BAB 29

7.9K 307 0
                                    

Kehilangan Naura telah menggempar-
kan pasukan Ghadi. Mereka berpecah kepada dua kumpulan untuk mencari Naura. Kumpulan pertama yang melibatkan Qaid, Kai dan Kecik mencari Naura didalam hutan sementara kumpulan Ghadi, Jai dan Orlando mencari dipesisiran pantai.

Kecik melaung memanggil Naura setibanya di sungai yang hampir meragut nyawa Naura tidak lama dulu.

"Kakcik! Kakcik! Kakcik kat mana?"

"Sabar Kecik, kita cari perlahan-lahan. Insyaa Allah nanti kita akan jumpa dia." Qaid lebih tenang dalam menghadapi masalah ini.

"Yalah Kecik, dia takkan pergi jauh. Lagipun dia tak reti keluar dari pulau ni seorang diri." Kai cuba mententeram
kan Kecik.

"Saya tak risau dia keluar dari pulau ni tapi saya risau kalau dia diculik ka, lemas ka macam hari tu."

Kerisauan jelas diwajah Kecik kerana Kecik memang rapat dengan sejak dari hari pertama Naura jejak kaki di pulau.

"Harap-harap tiada apa yang berlaku dekat kakcik."

"Ya, kita doakan agar Naura ditemui segera, okey."

Kecik angguk dan meneruskan pencarian walaupun hatinya libang libu memikirkan Naura.

Sementara itu kumpulan Ghadi yang mencari dipesisiran pantai, berpecah lagi memandangkan kawasan pantai yang agak luas.

Walaupun Ghadi nampak tenang tetapi hatinya tetap risaukan Naura.Dia tidak mahu perkara yang tidak diingini ber
laku kepada Naura. Dia perlu menjaga
keselamatan Naura kerana secara tidak langsung Naura berada dibawah jagaannya.

Dia berlari di sepanjang pantai mencari keberadaan Naura sambil mata turut memerhati kearah laut. Ketika tiba di kawasan berbatu, mata-
nya melihat sesuatu di atas batu besar itu. Dia mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas.

Apabila dia pasti ada seseorang yang berada diatas batu tersebut, lantas bibirnya melengkung membentuk sebuah senyuman. Segera dia menghampiri batu tersebut dengan senyap supaya tidak memeranjatkan insan yang sedang mengelamun itu.

Naura duduk diatas batu sambil memeluk lutut, tidak menyedari kehadiran Ghadi. Matanya ralit memerhati matahari yang sedang muncul di ufuk timur.

Matanya mengecil dan hampir tertutup kerana melawan sinar pagi itu. Hempasan ombak ke atas batu menyebabkan dia tidak mendengar sama sekali pergerakan dibelakangnya.

Ghadi tiba dan berdiri dibelakang Naura tanpa disedari Naura. Dia tidak mahu mengejutkan Naura yang kelihatan tenggelam dalam dunianya sendiri.

Pada masa yag sama Jai dan Orlando tiba dan Ghadi membuat isyarat diam kepada mereka. Jai dan Orando faham isyarat Ghadi dan mereka berundur dari situ. Mereka mengambil keputusan untuk kembali ke markas dan memberitahu yang lain bahawa Naura sudah dijumpai.

Biarlah Ghadi seorang sahaja yang berbicara dengan Naura kerana mereka tiada klu langsung kenapa Naura berada disitu.

Ghadi akhirnya duduk mencangkung dibelakang Naura, menunggu masa dan ketika Naura akan berpaling. Setelah agak lama Naura masih tidak memperdulikannya, dia membaling pasir kearah Naura.

Naura yang masih ralit melayan perasaan agak terkejut apabila ada pasir yang terbang kearahnya. Kepala dilangut memandang keatas tetapi mustahil pasir turun dari langit.

Tidak puashati Naura berpaling kebelakang dan satu susuk tubuh mengejutkan dia.

"Allahuakbar! Kapten terkejut saya." sambil mengurut dada Naura mencebik kepada Ghadi.

"Apa yang kau buat disini?"

Naura berpaling semula ke hadapan dan dia masih belum bersedia untuk bersemuka dengan Ghadi.

"Please kapten opss tuan, biarkan saya sendiri." Ghadi berasa hairan apabila secara tiba-tiba Naura menukar panggilan kepadanya.

"Eh! kenapa kau..ohhh..." Tidak perlu Ghadi bertanya kerana dia sudah faham kenapa Naura tiba-tiba menghilang diri.

Suasana sepi seketika dan Ghadi masih mencari masa yang sesuai untuk bercakap dengan Naura. Setelah hampir setengah jam mereka berdiam diri dan matahari pun semakin meninggi, Ghadi tidak mahu menunggu dengan lebih lama lagi.

"Naura, saya, I mean kami minta maaf jika kami ada sakitkan hati awak."

Naura berpaling menghadap Ghadi apabila terdengar suara Ghadi tetapi tidak lama, dia berpaling semula memandang laut.

"Naura please say something. What's wrong?"

"Entahlah kapten eh tuan, saya pun tak tahu nak kata apa." Terdengar keluhan dari mulut Naura.

"Dah kenapa sekejap kapten sekejap tuan ni? Care to explain?"

Walaupun Ghadi boleh agak apa masalah yang membelenggu Naura tapi ia ingin mendengar dari mulut Naura sendiri.

"Tuan yang kena explain kat saya, siapa tuan dan mereka semua sebenarnya."

Ghadi garu kepala yang tidak gatal. Sebelum dia sempat menjawab, Naura terus meluahkan perasaannya pula.

"Saya rasa tertipu..tipah tertipu.. tau tak? Saya macam orang bodoh bila anggap awak semua lanun tapi awak semua komandokan. Tak tau saya nak letak muka kat mana."

Selepas menarik nafas, Naura meneruskan luahan hatinya.

"Saya pun hairan, sepatutnya lanun tak adalah kacak sangat tapi awak semua boleh dikatakan ada rupa dan tak selekeh macam lanun Jack Sparrow tu."

"Lagipun awak semua layan saya dengan baik, tu yang saya musykil tu tapi saya ingat lanun melayu ni baik sikit la kut kalau nak dibandingkan dengan lanun lain."

Ghadi hanya tersenyum mendengar luahan daripada Naura. Ingatkan bolehlah dia rahsiakan daripada pengetahuan Naura tetapi semalam dia juga yang terlepas cakap.

Dia tidak menyangka secepat ini rahsia mereka terbongkar. Mereka tidak boleh salahkan Naura berfikiran begitu kerana mereka juga perlu menjaga rahsia mereka.

Nampaknya terpaksalah Ghadi menerangkan perkara yang sebenarkan kepada Naura. Ghadi masih lagi belum dapat membuka mulut dan dia masih mencari ayat yang sesuai untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada Naura.

Naura merenung tajam kepada Ghadi.

"Err...Err..macam ni..."

Haa macam mana Ghadi, kan dah tergagap nak cakap. Bila komando kena hadap seorang gadis, hilang segala kosa kata.

Bertabahlah kau, Ghadi.

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now