rosemaria. Terus dia menapak kembali ke hotel dengan longlai.
Dina yang bengang kerana tidak diperdulikan Aariz terus menghentakkan kakinya sambil menjerit kejar langkah Aariz.
'' Abang Riz tunggu Dina.''
Aariz tidak peduli dan terus masuk ke dalam biliknya sambil menghempas pintu bilik.
Naurah yang sempat melihat drama tersebut terus ketawa hingga keluar air mata. Dia sememangnya alergik dengan karenah anak-anak orang kaya. Baginya mereka ini adalah spoiled brat hanya tahu menumpang kekayaan ibubapa mereka. Beruntungnya mereka dapat hidup mewah tanpa perlu bekerja keras.
Nasib kau lah Naurah, siapa suruh kau minat memasak. Bukan kau tak ada degree tapi minat punya pasal kau sanggup lupakan apa yang kau dah belajar. Naurah mempunyai ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan tetapi lebih berminat memasak. Dia memuaskan hatinya dengan menjadi chef di hotel milik Dato' Zaman Khan ini...papa Aariz Zarif. Nasib baik jadi chef, kalau jadi orang gaji kan kes aniaya tu.
'' Oi cik kak, mengelamun apa lagi tu. Masuk cepat dah nak maghrib ni.'' jerit Karisma, teman sebilik Naura.
Karisma bekerja sebagai housekeeping di hotel tersebut. Oleh kerana ibu Karisma amat meminati filem hindustan maka setelah melahirkan anak perempuan maka diberi nama Karisma. Nama abang Karisma pula ialah Salman Khan. Nasib baik Salman Khan, kalau Shah Rukh Khan tak dapat la den nak menolong.
'' Nak masuk la ni cik Karisma oi,nak tengok drama pukul 7 sekejap.''
'' Mana..mana''
'' Sorry dah habis.''
Naurah masuk ke dalam bilik dengan ketawa yang masih tersisa. Bilik yang dikhaskan untuk pekerja hotel yang masih bujang. Jadi senang untuk mereka berulang alik ke tempat kerja dengan mudah.
Hubungan Naurah dan Karisma seperti adik beradik. Memandangkan hanya Karisma yang sudi menegurnya dahulu semasa mula bekerja di sini maka Naurah terus rapat dengan Karisma. Karisma pula merupakan anak tempatan dan Naurah juga rapat dengan keluarga Karisma. Naurah amat berbesar hati dan terhutang budi dengan keluarga Karisma kerana sanggup menerima kehadirannya. Jadi dia tidak berasa sunyi sejak berjauhan dengan keluarganya.
YOU ARE READING
GHADI AQHAR: THE LIONS
General FictionApakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua...