Sebuah bot yang dinaiki oleh Ghadi, Orlando dan Jai merapat ke jeti kecil di sebuah pulau kecil. Pulau yang tidak berpenghuni tetapi sentiasa dilawati oleh pelancong-pelancong untuk menikmati keindahan flora dan fauna.
Kerajaan negeri tidak bersedia untuk mendirikan chalet atau hotel di situ untuk mengelakkan daripada tercemar dan rosak disebabkan oleh kerakusan manusia.Tidak lama kemudian muncul pula sebuah bot menyusuli bot yang dinaiki Ghadi dan kumpulannya. Ketibaan bot tersebut disambut oleh Ghadi dan kelihatan beberapa orang mengusung sebuah peti lalu diletakkan di hadapan Ghadi.
"Hello Tuan Ghadi, sawasdee krab." sapa Narong.
Narong seorang warganegara Thailand merupakan taiko pengedaran senjata di utara tanahair. Dia menggunakan laluan air di sekitar Pulau Langkawi untuk pengedaran senjata api. Pulau Langkawi dipilih kerana di sekitar pulau tersebut terdapat beratus lagi pulau-pulau yang kecil jadi mudah bagi dia untuk meloloskan diri dari pihak berkuasa."Kenapa malam ni satu peti saja Narong." tanya Ghadi.
"Sekarang susah sikit Ghadi. Polis selalu ronda. Aku tak mau rugi kalau kena ambush."
Walaupun Narong berbangsa Thai tapi boleh cakap melayu dialek Pattani. Bunyi pelat sikit tapi boleh la faham. Bunyi Kelantan ada bunyi Kedah pun ada. Janji faham."Let's get done with it " Ghadi mengarahkan anak buahnya membuka peti tersebut.
"Fuyoo..canggih..canggih.. Colt, Heckler & koch, Steyr AUG, Remington pun ada." Jai sudah terbeliak mata melihat senjata api yang Narong bawa.
Orlando hanya tersengih melihat keterujaan Jai. Dia tahu Jai amat gilakan senjata api yang canggih. Jai bukan sahaja peminat senjata api tetapi merupakan penembak tepat yang hebat.
" Apa macam? Ada suka ka?" Narong sudah nampak wang dimatanya.
"Saya suka..saya suka." Jai buat suara seperti Upin Ipin.
Ghadi mengarahkan Orlando dan Jai membawa peti senjata api itu ke dalam bot mereka. Narong sudah tersenyum lebar melihat penjualannya yang berjaya.
"Macam biasa, aku transfer duit ke akaun antarabangsa kau."
"As usual. I believe you. It's been a pleasure to make business with you."
Tangan dijabat menandakan termeterainya satu lagi perjanjian untuk pembelian yang akan datang.
Perniagaan ini walaupun berisiko tetapi pulangannya amat lumayan. Tambahan pula terdapat permintaan yang tinggi terhadap senjata api.
Pihak berkuasa Malaysia mempunyai polisi yang ketat untuk orang awam memiliki senjata api. Hanya mereka yang benar- benar layak dan mempunyai sebab munasabah sahaja dibenarkan memiliki senjata api. Itupun perlu melalui tapisan yang ketat. Jadi cara yang paling mudah ialah dengan mendapatkan di pasaran gelap.Setelah Narong dan kumpulannya beredar, Ghadi, Orlando dan Jai terus meninggalkan pulau tersebut.
"Kembali ke markas. Nanti kita bincangkan misi yang seterusnya."
Ghadi perlu menyerahkan senjata api tersebut kepada orang atasan. Misi mereka adalah untuk membenteras penyeludupan senjata api dari negara jiran.
Untuk menjayakan misi, mereka perlu bekerjasama dengan kumpulan penyeludup ini dahulu supaya dapat membenteras sehingga ke akar umbi.
Hampir tiba di markas mereka bertiga dikejutkan oleh satu suara."Berhenti! Awak semua dikepung!"
YOU ARE READING
GHADI AQHAR: THE LIONS
Fiksi UmumApakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua...