Sekembali dari tanah besar, Ghadi terus membuat mesyuarat tergempar bersama pasukannya. Dia perlu menyampaikan misi terbaharu mereka dengan segera.
"Okay guys, I'll make it quick. Saya dapat arahan daripada pihak atasan, kita akan tukar misi mulai malam ini."
"Apa yang perlu kita lakukan bos?"
"Kali ini kita akan gempur penjenayah-
penjenayah yang pernah kita berurusan. Kita akan tangkap mereka satu persatu dan musnahkan penyeludupan senjata secara total.""Pasukan kita sajakah yang terlibat dalam misi ini?"
"Jangan risau Kai, kita ada backup dari team Gagak Hitam."
"Wow! Gagak Hitam turun padang, pasti gempak."
"Kita tak perlukan gempak Kecik, ini adalah tugas kita untuk mempertahankan tanahair kita."
"Betul Qaid, dah tiba masanya kita bertindak."
"Masalahnya orang kita sendiri yang menjadi dalang."
"Kerana tamakkan kuasa dan harta dunia, manusia menjadi alpa. Kerana angkuh kepada kuasa jugalah Firaun mengaku dirinya tuhan."
"Nauzubillah, semoga kita tidak tergolong dalam manusia yang angkuh dan sombong."
"Aamiin."
"One more thing, how about angle? Must we tell her the truth?
"Hmmm biarlah dulu,nanti habis misi kita beritahu dia."
"Sedihnya bila misi ni selesai."
"Kenapa hang sedih sangat Kecik?"
"Mesti kena berpisah dengan kakcik kan. Nanti rindu pula masakan dia."
"Hang tak payah duk rindu sangatlah. Aku rasa ada orang lain yang lebih rindukan dia."
Serta merta semua kepala berpaling memandang kearah Ghadi. Ghadi buat-buat tak faham dengan apa yang Jai katakan.
"Eh! Kenapa pandang saya?"
Pecah ketawa daipada mereka semua.
"Tak dak apa-apa bos, kami saja ja tengok bos handsome hari ni."
"Bukan hari-hari saya handsome ka?"
"Handsome bos tapi tak sehandsome sayalah. Hahaha."
"Sudah..bersurai."
Mereka semua berlalu menuju ke markas sambil ketawa yang masih belum putus kerana karenah Jai. Mereka perlu bersedia untuk misi malam ini.
"Kecik, sat aku nak tanya satu benda ni."
"Ada apa Jai?"
"Awat hang panggil Naura tu kakcik? Bukan hang lagi tua daripada dia ka?"
"Ahaa Kecik, kenapa ek?" Kai juga ingin tahu alasan Kecik.
"Alaa tua setahun ja. Aku teringat kat kakak aku yang dah meninggal tu, ada iras Naura. Lagipun kalau aku panggil kakcik, lebih mesra gitu."
"Ooo macam tu rupanya tapi dia panggil aku abang Jai, lagi mesra."
"Naura panggil kau abang sebab kau yang paling tua kat sini. Hahaha"
"Hoi! kuang ajaq hang no."
"Well, she is my angel. My sweet little angel."
"Hang ni tak habis-habis dengan angel hang."
"Ingat tak hari tu dia pernah kata nak jadi seperti Elizabeth Swann, nak ikut kita punya pasal."
YOU ARE READING
GHADI AQHAR: THE LIONS
General FictionApakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua...