BAB 33

8.9K 347 8
                                    

Ghadi dan Naura diam tidak berkutik menyaksikan matahari tenggelam. Keindahan alam yang amat disukai oleh Naura. Hilang segala masalah apabila dapat menyaksikan keindahan alam kurniaan Allah SWT.

Langit yang memerah dan hampir hilang warnanya memaksa Ghadi mengajak Naura kembali ke markas.

"Jom kita balik markas, malam ni ada operasi lagi."

"Ada lagi misi malam ni?"

"Ya Naura, jika kami diarahkan kami perlu jalankan tugas. Awak fahamkan tugas kami?"

"InsyaAllah saya akan faham tugas abang Adi."

"Baguslah kalau a..wa..k.. apa awak cakap tadi?"

Tanpa menjawab soalan Ghadi, Naura terus berlalu sambil tersenyum. Ghadi berlari mengejar Naura.

"Eh! Nanti dulu, awak belum jawab lagi."

Naura enggan menjawab kerana dia pasti Ghadi mendengar apa yang dia kata tadi. Dia terus berlari meninggalkan Ghadi di belakang.

"Naura tunggu!!"

Dia mengejar Naura dan langkah mereka terhenti setibanya dimarkas.
Ghadi dan Naura tergamam apabila melihat Qaid, Jai, Orlando, Kai dan Kecik berdiri sebaris sambil berpeluk tubuh.

Lagak mereka seperti ditangkap oleh ibubapa setelah berjumpa secara sembunyi-sembunyi.

Suasana sepi untuk seketika dan untuk mengelakkan dari keadaan lebih janggal Naura terpaksa buka mulut.

"Eh! Abang-abang semua buat apa dekat sini ramai-ramai."

Kai dan Kecik sudah tersenyum senget melihat Ghadi dan Naura sementara Jai dan Orlando masih bingung melihat senyuman manis Ghadi. Qaid macam biasa, tayang wajah bekunya.

Siapa tidak hairan melihat senyuman manis bergula yang ditunjukkan oleh Ghadi kerana dia tidak pernah senyum apatah lagi ketika menjalankan misi.

"Ni pasaipa dua-dua duk sengih dari tadi, cuba cerita kat kami sama." Jai yang penasaran cuba korek rahsia.

"Naura, care to share with us?"

"Kakcik, bolehkan cerita dekat saya."

"Naura, aigoo palli palli, please tell us.

Naura memandang Ghadi meminta tolong kerana tidak tahan diasak secara bertalu-talu. Ghadi hanya mampu menggelengkan kepala tanda tidak mahu memberitahu apa-apa.

Naura membuat isyarat zip mulut kepada mereka dan terus berlalu masuk ke markas. Kini semua kepala berpaling kepada Ghadi dan memberi pandangan 'membunuh' kepada Ghadi.

Ghadi langsung tidak tergugat dengan pandangan itu dan masih senyap tanpa mahu memberi penjelasan kepada mereka.

"Kau dah confess dekat dia?" tanya Qaid.

Ghadi sekadar mengangguk.

"Jadi? Dia kata apa?"

Masih lagi membisu tapi senyuman terlakar indah dibibir Ghadi. Dia mengangkat ibu jari tanda bagus.

"Alhamdulillah." Qaid menyapu kedua tapak tangan ke muka.

"Terima kasih buddy sebab nasihat aku tempohari."

"No problem. Glad I can help you."

Qaid menepuk bahu Ghadi dan mereka berdua masuk ke markas bersama-
sama. Yang lain masih lagi tercengang, tidak faham apa yang sedang berlaku.

Kebisuan Ghadi, Naura dan Qaid menambahkan lagi sakit hati Jai, Orlando, Kai dan Kecik.

"Apa yang sedang belaku ni?" Jai garu kepala yang tidak gatal.

"Entahlah Jai, aku pun tak tahu."

"Orlando, hang tau dak apa yang depa cakap tu?"

"No, I've no idea."

"Depa nak suruh kita main teka-teki kut?"

"Biarlah Jai, nanti kita akan tahu juga."

"Aku tak puashati lagi ni."

"Dah..dah..malam ni ada misi lagi. Esoklah kita fikir."

Mereka masuk ke markas dengan langkah yang longlai.

"Tapi kan..aku rasa.."

"Dahlah Jai..nanti saya korek daripada kakcik pula."

Kecik memberi jaminan kepada Jai agar Jai tidak terus menerus meneka di dalam kesamaran.

Bukan mereka tidak sedar, sejak kebelakangan ini Ghadi sudah mula senyum sendiri. Ghadi yang dikenali sebagai seorang yang tegas dalam menjalankan tugasnya berubah menjadi insan yang suka tersenyum.

Pelik juga Ghadi yang digelar Lion dikalangan mereka sudah menjadi kucing siam. Meooww. Kecik dah tersenyum senget memikirkan perkara tersebut.

Lamunan Kecik terganggu apabila Ghadi memanggilnya.

"Kecik, kau tinggal disini, jaga Naura, biar kami saja yang pergi."

"Baik bos."

Naura memandang Ghadi dengan pandangan hairan. Selalunya misi dia ditinggalkan keseorangan tetapi kenapa malam ini perlu berteman?

"Tak apa kapten saya boleh jaga diri saya sendiri."

"No! You stay with Kecik. This is an order!"

Nada suara Ghadi yang tinggi mengejutkan mereka semua. Muka Naura sudah berubah kemerahan apabila dijerkah begitu. Dia hampir menangis kerana dia menduga Ghadi memarahinya.

"S***.. Sorry.. saya tak sengaja. Bukan saya nak marah awak tapi..."

Mendengar kata yang tidak manis dari mulut Ghadi menyebabkan Naura terus mengalirkan airmata dan meraung. Adoii Naura kenapalah kau cengeng sangat ni?

Tergamam dan terkejut dengan reaksi Naura, suasana menjadi sepi seketika.
Qaid mengarahkan yang lain beredar dari situ dan memberi peluang untuk Ghadi memujuk Naura.

Jai dengan sengaja membuat isyarat menggoyangkan jari telunjuknya kepada Ghadi.

'Ahaa tak tahu' katanya tanpa mengeluarkan suara.

Ghadi segera menunjukkan penumbuknya kepada Jai kerana sempat mengejeknya.

Hahaha Ghadi the Lion kena tukar jadi chemong si kucing untuk memujuk Naura.

"Naura.. maafkan saya. Bukan saya sengaja nak marah tapi saya risaukan awak. Saya rasa tak sedap hati nak jalankan misi malam ni."

Dalam tersedu sedan Naura cuba untuk mengatur pernafasannya.

"Se..be..nar..nya sa..sa..ya tak te..ra..sa..pun. Saya terkejut ja."

"Awak okey tak ni?" Kerisauan jelas dimata Ghadi.

Baginya hendak berlawan dengan penjenayah lagi mudah daripada memujuk seorang wanita.

"Saya okey dah..kapten jangan risau eh." Naura meyakinkan Ghadi seraya menyapu airmata yang tersisa.

"Betul ni? "

"Betul. Kapten pergilah, tak apa Kecik boleh jaga saya."

Sebetulnya Ghadi agak berat hati untuk meninggalkan Naura tanpa teman. Hatinya terasa seperti sesuatu yang akan berlaku malam ini tetapi dia tidak pasti apakah yang bakal terjadi.

Selepas selesai doa yang dibaca Qaid, mereka berangkat menuju ke destinasi yang ditetapkan.

Ghadi berharap agar apa yag dia risaukan tidak menjadi kenyataan. Dia cuma berharap agar dapat kembali mendapatkan Naura kerana hanya itu yang menjadi keutamaannya sekarang.

'Semoga Ghadi berjaya dalam misinya.'
Doa Naura dalam hati dengan dada yang berdebar-debar.

Cuma Ghadi mahupun Naura tidak menyedari bahaya yang menghampiri mereka sebentar lagi.

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now