Ghadi duduk bersendirian di bangku luar bilik Naura. Sahabat-sahabatnya sudah pulang ke kuarters untuk berehat. Qaid juga pulang untuk membersihkan diri dan akan kembali dengan pakaian Ghadi.
Luka dibadannya sudah dirawat tadi oleh Dr.Rayyan. Pakaian yang koyak diganti dengan t-shirt Dr.Rayyan. Ghadi hanya membersihkan diri ala kadar di bilik Dr.Rayyan.Oleh kerana badan Dr.Rayyan kecil daripada Ghadi maka t-shirt tersebut kelihatan agak sendat apabila berada dibadan Ghadi.
Ghadi menyandar kepala ke dinding dan memejamkan mata. Dia tidak melelapkan mata sejak hari kejadian dan kini barulah badannya berasa amat letih.
Puan Sri Nazariah kembali ke hospital setelah dia check in di hotel semalam. Naufal memaksa ibunya tidur di hotel sementara dia menjaga Naura di hospital. Setibanya di bilik Naura, dia terkejut melihat Ghadi berada diluar bilik Naura.
Sebagai ibu, dia jatuh kasihan melihat Ghadi masih belum pulang ke rumah kerana risaukan Naura. Dari pemerhatiannya, dia dapat rasakan Ghadi dan Naura ada hubungan yang istimewa. Nalurinya berkata begitu sementelah dia makan garam lebih dulu daripada orang muda.Nasib baik tak kena darah tinggi.
"ASP Ghadi..bangun..jom ikut saya masuk dalam bilik."
Puan Sri Nazariah mempelawa Ghadi masuk bilik supaya Ghadi dapat berehat dengan lebih selesa.Ghadi tidak tahu bagaimana hendak buat reaksi, terharu, terkesima ditegur Puan Sri Nazariah dan dia masih terpaku disitu.
"Tuan tak mau jumpa Naura ka? Rasanya Naura dah rindu sangat dekat tuan." Puan Sri Nazariah cuba pancing reaksi Ghadi.
"Err..Puan Sri panggil saya Ghadi saja."
Ghadi terus menunduk malu bila digiat dengan ibu Naura. Aduh! Kenapalah Puan Sri sebut rindu pula ni. Sememangnya dia sendiri amat rindukan Naura.
"Dah jangan fikir lagi, jom masuk."
Ghadi menuruti langkah Puan Sri Nazariah, matanya melirik kearah katil yang menempatkan Naura. Naura sedang bersembang dengan Naufal. Kelihatan dua beradik seronok bergurau sehingga tidak sedar kehadiran Ghadi dan ibu mereka.
Mereka berdua berpaling setelah Puan Sri Nazariah menegur dua beradik itu.
Wajah Naura bertukar lebih ceria setelah melihat ketibaan Ghadi."Kapten! Kapten okey ka? Yang lain pun okey juga kan. Kecik tak apa-apa kan. Err..encik Aariz macam mana pula?"
"Naura apa banyak sangat soalan ni? Macam mana ASP Ghadi nak jawab?"
"Kenapa adik panggil ASP tu kapten pulak? Something fishy is going on here."
"Alamak abang jom ikut ibu balik hotel sekejap. Ibu tertinggal baranglah."
"Aduh! Ibu ni, habis siapa nak jaga adik?"
"Ghadi bolehkan jaga Naura?"
"InsyaAllah Puan Sri, saya boleh jaga Naura."
"Ya ibu, kapten boleh jaga adik lagipun selama ni pun dia yang jaga...oppss"
Naura menutup mulut dengan tapak tangannya. Dia tersengih melihat ibu dan abangnya. Ghadi pula menggaru kepala yang tidak gatal.
"Apa adik kata?" Suara Naufal dah naik seoktaf.
"Dah abang, jom kita balik hotel dulu."
"Tapi ibu..."
Puan Sri Nazariah tidak peduli lalu menarik tangan Naufal keluar dari situ.
Dia hanya ingin memberi peluang kepada Ghadi bersemuka dengan Naura. Dia tahu mengapa Ghadi tidak pulang semalam.Setelah Puan Sri Nazariah dan Naufal Qusyairi keluar, keadaan dalam bilik sunyi sepi.Ghadi mahupun Naura tidak mampu bersuara apabila ditinggalkan berdua
YOU ARE READING
GHADI AQHAR: THE LIONS
General FictionApakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua...