BAB 41

7.9K 329 0
                                    

Ghadi duduk berteleku di bangku wad kecemasan Hospital Sultanah Maliha. Tangannya yang masih kelihatan sisa darah ditekup kemukanya. Bau hanyir darah tidak dipedulikan.

Darah Naura. Dia tidak ingin membasuh darah itu sebelum dia tahu keadaan sebenar Naura. Agak lama Naura berada di zon merah wad kecemasan.

Hanya dia seorang yang berada disitu.
Qaid menguruskan Aariz dan Joko. Aariz terus dibedah kerana keadaan
nya yang agak kritikal. Joko pula patah kaki dan dimasukkan ke dalam wad.

Orlando dan rakan-rakan yang lain berada di ibu pejabat setelah berjaya menumpaskan Narong, Andi dan Boon Nam. Mereka terpaksa menyerah kerana pasukan Orlando mendapat bantuan daripada team ASP Fakhrul.

Ghadi terlangut apabila mendengar pintu bilik zon merah dibuka. Muncul doktor Rayyan yang bertugas pada hari itu dan dia terus menapak kearah Ghadi. Wajah doktor Rayyan kelihatan tenang dan Ghadi agak sukar untuk meneka situasi yang akan dia hadapi sebentar lagi. Kakinya kaku dan dia hanya berdiri tegak di situ.

"Tuan....?" Doktor Rayyan menegur Ghadi.

"ASP Ghadi Aqhar."

"Tuan yang bawa cik Naura ke sini tadi.
Apa hubungan tuan dengan cik Naura?"

Doktor Rayyan tidak kisah sebenarnya hubungan Ghadi dan Naura tetapi melihat Ghadi begitu gelisah, dia berpendapat mereka mempunyai hubungan rapat.

'Aduh! Doktor Rayyan pun nak jadi polis juga ka?' bisik Ghadi dalam hati.

"Err.. dia mangsa culik. Saya yang selamatkan dia."

"Waris cik Naura?"

"Belum tiba lagi doktor. Hmmm ada masalah ka?" Ghadi sudah tidak sabar.

"Macam ni ASP, sebenarnya..."

Ghadi kelu dan terpaku menunggu doktor Rayyan habis berbicara. Ketika itu juga kepalanya berputar mengimbas kembali kejadian kemalangan itu.

NAURA!!!!

Ghadi berlari kearah kereta Aariz yang terbalik dan remuk teruk itu. Walaupun keadaan dirinya sendiri calar balar selepas terseret tetapi Ghadi tidak peduli. Memastikan Naura selamat lebih penting daripada kesakitannya yang tidak seberapa itu.

Kelihatan Joko sudah terkulai ditempat pemandu. Aariz pula kelihatan tidak sedarkan diri. Darah mengalir dari kepala dan hidungnya.

Ghadi tidak peduli keadaan Aariz atau Joko, dia hanya pedulikan nasib Naura.
Ghadi menjenguk ke dalam kereta remuk itu tetapi kelibat Naura tiada di
dalam kereta tersebut.

"Qaid, Naura...mana Naura?"

Qaid sedang mendial talian kecemasan terkejut mendengar jeritan Ghadi.

"Bertenang Ghadi, mungkin dia terpelanting keluar. Kau cari disekitar kawasan ni."

Memandangkan Aariz dan Joko sudah tidak menjadi ancaman lagi, mereka meneruskan misi mencari Naura. Biarlah paramedik menjalankan tugas merawat Aariz dan Joko sebentar lagi.

Setelah beberapa lama mencari, akhirnya Qaid menjumpai Naura, terperosok dicelah pohon rimbun ditepi pantai. Naura terpelanting keluar ketika kereta itu berpusing dan terbalik. Mereka tidak sempat mengenakan tali pinggang keledar dalam cubaan melarikan diri dan kelalaian itu membawa padah kepada mereka semua.

Ghadi bergegas kearah yang ditunjukkan oleh Qaid. Setibanya dia disitu, Ghadi terpana melihat keadaan
Naura. Muka Naura basah dilitupi darah dan dia juga tidak sedarkan diri,
impak dari kemalangan itu.

"Ya Allah Naura..."

Ghadi hilang kata melihat keadaan Naura yang parah. Dia terus berlari mendapatkan Naura. Dia melutut ditepi Naura dan meletak kepala Naura perlahan-lahan diatas pahanya.

Airmata jantannya luruh buat pertama kali demi Naura. Dia mengelap darah yang memenuhi muka Naura. Badannya terhenjut-henjut menahan tangis. Kedengaran Ghadi merintih hiba.

"Naura..tolong jangan pergi. Kita ada banyak perkara yang perlu kita bincangkan. Saya nak beritahu yang saya... sayangkan... awak. No,saya... cintakan... awak. Please don't go..don't leave me. Awak dengar tak Naura.. I love you dearly."

Qaid yang berada tidak jauh dari mereka hanya mampu memandang dengan sayu. Kejadian dihadapan matanya amat meruntun jiwa. Ghadi kelihatan begitu lemah.

Dia tidak pernah melihat Ghadi menitis
kan airmata apatah lagi merintih begitu. Ghadi seorang yang kuat dan sentiasa tenang. Beku dan dingin. Komited terhadap kerjayanya membuatkan sifatnya begitu.

Dr. Rayyan memetik jari dihadapan muka Ghadi. Ghadi kelihatan berada di dunia lain. Agak terkejut mendengar petikan itu, Ghadi hanya mampu tersengih. Malu juga ditangkap tidak fokus dengan bicara Dr. Rayyan.

"Are you okay ASP? You looked distracted or lost somewhere?"

Amboi doktor, ikut suka ja nak kata ek.

"Maaf. Saya okey doktor, apa yang doktor kata tadi?"

Ghadi garu kepala yang tidak gatal.

"Sebenarnya..."

Sebelum sempat Dr. Rayyan meneruskan katanya, terdengar suara yang memanggil Ghadi.

"Bos! Kakcik mana? Macam mana dia? Dia okey ka? Saya nak tengok dia, boleh ka? Jangan kata dia parah ka tak sedar diri ka, saya nak menangis dah ni."

Kecik tidak peduli jika reaksinya menjadi perhatian ramai. Semasa di ibu pejabat tadi pun dia dah hilang punca. Dia sudah tidak sabar untuk datang ke hospital untuk melihat keadaan Naura. Dia amat berharap agar Naura baik-baik saja.

"Ahmad Solihin Ahmad Zain. Sabar boleh tak? Tu doktor ada tu. Hang tanyalah dia. Kami pun nak tahu apa dah jadi. Awat yang kelam kabut sangat  ni?"

Jai pula marah Kecik kerana tidak sabar. Dr. Rayyan terpinga-pinga melihat sekumpulan jejaka yang menyerbu wad kecemasan. Muka masing-masing dah macam nak makan orang. Bengis.

Dr. Rayyan undur beberapa tapak ke belakang. Takut kalau dia pula diserang oleh mereka yang nampak ganas itu. Siapa mereka ini? Abang-abang Naura ka? Nampaknya mereka amat mengambil berat mengenai Naura.

Ghadi pula hendak ketawa melihat wajah cuak Dr. Rayyan. Tadi tanya sangat hubungan dia dan Naura, sekarang tanyalah pula siapa Orlando, Jai, Kai, Kecik dan Qaid kepada Naura.

"Maaf Dr. Rayyan, mereka semua ahli pasukan saya. Mereka ni dah macam abang kepada Naura."

"ABANG???"

Satu suara lain pula yang berkumandang di situ. Serta merta semua memandang kearah suara tersebut. Mata mereka terbeliak melihat seorang jejaka kacak dan seorang wanita yang agak berusia tetapi cantik berdiri di belakang mereka.

Wanita tadi menampar lengan jejaka tersebut.

"Sabarlah abang. Ini hospital, kenapa nak jerit-jerit. Malulah dekat orang."

"Taklah...abang ni kan abang adik, kenapa mereka pula yang jadi abang adik. Lima orang pulak tu. Ibu ada anak lain ka?"

"Ishh.. apa yang abang merepek ni? Anak ibu abang dan adik ja."

"Tapi tu..."

Ghadi dan kumpulan Lion of the Desert termasuk Dr. Rayyan terpaku melihat bicara dua orang yang baru tiba itu. Lidah masing-masing terkelu untuk bertanya.

Siapakah mereka berdua?
See you all in the next chapter.

Thanks a million for reading and vote.

Lots of love
CikInzzz

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now