Naura berasa tidak selesa dan berdebar-debar ketika tidur tadi.
"Apasal panas sangat malam ni?"
Dia melihat jam di dinding. Baru pukul 3 pagi.
"Dah kenapa aku berdebar pulak ni?"
Dia pegang dada dan termenung.
"Ishh tak boleh jadi ni, baik aku solat."
Peluang untuk solat tahajud tidak dilepaskan begitu sahaja kerana bukan selalu dia dapat melakukannya.
Selesai solat tahajud dan solat taubat, Naura berasa dadanya semakin berdebar. Ada sesuatu yang terjadikah?
Terasa dahaga, Naura menapak ke dapur. Malas nak buka telekung, Naura berjalan dalam gelap.
Sebaik tiba di ruang tamu, pintu depan terbuka dengan kuat.Kai yang mula-mula muncul terjerit melihat kelibat putih dalam samar-samar di ruang tamu itu.
"Ommo." hanya perkataan itu yang terkeluar dari mulut Kai.
"Ya Allah hantu kopek." Jai yang sedang memapah Ghadi turut terkejut melihat kelibat Naura.
Naura turut menjerit apabila mendengar jeritan Kai dan Jai.
Kecik turut meluru ke situ apabila mendengar jeritan demi jeritan dan dia sendiri terpaku melihat Naura. Menyedari hanya Naura yang bertelekung barulah dia bersuara.
"Allahuakbar kakcik niii"
Naura hanya mengangkat dua jari tanda 'peace' apabila menyedari dirinya punca kekecohan tersebut.
Qaid sekadar menggeleng-geleng kepala melihat aksi mereka. Kata saja komando tapi tengok orang pakai telekung pun kata hantu. Tak padan dengan pandai bertempur tapi perangai macam budak-budak.
Apabila keadaan reda, Naura pula terkejut melihat Ghadi tercedera. Dia terus menerpa kearah Ghadi.
"Kapten, apa dah jadi ni?"
"Tak ada apa-apa, sikit saja ni."
"Berdarah teruk ni."
"Naura tolong ambil air panas sebekas dan tuala bersih. Saya nak jahit luka Ghadi." Qaid perlu mengalih perhatian Naura daripada Ghadi.
"Awak..awak nak jahit luka kapten? Disini? Kenapa tak bawa ke hospital? Nanti jadi apa-apa macam mana?"
"Err kakcik ambil dulu barang yang Qaid nak tu. Nanti kita bincang lain okey."
"Tapi nanti keadaan kapten bertambah buruk macam mana?"
"Trust me okay. I know what i'm doing. Please.."
"Naura tolong percayakan Qaid. Dia tahu apa nak buat."
"Baik..baik tunggu sebentar."
Setelah Naura berlalu...
"Untunglah ada orang risau."
"Untunglah bos."
"Diamlah."
Dalam keadaan sakit pun Ghadi tak lepas diusik oleh anak buahnya.
Naura kembali dengan sebesen air panas dan beberapa helai tuala. Ghadi dibaringkan diatas meja, senang untuk Qaid menjalankan tugasnya.
Kecik pula menyerahkan peti pertolongan cemas kepada Qaid. Qaid mengeluarkan peralatan untuk menjahit luka Ghadi.
"Naura cuci darah Ghadi, saya nak jahit sebentar lagi."
"Haaa? Saya? Kenapa?"
"Laa pasaipa terkejut? Hang buatlah sebagai persiapan bila kapten hang luka lagi nanti."

ANDA SEDANG MEMBACA
GHADI AQHAR: THE LIONS
General FictionApakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua...