BAB 28

8.1K 289 1
                                    

Di suatu tempat terpencil~di sebuah gudang :

Narong berlari laju ke arah gudang dengan keadaan yang kelam kabut. Wajahnya pucat tidak berdarah, nafasnya tersangkut-sangkut kesan dari larian yang laju mengalahkan Usain Bolt. Dari jauh  dia sudah menjerit ke arah pengawal yang menjaga pintu gudang tersebut.

"Buka pintu cepat!!" laungnya.

Sang pengawal terpinga-pinga tetapi tetap membuka pintu untuk Narong. Setelah pintu terbuka luas, Narong terus menerjah ke dalam gudang.

"Bos! Bos! Habis kita kali ni bos."

Tanpa mukadimah, tanpa salam Narong terus meluru kearah Aariz. Dengan nafas terputus-putus Narong meneruskan kata.

"Habis..kita..kali..ni..bos..semuanya..
dah..musnah."

"Apa yang habis? Apa yang musnah?"

Aariz berasa hairan melihat Narong begitu gelabah.

"Okay cool down. Apahal yang kelam kabut ni?"

"Habis kita bos, polis dah raid barangan kita. Geng Sumreet dah kena tangkap."

"But how? Macam mana polis boleh tahu?"

"Entahlah bos, kita selalu berhati-hati dan pelan kita pun selalu bertukar. Tempat pertemuan pun kita selalu ubah. Takkan ada masalah pula?"

"Ada sesiapa yang bocorkan rahsia kita? Ada orang kita yang belot?"

Aariz sudah mundar mandir di hadapan Narong. Pening memikirkan masalah yang baru timbul.

"Entahlah bos, saya pun tak pasti."

"Berapa kerugian kita?"

"Dalam 2 juta USD."

"Hmmm kau siasat macam mana perkara ni boleh berlaku, nanti kau beritahu aku."

"Baik bos."

"Hati-hati jangan sampai kau pula tertangkap."

Aariz masih lagi berjalan ke hulu hilir sambil memikirkan kerugian yang menimpa. Sepanjang menjalankan kegiatan penyeludupan,belum ada lagi masalah dengan pihak berkuasa.

Aariz sudah membeli beberapa orang dalam pasukan polis supaya dia dapat maklumat jika ada serbuan yang akan dilakukan. Pasti ada perkara yang tidak kena berlaku sekarang.

Mungkin Aariz terlepas pandang bahawa tidak semua anggota keselamatan boleh dibeli dengan wang ringgit. Ada juga mereka yang jujur dan tidak mengambil jalan mudah untuk menjadi mewah.

Pengkhianat seperti Aariz sesekali tidak memikirkan tentang kesetiaan kepada negara. Dia cuma fikirkan kekuasaan dan kekayaan yang berlipat-ganda.

"Joko sini sekejap."

"Apain bos?"

"Kau dah siasat tentang Ghadi?"

"Ya udah bos tapi enggak ditemui hasilnya. Sukar banget mahu ketahuan sama ini Ghadi."

"Kata saudara superman, takkan itupun susah."

Joko ketawa besar mendengar ulah Aariz.

"Iyalah kok, aku ni enggak bisa punya super power, kalau tidak percuma aja."

"Okey..okey..kau siasat lagi. Aku dah rugi banyak hari ini. Nanti kena raid lagi aku kena bungkus business kita."

"Lho boskan udah kaya raya, ada perusahaan sendiri lagi kok bos bisa buat kerja begini."

"Itu harta bapak aku, ini business aku sendiri. Aku kena berdikari untuk berjaya."

Joko menggeleng kepala tanda tidak faham dengan Aariz walaupun dia sudah lama mengikut Aariz. Kalau bapanya kaya tak perlu dia bersusah payah membuat pekerjaan haram ini.

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now