BAB 31

9.3K 354 9
                                    

Selepas kejadian menghilangkan diri, Naura rasa nak sorok kepala dalam tanah seperti burung unta. Dia cukup malu untuk berhadapan dengan ahli pasukan Lion of the Desert.

Selepas menyediakan brunch, dia mahu berkurung di dalam biliknya. Dia memerlukan masa untuk betul-betul dia menyesuaikan dirinya dengan Ghadi dan rakan-rakannya.

"Eh! Kakcik tak mau makankah?"

"Err awak semua makan dulu, nanti saya makan."

"Amboi Naura formalnya bahasa hang, mana pi kakcik, abang Jai semua tu?"

Tanpa menjawab soalan Jai, Naura terus berlalu ke biliknya sambil memberi senyuman hambar.

"Guys sudahlah tu, dia dah malu tu."

"Sebenaqnya apa cerita Naura lari tu?"

"Dia salah sangka ingatkan kita lanun."

"Jadi?"

"Semalam dia dapat tahu kita ni komando."

"So?"

"Macam ni, kalau korang orang awam, bila jumpa polis, apa korang buat?" tanya Qaid.

"Kalau aku..aku buat derk ja, polis pun orang jugak kan."

"Jaiii..."

"Ishh Jai ni, orang awam akan hormatlah kat polis, dia orang akan panggil kita dengan panggilan cik, encik atau tuan, yang panggil datuk pun ada."

"Tapi apa kena mengena dengan Naura?" Kai pula garu kepala.

"Haa saya tau dah. Kakcik malu dengan kitakan sebab kita polis, komando lagi."

"Oh! I see." Orlando mula faham situasi yang berlaku.

"Ooo maknanya kalau kita lanun, dia boleh hentam kromo sajalah. Dah kita polis sekarang dia kena jaga adaplah."

"Itu yang dia rasa."

"Tapi kenapa mesti lari?"

"Dia agak marah sebab kita tipu dia."

"Eh! Mana kita tipu, kita tak habaq ja kan."

"Yalah kita tak pernah nak bagitau dia perkara yang sebenarnya."

"Kita perlu rahsiakan misi kitakan."

"Poor my angle, she's so confused."

"Biarlah dia bertenang dulu, nanti kita bincang lain dengan dia. Saya pun dah letih, jom kita rehat dulu."

Akhirnya Ghadi memberi kata pemutus untuk kes Naura dan mereka semua beransur-ansur ke tempat masing-
masing untuk berehat.

Kepenatan dan kelelahan yang dirasai
mencucuk setiap sendi tubuh mereka. Belum habis penat selesai misi, mereka dikejutkan pula dengan kehilangan Naura.

Misi mencari pula yang perlu mereka jalani. Nasib baik komando. Mereka telah dilatih untuk menghadapi sebarang situasi yang mencemaskan.

Naura keluar dari biliknya setelah dia mendapati keadaan sunyi sepi di dapur. Setelah puas bertapa Naura rasa dia perlu menyingkirkan sikap malu dan segan terhadap pasukan itu.

Tiada siapa yang bersalah dalam hal ini tetapi keadaan yang tidak mengizinkan mereka berterus terang. Dia sendiri tercampak ke sini tanpa amaran dan terjebak dengan pasukan Ghadi.

Apa yang perlu dia lakukan ialah berlagak seperti biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku. Memasak untuk mereka sebagai balasan budi yang telah diberikan kepadanya.

Itulah azam Naura setelah dia berfikir secara mendalam di dalam bilik sebentar tadi. Walaupun begitu dia masih lagi malu untuk berhadapan dengan Ghadi dan dia bercadang untuk terus masuk ke bilik setelah selesai memasak.

Sambil memasak dia bernyanyi-nyanyi tetapi dengan nada yang perlahan. Dia tidak menyedari ada mata yang sedang memerhati sambil tersenyum kecil.

"Okey, dah selesai, nanti boleh abang Jai dan yang lain makan." Naura tersenyum senang seraya menggosok tangannya.

Sebaik sahaja dia memusingkan badan, dia terkejut bukan kepalang.

"Oh! mak kau kapten komando. Selamat petang tuan!" Naura tabik kepada Ghadi kerana terlalu terkejut.

Ghadi tersenyum lebar hingga berkerut matanya. Naura terpegun seketika melihat wajah Ghadi.

'Manisnya senyumannya' getus hati Naura. Tidak mahu terleka dengan dengan keindahan wajah dihadapan-
nya, Naura menggelengkan kepalanya.

Dengan mimik muka yang sengaja dia buat cemberut, dia ingin berlalu dari situ.

"Nak ke mana tu?" Ghadi bertanya tetapi masih ada sisa ketawa dibibirnya.

"Nak masuk bilik kapten eh tuan. Makanlah saya dah masak." dia menjawab tanpa memandang Ghadi.

"Naura please..mari duduk sini, kita bincang sikit."

Naura masih kaku ditempatnya.

"Please Naura, kita perlu selesaikan hal ini segera." Ghadi masih lagi dalam mode memujuk.

Naura berasa cair mendengar suara mendayu Ghadi lalu duduk berhadapan dengan Ghadi. Masih malu untuk bertatapan dengan Ghadi, dia bermain dengan jari-jarinya.

"Look here Naura, sebelum saya teruskan, saya nak perkenalkan diri saya dulu."

"Saya ASP Ghadi Aqhar."

"Saya pula Inspektor Qaid Uzair."

"Inspektor Jamaludin Arshad aka Jai."

"Inspektor Osman Jailani aka Orlando."

"Inspektor Khairul Muhaimin aka Kai."

"Dan saya Inspektor Ahmad Solihin aka Kecik."

Seorang demi seorang ahli pasukan Lion of the Desert muncul memperkenalkan diri di hadapan Naura.

Naura yang terkejut terus tutup mulut dengan tangannya apabila mendapati mereka semua merupakan pegawai polis yang berpangkat.

"Errr saya pula Naura Qairina, bekas chef Hotel Duta." sambil tersengih dia angkat dua jari tanda peace.

"Dahlah tu kakcik, jangan buat muka cuak pula. Lanun ka polis ka, kami tetap sama macam selalu."

"Ala relaks la Naura, buat macam biasa, tak payah malu sangat. Panggil abang Jai macam biasa."

"Yalah Naura, panggil kami macam biasa."

"Okey..okey..saya buat macam biasa ek tapi saya nak tanya satu soalan boleh?"

"Sure can angel. What did you want to know?"

"Apa tugas awak semua di sini?"

Semua memandang kearah Ghadi sambil membuat isyarat agar Ghadi yang perlu memberi penjelasan. Qaid, Jai, Orlando, Kai dan Kecik segera berundur dari situ supaya Ghadi dapat menjelaskan kedudukan yang sebenar kepada Naura.

Naura menarik nafas panjang setelah mendengar penjelasan daripada Ghadi.
Dia sungguh tidak menyangka dihadapannya ialah seorang anggota polis yang berpangkat ASP.

Terdetik dihatinya apabila dia pernah berangan untuk bercouple dengan seorang komando.

"Jadi kapten sedang undercoverlah ni? Macam mana dengan saya?"

"Kalau diikutkan memang salah awak berada disini tapi keadaan tidak meng-
izinkan untuk awak kembali ke tanah besar buat masa ini."

"Kenapa?"

"Nyawa awak dalam bahaya."

"Kenapa?"

Ghadi tersengih apabila terpaksa melayan banyak persoalan daripada Naura. Polosnya wajah Naura ketika itu menarik senyuman Ghadi.

Ghadi sendiri tidak tahu samada dia perlu terangkan secara terperinci atau tidak kerana Naura hanyalah orang awam dan tidak terlibat dalam operasi ini. Lebih-lebih lagi dengan adanya penglibatan Aariz bekas majikan Naura.

Dia cuma berharap agar mereka dapat segera menyelesaikan misi ini dan Naura dapat kembali kepangkuan keluarganya.

Dia sendiri dalam dilema jika benar Naura kembali menjalankan kehidupannya yang sebenar.

Bersediakah dia?

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now