BAB 2

14.3K 492 28
                                    

Sementara itu di satu tempat yang tidak diketahui.

'' Apa ni Kecik, asyik-asyik telur kicap,

ayam kicap,ikan goreng kicap,tak dak menu lain yang lebih sedap ka?'' komen Jai atau nama sebenarnya Jamaludin Arshad.

Oleh kerana minat dengan watak Jai lakonan Adi Putra dalam KL Gangster, nama Jamaludin ditukarkan kepada Jai. Saja nak bagi nampak ganas sikit.

'' Makan ja la Jai. Nasib baik aku boleh juga masak walaupun masak kicap. Kalau dak kebulurlah kau.'' balas Kecik atau nama sebenarnya Ahmad Solihin Ahmad Zain.

Nama Kecik diberikan kepadanya kerana dialah yang paling keding di antara mereka semua. Nampak macam baru lepas sekolah padahal dah berumur 25 tahun.

" Aigoo palli meokgo, nak makan pun susah." Khairul Muhaimin Idris menyampuk atau nama glamornya Kai EXO.

Mamat seorang ni minat sangat dengan kpop. Bercita-cita nak jejak kaki ke Korea, sebab tu sedang praktis cakap Korea. Bunyi pun entah apa-apa tapi ada Kai kisah.

" Hey guys,shut up and eat your dinner. Don't waste the food."

Yang seorang ni minat filem Pirates of Carribean. Tak reti cakap melayu walaupun nama dalam kad pengenalan Osman Jailani. Jangan panggil Osman, dia tak akan menyahut tapi panggil ja Orlando. Barulah stail. Peminat Orlando Bloom. Kelas kau Osman aka Orlando.

Apabila Orlando bersuara maka menikuslah yang lain-lain. Orlando adalah orang kanan kepada ketua mereka jadi suara Orlando perlu mereka patuh sebagaimana patuhnya mereka kepada ketua mereka.

" Bismillah" hanya kalimah itu yang keluar dari mulut Qaid Uzair. Jejaka melayu terakhir ini tiada nama samaran sebab memang dia tidak suka. Dia berpendapat tidak perlu meletakkan nama lain kerana dia amat berbangga dengan nama yang diberi oleh bapanya.

Ketua kumpulan ini adalah Ghadi Aqhar, seorang yang serius, dingin beku, tidak suka senyum dan yang paling penting paling kacak di antara semua. Minuman kegemarannya ialah teh tarik.

" Bos, kita cari tukang masak lain la. Jemu kut asyik duk makan masak kicap hari-hari." Jai yang masih tidak puashati mengesyorkan satu cadangan.

" Kita ambil tukang masak perempuan la bos, baru best. Asyik-asyik tengok muka Kecik, mamat Korea ni...jemu jugak bos."

"Tapi mana ada perempuan nak kerja dengan kita. Orang tengok kita pun dah macam mafia" kata Kecik.

"Susah-susah sangat kita culik ja tukang masak kat mana-mana." Jai memberi idea yang pada jangkaannya agak bernas.

"Aigoo jinjja heol deabak." Kai pula dah tersengih macam kerang busuk.

" La isla bonita,hang ni Kai boleh dak cakap melayu, ni dak duk cinca cinca, aku cincang baru tau." Orlando dah naik angin.

Keadaan menjadi krik krik seketika dan tiba-tiba semua pakat gelak dekat Orlando. Hahaha bila dah marah terkeluar habis bahasa ibunda. Orlando menggetap bibirnya menahan marah.

" Hahaha lawak lawak."

" Allahu terkejut chek."

"Awat abang Lando dah tukar kulit ka?"

" Abang relaks bang."

Suasana menjadi meriah Bila lagi nak ketawakan si Orlando harimau jadian ni. Inilah peluang untuk mereka yang lain mengenakan Orlando. Bukan selalu beb.

Orlando terus menghentakkan tangannya ke atas meja hingga bergegar segala pinggan dan gelas. Dia terus berlalu, tak jadi makan. Nak cover line kena buat-buat marah. Jai, Qaid, Kai dan Kecik meneruskan makan sambil tertawa kecil.

Ghadi hanya tersenyum sinis melihat telatah anak buahnya. Dia juga ada memikirkan perkara yang sama. Seperti yang lain dia sendiri dah jemu dengan menu yang dimasak Kecik. Sekali sekala nak juga makan chicken chop ka nasi kandar ka tomyam ka.

Bukan kerja mudah nak dapatkan tukang perempuan. Mereka mempunyai misi, misi yang sulit. Tiada siapapun perlu tahu misi mereka,sebab itu Ghadi tidak mempunyai pilihan selain daripada menggunakan orang mereka sendiri sebagai tukang masak. Keciklah yang menjadi mangsa kerana hanya dia yang tahu masak. Nak harap yang lain, masak air pun hangus.

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now