BAB 14

12.1K 433 14
                                        

Jeritan Naura yang mengalahkan cik ponti telah mengejutkan Jai, Kai dan Kecik. Mereka meluru ke dapur. Naura yang masih terkejut terus melatah..

"Jangan tembak..aku tak kahwin lagi..aku nak kahwin dengan komando." sambil angkat tangan tetapi mata terpejam. Takut punya pasal.

Mereka bertiga tercengang tetapi akhirnya berasa lega kerana melihat hanya Ghadi yang berada di situ.

"Ya Allah budak ni, suka buat kecoh."

"Aigoo, terperanjat Boboi."

"Kakcik merepek apa ni??"

Ghadi hanya tersenyum sumbing. Sedar akan kesilapannya terus dia simpan pistol dari pandangan Naura.

"Dah kakcik, abang komando dah tak ada. Kakcik buat apa kat dapur ni?"

"Nak masak la. Duk cari kuali tadi. Tiba-tiba kapten acu pistol. Terkejut la"

"Apa ni bos, agak-agak la."

"Sorry my bad." Setelah meminta maaf Ghadi keluar dari dapur. Kan dah kata hanya kerana Naura kecoh mereka semua.

"Jom kakcik, kita masak sama-sama, nanti saya tunjuk semua barang kat dapur ni. Di sini saya tukang masak tapi tak pandai masak sangat."

"Tak pa, saya kan ada. Nanti saya ajar Kecik masak macam kat hotel."

"Terbaiklah kakcik. Errr kakcik betul ka kakcik nak kahwin dengan komando?"

"Eh! Tak lah,saya cuma baca novel ja hari tu..pasal komando, terberangan la pulak hehe."

"Tapi kalau betul-betul jumpa komando, kakcik nak tak?" tanya Kecik sambil mata melirik kearah Ghadi.

"Entah la tak terfikir pulak tapi celah mana nak jumpa kalau dah terjumpa dengan lanun."

"Kakcikkkkkk."

@@@@@@@

Orlando check in di Hotel Duta untuk menyiasat tentang Naura. Setibanya dibilik, dia merebahkan diri di atas katil.Tilam yang empuk menyebabkan matanya kuyu dan hampir terlelap. Dah lama rasanya tidak tidur diatas tilam yang lembut. Tidur dululah, nanti kita fikir jalan dan Orlando pun terus belayar ke Carribean.

Orlando terjaga apabila perutnya mendendangkan lagu dangdut. Orlando dan dangdut memang tidak sesuai tapi bila dah lapar macam-macam lagu boleh keluar. Setelah membersihkan diri dan berpakaian kasual, dia turun mencari kafe di hotel itu.

Setelah mengorder spaghetti bolognese dan iced lemon tea, Orlando memerhati sekeliling kafe tersebut. Dia masih buntu bagaimana hendak menyiasat mengenai Naura, tidak tahu hendak mula dari mana. Kalau ditanya terus kepada staf hotel mungkin mereka fikir bukan-bukan pula.

Apabila makanan sampai, Orlando tidak mengambil masa yang lama untuk menikmati makanan kegemarannya. Sedang asyik makan, dia terdengar staf hotel memanggil seseorang.

"Encik Aariz,tunggu sat saya nak tanya sesuatu ni." chef Zaidi yang memanggil Aariz.

"Ya chef Zaidi, ada apa yang boleh saya bantu?"

"Dak..macam ni, encik Aariz tau dak bila Naura nak kerja balik? Dia cuti lama ka?"

Orlando berhenti mengunyah apabila terdengar nama Naura disebut chef tadi. Lantas dia pun memasang telinga.

"Bukan apa, saya rindu kat dia."

"Apa???" suara Aariz dah naik seoktaf.

"Ishh terkejut saya encik Aariz ni. Bukan..bukan saya rindu kerja dia. Dia tak dak saya kalut sikit. Dia cekap buat kerja walaupun masih baru, lagipun sunyi la dia tak dak."

Orlando pula terangguk-angguk dengar chef Zaidi cakap. Betul tu ada Naura riuh markas mereka dengan gelagatnya.

"Entahlah dia tak call saya pun."

"Bukankah dia ganti saya belayar dengan encik hari tu?"

"Betul, tapi dia ada kecemasan, masalah keluarga. Saya hantar ke airport terus."

Bingo! Sah Naura memang belayar dengan Aariz. Jadi Aariz adalah majikan Naura.

"Hmmm kalau macam tu tak pa lah. Nanti saya tanya Karisma pulak kut-kut Naura ada call dia. Depa kan kawan baik."

Setelah kedua-duanya beredar, Orlando tersenyum senang. Alhamdulillah kerjanya dipermudahkan Allah swt. Jadi Naura adalah chef di sini dan dia pasti Naura belayar dengan Aariz. Kenapa Aariz perlu menipu stafnya mengenai Naura. Something fishy is going on here.

Sekarang misinya ialah mencari kawan Naura pula, Karisma. Masalah baru pula timbul apabila Orlando perlu mencari siapa Karisma. Agak sukar baginya kerana dia tidak mengetahui rupa dan jawatan Karisma di hotel ini.

Setibanya di bilik dia melihat seorang pekerja sedang mengemas bilik sebelah dengan girangnya.

Ishk ishk karna hai kar ley
Ishk ishk me jee ley mar ley
Ishk hai sab se pyara
Dhoom machale dhoom
Machale dhoom

"Hoi Karisma hang duk hingaq nyanyi tak abih-abih lagi ka? Mai tolong aku kat dalam ni." jerit seseorang.

"Halah halah hang ni pun, aku baru nak feeling Aiswarya Rai dengan Hrithik Roshan ni, hang kacau la."

"Hang nak menyanyi ka nak melalak ka tunggu abih kerja dulu, banyak lagi bilik nak kena kemas ni."

"Dak..yang hang duk jerit-jerit ni nanti orang dengaq boleh lari tau dak. Depa ingat hotel ni berhantu. Hahaha"

"Tak guna hang, kata kat aku pulak." Eton yang marah terus baling bantal kearah Karisma.

Karisma mengelak sambil lari keluar dan ketawa kerana dapat mengenakan Eton. Tanpa melihat dihadapannya Karisma terlanggar Orlando yang sedang membuka pintu.

"Adoii apa yang aku langgaq ni,keras semacam ja." Tangan sibuk menggosok dahi sambil membebel dan dia terpegun seketika apabila dia mengangkat mukanya.

"Hrithik Roshan? Ka hona pyar hai?"

"Excuse me?" Orlando dah tergelak melihat telatah Karisma tapi dia tahan saja.

"Are you alright?" Dia tanya lagi setelah melihat Karisma seperti patung cendana.

"Nahe..nahe Rani Mukerjee eh bukan saya tak apa-apa encik." Karisma dah kalut sampai cakap pun melalut.

"It's alright. Nice to meet you miss..."

"Karisma Kapoor eh dak Karisma Hussein."

"Okay no harm done. See you miss Karisma."

"See you two three four eh apa yang aku melalut ni."

Orlando berlalu ke biliknya dan puashati dapat juga mengenali Karisma. Harap-harap betullah Karisma ni kawan Naura.

Karisma masih lagi termangu, rasa tidak percaya ditegur pemuda kacak.

"Hoi! duk ternganga apa lagi tu?" Eton dah mula naik angin.

"Aku rasa aku dah jatuh cinta la Eton. Har dil jo pyar karega." Karisma pegang dada kirinya.

"Siapa? Hrithik Roshan ka?" Eton gelak kuat. Semua staf tahu Karisma gilakan Hrithik Roshan.

"Haa..Hrithik Roshan versi melayu tapi cakap omputih."

"Mampuih member aku sorang ni. Apa nama betul dia?"

"Nama? Aku lupa tanya. Huwaaaaa."

Hahaha Karisma..Karisma.

GHADI AQHAR: THE LIONS Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang