BAB 6

11.1K 366 5
                                    

" Berhenti! Anda semua dikepung"

Ghadi, Orlando dan Jai terpaku.

"Angkat tangan!" perintah suara itu lagi.

Perlahan-lahan Orlando dan Jai meletakkan peti itu dan terus mengangkat tangan tanda menyerah.

" Sapa pulak yang ambush kita ni." bisik Jai sambil mengetap gigi.

"Dont't know. What are we going to do, bos." Orlando pula berpaling kepada Ghadi.

" Ikut saja arahannya. Nanti kita fikir nak buat apa lepas ni." Ghadi berusaha untuk tenang.
Situasi begini memerlukan strategi supaya tidak menimbulkan kekecohan dan pertumpahan darah.

"Apa yang bisik-bisik tu. Awak semua berpaling ke sini." arah suara itu lagi.

Mereka bertiga perlahan-lahan memusingkan badan menghadap ke arah suara tersebut. Sejurus berhadapan dengan suara itu, Orlando dan Jai amat terkejut.

"B*** kau. Terkejut aku. Jahanam. Nak buat lawak pun agak-agak la."

" F***ing idiot. I kill you."

Terus Orlando dan Jai meluru kearah Kai dan membelasah mamat Korea itu.

"Salleojuseyo. Naleul ttaeliji ma. Omma salleojuseyo." jerit Kai.

Qaid dan Kecik terus ketawa melihat Kai dibelasah oleh Orlando dan Jai.

"Padan muka kau Kai, nak bergurau pun tengoklah tempat dan orangnya dulu."

"Ampun bos, saya tak buat lagi. Ampunnnnn."

" Haaa..tak pun cakap melayu, lagi sekali hang buat lawak bodoh ni, aku tembak dengan senapang gajah." Jai masih lagi tidak berpushati dipermainkan begitu.

"Yes, I shoot you twice." Orlando pula menambah tanda menyokong Jai.

"Sebagai denda hang angkat peti ni sorang-sorang. Bos jangan bagi muka kat dia sangat." Kemarahan Jai masih belum reda lagi.

"Aigoo, naneun jukkeo." Kai terpaksa menurut dalam keadaan tidak rela. Itu la siapa suruh buat lawak tak semenggah.

"Itulah kau, gatal sangat nak buat lawak antarabangsa kat sini." Kecik yang dari tadi gelak tdak berhenti-henti melihat telatah rakan-rakannya.

"Jom aku tolong kau." kesian pula Kecik kepada Kai, terus dia menawarkan pertolongan.

"Gomowa Kecik. Saranghae"

"Dah jangan duk mengada-ngada. Insaflah wahai sahabatku." Qaid yang tidak sampai hati melihat Kai teruk dibelasah, turut membantu Kecik.

"Okay, break it up. Kai lain kali jangan buat lagi. Nak bergurau kena ada batasannya. Tengok keadaan sama, kalau kami tembak tadi tak ka naya."
Percuma saja Kai kena ceramah dengan Ghadi.

"Baik bos, patik mintak ampun, lain kali patik tak buat lagi." dari mamat Korea terus jadi mamat purbakala zaman Hang Tuah apabila Ghadi Aqhar bersuara.

Bukan Kai takut tetapi lebih kepada hormat kepada Ghadi selaku ketua kumpulan mereka.

"Kecik jangan lupa teh tarik saya. I need to recharged my energy." Ghadidan teh tarik tidak dapat dipisahkan. Sehari tidak pekena teh tarik rasa kelam dunia.

"Baik bos,saya yang menurut perintah." Kecik sudah hafal rutin Ghadi. Teh tarik adalah minuman wajib untuk Ghadi.

"Eh, takkan untuk bos sorang ja, kami pun nak jugak, nak jugak tambah tenaga, kan Lando kan." Jai pun nak tumpang sekaki.

"Orlando..O.R.L.A.N.D.O. not Lando"

"Apa-apa ajalah Lando oii"

Orlando tidak puashati apabila Jai suka-suka saja nak pendekkan namanya. Dia tidak mahu namanya disamakan dengan seorang pelakon iaitu Lando Zawawi.

"Dah...dah...nama elok-elok mak pak letak, suka-suka ja nak tukar." Qaid mula bersuara. Menyampah juga dia dengan rakan-rakannya yang obses dengan artis pujaan masing-masing. Tak padan dengan muka melayu sejati.

Akhirnya terhenti juga perbalahan mereka. Jai, Orlando dan Kai tersipu- sipu setelah ditegur oleh Qaid tetapi ada mereka kisah. Selagi tak menjadi kesalahan mereka tetap menggunakan nama itu sebagai nama samaran ketika dalam operasi.

Mereka berenam dah berbulan-
bulan menjalankan operasi bersama jadi setakat perbalahan kecil itu sudah menjadi kebiasaan kepada mereka. Tak meriah sekiranya asyik serius tanpa bergurau senda, boleh murung masing-masing.

"Okey, mulai esok kita cuti tiga hari. Cukup masa kembali semula, jangan lupa pula, jangan ingat nak enjoy sampai lupa dunia."

"Yeayyy, terbaiklah bos. Mak tunggu chek nak balik." Kecik bersorak tanda gembira.

"Daebak, omma bogoshipo" Kai pun sama teruja.

"Alhamdulillah" Qaid pula menadah tangan tanda bersyukur.

Orlando dan Jai hanya menyepi.

"Hangpa balik la dulu, aku jaga markas."

"Me too"

Orlando dan Jai jarang balik kampung. Jai anak yatim piatu sementara kampung Orlando jauh di selatan tanahair.

"Baiklah kalau begitu." Ghadi tidak membantah. Dia sendiri ingin pulang menziarahi tok dan tokwannya.

"Jumpa lagi nanti."

"In syaa Allah" sahut mereka semua.

Ya mereka akan kembali lagi ke sini. Misi mesti diteruskan walaupun apa yang akan terjadi demi agama, bangsa dan negara.

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now