BAB 11

10K 367 1
                                    

Naura tersandar kelesuan apabila mendengar segala butir bicara daripada geng Ghadi.

'Takkan lari dari mulut buaya masuk mulut naga pulak kut? Apa aku nak buat ni?'

Naura melihat sekeliling bilik, cuba mencari apa-apa senjata yang boleh dia guna sebagai pertahanan diri. Dia ternampak satu kayu besbal di sudut bilik itu.

'Jadilah dari tak ada apa-apa.'

Dia bersembunyi di sebalik pintu, bersedia untuk menghentam sesiapa saja yang masuk dalam bilik itu.

"Kecik masuk tengok perempuan tu dah sedar ka belum? Qaid, Orlando hantar barang ke ibu pejabat sekarang."

Kecik yang tidak mengetahui bala yang akan menimpa dirinya terus masuk ke dalam bilik. Tiba di pintu terasa ada hentaman di belakang badannya.

"Adoiiii.."

Naura meluru keluar dan tekad untuk menghadapi tiga lagi di luar. Apa yang kau fikir Naura.. di luar tu mereka lebih sado dan gagah daripada kau.

'Hentam saja la labu, janji aku dapat lari.' Naura bertingkah dengan akalnya sendiri.

Ghadi, Kai dan Jai agak terkejut mendengar jeritan Kecik dan pada masa Naura merempuh ke arah mereka.

"Jangan dekat." jerit Naura sambil mengacukan kayu besbal ke arah mereka.

"Eh! cik tenang cik, perkara boleh bincang. Letak kayu tu..berbahaya." Kai cuba berdiplomasi.

"Sabaq cik sabaq, nanti ada orang cedera." Jai pula cuba meredakan keadaan.

"No, awak semua lanun..penjenayah..
saya takkan percaya orang macam awak semua."

"What the hell"

"Cik cakap baik-baik sikit naa. Bila masa pulak kami ni lanun." Jai bengang dicop lanun oleh Naura.

"Tadi tu,awak semua cakap. Lanun la mafia la yakuza la, apa tu semua? Tetap penjenayah kan."

"Aigoo cik lain kali tanya dulu, jangan main serkap jarang ja. Takkan apa yang kami sembang tadi cik percaya bulat-bulat kut."

"Bulat ka empat segi ka tiga segi saya tak peduli, dah seludup senjata tu memang kerja penyamun kan."

"Penyamun pulak dahh. Aku cekik pulak budak ni satgi." Jai dah mula naik angin.

"Kan..kan.. betul cakap saya, orang jahat saja yang nak cekik orang." Naura tak mahu kalah.

"Kauuuu.."

Ghadi yang dari tadi hanya melihat sketsa dihadapannya, menggeleng kepala melihat telatah anak buahnya. Dia memang tidak suka cakap banyak.
No talk action only.

Dia terus bertapak kearah Naura. Naura kelihatan cuak melihat wajah Ghadi yang sejuk beku lagi dingin itu.

'Alamak, apasal ketat sangat muka mamat ni, tapi ketat-ketat pun handsome juga.' Sempat lagi kau Naura menilik rupa anak teruna orang.

"Jangan dekat..saya kata jangan dekat."

Ghadi tidak peduli amaran Naura. Setakat kayu besbal, kacang ja. Lebih dari kayu dia boleh hadapi. Musuhnya guna senjata api kut.

Ghadi terus mara kearah Naura. Naura yang kecut melihat Ghadi berundur sehingga tersandar ke dinding. Ghadi meletakkan tangannya kesisi kepala Naura, lebih tepat lagi ditepi telinga Naura. Naura terperangkap di situ dan matanya terus menentang mata Ghadi
walaupun terpaksa melangut sedikit kerana ketinggian yang berbeza. Suasana tersebut dah macam dalam filem pula. Jai dan Kai tersengih melihat gelagat dua insan yang sedang memancarkan api di mata mereka.

Ghadi mencekak tangan Naura menyebabkan kayu besbal itu jatuh, dipulasnya tangan Naura ke belakang serentak menekan muka Naura ke dinding. Naura menjerit kesakitan,
bukan sakit pada muka tetapi lebih kepada sakit hati. Tiada siapapun pernah berkasar sebegitu rupa kepadanya. Ghadilah yang pertama.

"Tali.." Ghadi minta daripada Jai.

"Haa?" Jai bingung seketika.

"Tali.. cepat." suara Ghadi dah naik seoktaf.

Jai segera mengambil tali diatas almari,
takut Ghadi mengamuk.

"Nah..nak buat apa dengan tali ni bos."

Tanpa berkata apa-apa, Ghadi terus mengikat tangan Naura. Marah diperlakukan seperti penjenayah, Naura menjerit dengan kuat.

"Kau buat apa ni. Dah gila ka??"

"Kalau kau tak diam, mulut kau pula aku ikat."

Naura kemam mulut apabila mendengar ugutan Ghadi.

"Bos, jangan kasar sangat. Dia perempuan bos."

"Ialah bos, benda boleh bincang kan."

"I just want to teach her."

Kecik yang baru sedar dari pengsan terpinga-pinga melihat kejadian yang berlaku.

"Ya Allah apa yang bos buat ni? Kesian kat dia bos."

Ghadi dah pening dengan anak buahnya, dengan perempuan terus kesian. Dah hilang taring agaknya.

"Stop!! Kau duduk sini." Ghadi tunjuk kerusi di hadapan Naura.

Naura yang masih tidak berpuashati dengan Ghadi mematungkan diri tanpa mahu mengikut arahan Ghadi.

"Ishhh!! Kau ni.." kesabaran Ghadi dah berada di tahap sifar terus menarik tangan Naura dan menekan bahu Naura agar duduk.

"Tau la orang nak jalan sendiri." nada protes jelas daripada suara Naura.

Gelagat kedua-duanya diperhati dengan penuh minat oleh Jai, Kai dan juga Kecik.

"Guys dah jadi romantika de'amour dah ni."

"Tu la, kenapa aku nampak macam sweet ja."

"Ni cerita cinta ka cerita action?"

"Tu apa yang bisik-bisik tu? Mengumpat eh!"

Mereka menggeleng kepala serentak sambil tersengih.

"Dak aih bos."

"Anni yo."

"Mana ada hehe."

Naura kelihatan bingung dengan gelagat Ghadi dan rakan-rakannya. Dia sendiri tidak pasti apa yang dia rasa. Nak ketawa ka nak menangis ka nak geram pun dia tidak tahu.

Dengan tangan yang terikat dia dah buntu untuk mencari jalan keluar. Nak lari pun dah rasa macam mustahil melihatkan Ghadi yang tangkas dan dia rasa tidak selamat jika Ghadi yang bertindak.

Naura rasa agak seram dengan rupa Ghadi yang bengis dan dingin itu. Walaupun begitu disebalik wajah bengis itu Naura melihat kekacakkan dan 'kehandsomeman' yang agak jelas.

Naura tersenyum sendiri.

"EHEMM"

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now