BAB 36

7.6K 294 0
                                    

Aariz masuk ke gudang dengan wajah yang gembira. Rancangannya untuk mengenakan Ghadi dan pasukannya telah berhasil. Terima kasih kepada orang kuatnya Narong dan Joko. Dalam meraikan kegembiraannya, Aariz tidak sedar akan kejutan yang bakal temui sebentar lagi.

"Tahniah Narong, kau dah buktikan kau memang handal. Mesti polis tu kecewa. Hahaha."

"Ya bos, ramai yang tercedera lepas kita letupkan bot kita. Biar kita hilang sebuah bot janji hati kita puas kenakan mereka."

HAHAHA bunyi ketawa yang kuat bergema di dalam gudang itu. Meraikan hari kemenangan buat julung kali.

Tiba-tiba pintu gudang terbuka dengan kuat. Dentuman bunyi pintu mengejutkan mereka yang berada di dalam gudang.

Cemas..masing-masing mengeluarkan senjata api dan dihalakan tepat ke pintu gudang. Lebih baik mereka bersiap sedia jika polis yang menyerbu gudang itu.

"Woo woo.. sabar, ini aku Joko."

Terdengar bunyi kelegaan daripada mereka semua setelah Joko yang muncul bukannya polis.

"Kau ni Joko, buat terkejut aku saja. Boleh tak lain kali nak masuk bagi salam dulu?" marah Aariz.

"Errr assalamualaikum?" Joko tersengih malu.

"Hah Joko, kau dah berjaya rosakkan markas mereka?"

"Enggaklah bos, aku..."

"Apa?? Kau gagal?"

"Sabar dulu dong, dengarin sampe habis. Gue ada rencana yang lebih menarik dari musnahkan markas mereka."

Joko memanggil Andi yang masih berada diluar. Kelihatan Andi masuk sambil mengendong seorang gadis diatas bahunya. Dia meletakkan gadis itu perlahan-lahan diatas lantai.

Narong serta anak-anak buah Aariz segera berhimpun mengelilingi Naura, teruja melihat seorang gadis.

"Kau bawa balik bidadari mana ni Joko, jangan-jangan hantu air."

"Bos, jangan bercanda bos. Ini manusia bos. Gue jumpa dalam markas Ghadi."

"Ada perempuan bersama Ghadi? Pelik."

"Gue rasa perempuan ini penting buat Ghadi. Kita boleh jadikan dia tebusan untuk kenakan Ghadi  lagi."

"Yakinnya kau."

"Firasat gue katakan perempuan ini berharga bagi Ghadi."

"Kau ni nujum pak belalang ka? Firasat bagai."

Aariz menuju ketempat mereka berhimpun untuk melihat gadis itu. Dia ingin benar melihat siapakah insan yang dikatakan begitu berharga buat Ghadi seperti yang dikatakan Joko.

Sebaik sahaja dia melihat wajah gadis tersebut, dia amat terkejut sehingga terkaku selama beberapa saat.

"Naura?"

"Bos kenal dengan nona ini?"

"Mestilah kenal. Dia chef di hotel aku. Bagaimana?"

Aariz tidak dapat meneruskan kata-katanya.

"Patutlah aku tak jumpa mayat dia. Dia selamat rupanya. Tinggal bersama Ghadi pula tu."

"Bos, budak inikah yang bos suruh cari hari tu?" Narong pula ingin tahu.

"Ahah, dia nilah yang jatuh dari kapal aku tempohari."

"Jadi gimana sekarang?"

Aariz celaru sekarang memandangkan dia pernah tersuka kepada Naura. Apa akan jadi jika Naura ternampak dia disini? Perlukah dia pergi sebelum Naura sedar?

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now