Pagi itu, setelah kembali ke markas,Ghadi, Qaid dan Kai menyelusuri tepi pantai. Kecik macam biasa ditugaskan memasak sementara Jai dan Orlando diberi rehat oleh Ghadi kerana mereka tidak bercuti tempohari.
Tiba-tiba....
"Omma!! Bos..Qaid..tengok tu! Orang ka hantu? Ka duyung yang terdampar? Allahu apa yang berlaku ni?" Kai yang terkejut hingga ternganga mulut.
Ghadi dan Qaid memandang antara satu sama lain dan turut terkejut dengan apa yang dilihat.
Kelihatan sekujur tubuh terdampar di pantai, tidak bergerak-gerak. Kai melutut di tepi tubuh tersebut dan meletak jarinya di hidung.
"Bos..Qaid..palli...palli.. bernafas lagi ni. Dia masih hidup. Alhamdulillah."
"Siapa dia bos? Datang dari mana? Kita nak buat apa ni?" Qaid tanya bertubi-tubi, terkejut punya pasal.
"Qaid, kita sama-sama jumpa kan. Saya sendiri tak tau siapa dan dari mana dia datang." balas Ghadi.
"Betul jugak. Sorry bos, terkejut sangat tadi. Hehehe." Jarang Qaid yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan tiba-tiba menjadi gelabah. Hilang macho kau Qaid.
" Kita bawa balik ke markas." arah Ghadi.
"Errr bos sapa nak angkat bos. Budak ni pengsan. Dah la tu cantik pulak." Kai dah tersipu malu.
Qaid dah menggeleng kepala tanda tidak mahu.
"Oleh kerana bos adalah bos,apa kata penghormatan ini diberi kepada bos." Kai beri cadangan.
"Betul bos,cepat angkat bos,nanti mati pulak budak ni." Qaid amat bersetuju dengan cadangan Kai.
"Kau orang niii" Mahu tak mahu Ghadi terpaksa juga mengangkat gadis itu. Nantilah fikir bab halal haram. Darurat. Nyawa perlu diselamatkan dahulu. Boleh ka macam tu?
Tiba di markas.....
"Bos bawak balik sapa bos"
"Bos culik kat mana?"
"Bos who's this angel? Angel from the sky?"
Ketiga-tiga makhluk itu terkejut hingga ternganga mulut masing-masing. Tanpa menghiraukan mereka, Ghadi terus bawa ke dalam bilik.
"Hoi! Dah kenapa masing-masing mulut ternganga ni? Tak pernah tengok perempuan ka?"
"Aigoo perempuan ni kami jumpa di tepi pantai. Bukan bidadari jatuh dari langit."
"Jumpa tepi pantai? Bos dapat hadiah perempuan sebab menang dalam peraduan gores dan menang?" Jai garu kepala yang tidak gatal.
"No, angel from the sky."
"Jangan-jangan cik ponti. Mana tau"
"Ya Allah guys, kami jumpa pun budak tu dah pengsan,belum soal siasat lagi. Kami pun tak tau siapa dia, datang dari mana,etc..etc" Qaid mula panas hati dengan perlakuan rakan-rakannya.
Nampak perempuan cantik hilang kegagahan dan kesadoan. Lembik habis kepala lutut.
"Ya la, sabarlah. Kita tunggu dia sedar dulu baru kita soal siasat betul-betul."
"Sorry..sorry..okey kita tunggu sama-sama."
"Angel from the sky."
"Kau ni Orlando..tak habis-habis bidadari dari langit. Perempuan biasa ja tu."
"Still she is an angel from the sky." Orlando masih tak mahu mengalah.
Jai, Qaid, Jai dan Kecik angkat bahu, malas nak berbalah dengan Orlando. Takkan menang punya. Lantak kau la Orlando.
***********
Karisma cepat-cepat berlari ke arah Aariz apabila ternampak kelibat Aariz.
"Encik Aariz, tunggu sat. Saya nak tanya sesuatu ni."
"Ada apa Karisma? Cepat cakap, saya ada meeting sebentar lagi."
"Encik nampak Naura dak? Semalam dia tak balik ke bilik. Dia ikut encik belayar kemarin kan."
"Oh ya, saya lupa nak beritahu awak, Karisma. Naura ada emergency. Keluarga dia call saya, abang dia kemalangan. Saya terus hantar dia ke airport."
"Ya ka? Saya call dia tak dapat."
"Phone dia habis bateri rasanya."
"Hmmm..tak pa la kalau macam tu. Risau juga saya kut kut dia jatuh dalam laut ka?"
"Jatuh dalam laut? Awak merepek apa ni Karisma." wajah Aariz dah berubah pucat.
"Dak aih..saya ingat dia jatuh cinta sedalam lautan kat encik Aariz." Karisma dah tersengih.
"Ohhh ingatkan apa tadi. Awak ni buat suspend saja. Okeylah Karisma, saya terpaksa pergi sekarang, meeting."
"Baik encik Aariz. Terima kasih ya."
Sebaik sahaja Karisma berlalu, Aariz mengurut dadanya tanda lega kerana rahsianya masih belum terbongkar. Risau juga dia jika mayat Naura ditemui nelayan. Mayat? Aariz tidak dapat bayangkan nasibnya jika benar itu yang terjadi kerana dialah orang yang terakhir kelihatan bersama Naura.
Dia amat berharap agar Naura tidak ditemui samada hidup ataupun mati.
Kejamnya kau Aariz!!

ANDA SEDANG MEMBACA
GHADI AQHAR: THE LIONS
General FictionApakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua...