BAB 20

9.4K 320 9
                                    

Aariz termenung di dalam pejabatnya. Resah dan gelisah kerana Naura belum dijumpai lagi. Samada Naura hidup atau mati kesannya sama sahaja kepada Aariz. Kesalahan tetap ditunding kepadanya.

Sedang leka mengelamun, pintu biliknya diketuk. Setelah diberi kebenaran dua lelaki yang bermuka garang masuk menemuinya.

"Report." tanpa berbasa basi Aariz terus ke topik utama.

"Semuanya berjalan lancar bos. Tiada masalah yang timbul. Payment pun beres." Narong memberi laporan.

"Siapa client kita kali ni?"

"Nama dia Ghadi bos. Ketua kumpulan Lion of the Desert"

"Lion of the Desert? Kuat sangat ka kumpulan tu?"

"Entahlah bos tapi terkenal di kawasan utara ni."

"Ada ka gurun disini?"

"Ada bos, Gurun Kedah. Dia asal situ rasanya."

"Hmmm.. haa perempuan yang aku suruh cari tu jumpa tak?"

"Tak jumpa bos, agaknya dah kena makan jerung. Dah puas kami cari merata bos."

"Hmm okeylah kalau begitu. Aku dah terima duit yang kau transfer tu, bahagian kau dah ambil kan."

"Dah bos, terima kasih bos hehe"

"Next meeting aku turun."

"Biar betul bos."

"Betul la, aku nak tengok anak buah aku buat kerja macam mana."

Hanya Narong yang berkomunikasi dengan Aariz sementara rakannya hanya menjadi pemerhati tetapi matanya sentiasa berwaspada.

Siapa sangka Aariz Zafri pemilik Hotel Duta merupakan seorang penyeludup senjata api dan tokan dadah. Jangan pandang rupa kacak, handsome itu baik hati tetapi kepala segala penyamun.

Bisnes hotel adalah bisnes sampingan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
Malah keluarganya pun tidak tahu Aariz terlibat dalam aktiviti haram.

Setelah selesai berurusan dengan Aariz
Narong dan Boon Nam keluar untuk menyelesaikan tugasan yang lain pula. Mereka berpapasan dengan Dina yang ketika itu hendak masuk berjumpa Aaariz.

"Abang Riz, siapa dua orang tadi? Macam samseng ja Dina tengok."

"Ishh kau ni Dina boleh tak masuk bagi salam? Main terjah ja."

"Sejak bila baik sangat ni? Siapa dua orang tu?" Dina masih belum berputus asa.

"Tak ada siapa-siapalah. Client ja tu"

"Client apa muka macam penyangak."

"Dah muka dia macam tu nak buat macam mana. Ingat penyangak semua muka buruk-buruk ka?" Eh kata diri sendiri ka Aariz?

"Nak jumpa abang ni kenapa?"

"Nak ajak lunch la."

"Abang banyak kerja la. Lain kalilah."
Bukan banyak kerja pun tapi Aariz malas nak makan dengan Dina.

"Sejak Naura tak ada ni,abang Riz bad mood ja. Cuba ceria sikit lagipun Dina ada boleh layan abang."

"Dina stop...shuh...shuh."

"Ahhhh menyampah." lalu Dina terus keluar sambil menghentak kaki, tidak puashati sebab dihalau oleh Aariz.

Dina merempuh Karisma yang kebetulan berada di situ untuk berjumpa Aariz. Tak dapat sakitkan Naura, dapat sakitkan kawan baik Naura pun jadilah.

"Hoi! Mata letak mana? Kau dan kawan kau sama saja. Low class."

'Eh..eh..minah ni. Dia langgaq kita lepas tu nak marah pulak.'
"Hoi hang yang buta, meroyan ka?"

Dengan orang lain tak apa tapi dengan Karisma mendapatlah. Selagi boleh lawan dia lawan. Darah pahlawan mana yang dia dapat pun tak tahu.

"Kau jaga-jaga sikit, hotel ni hotel bakal bapa mertua aku tau. Nanti bila aku kahwin dengan abang Riz aku pecat kau orang semua."

"Eleh..baru bakal bukan betui lagi pun."

"Eh kenapa kau naik sini? Sini bukan tempat kau."

"Ikut suka saya la, dah encik Aariz panggil."

"Abang Riz panggil kau buat apa?"

"Mana saya tau, dia nak ajak saya kahwin kut." Karisma terus ketawa bila kata begitu. Saja ja nak sakitkan hati Dina. Kerek sangat. Gila kut Aariz nak ajak dia kahwin.

"Kauuuu!!!!" Dina dah angkat tangan nak tampar Karisma tapi jeritan Aariz mematikan tindakannya.

"Dina stop it. Karisma masuk."

Karisma terus masuk ke dalam pejabat Aariz dan sempat jelir lidah kepada Dina. Dina berlalu dengan rasa geram
kerana dimalukan dihadapan Karisma.

"Selamat petang encik Aariz, ada apa encik nak jumpa saya?"

Amboi Karisma nak cakap dengan bos suara bukan main sopan lagi. Cakap dengan bos mestilah beretika.

"Awak kawan baik Naura kan?"

"Boleh dikatakan macam tu."

"Oh! Okey, macam ni, Naura ada contact awak tak?"

"Dak lagi encik Aariz. Saya call tak dapat-dapat. Tak taula phone dia rosak ka apa ka. Takkan bateri abih tak charged kut. Lama dah dia balik sana."

Nah..kalau Karisma jawab mesti full mark. Tanya satu sepuluh dia jawab.

"Hmm tak apalah kalau begitu. Awak boleh pergi. Terima kasih."

"Sama-sama."

Aariz berasa lega apabila rahsianya belum pecah lagi. Nasib kaulah Naura, orang betul-betul nakkan dia tapi dia jual mahal pula.

Kalau betul dah tiada di dunia ini, Aariz tak kisah pun. Dengan kedudukannya sebagai pemilik hotel, mesti ramai gadis senang untuk digodanya. Dina? Dia langsung tidak tergoda dengan Dina walaupun Dina agak seksi dan cantik orangnya.

Sejahat-jahat lelaki tetap memilih calon isteri yang baik dan muslimah. Perlukah perempuan memilih calon suami yang baik?

Tepuk dada tanya iman. 😉😉

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now