BAB 25

8.9K 345 5
                                    

Aariz masih menunggu kumpulan yang diarahkan untuk menyerang Ghadi di atas kapal mewahnya. Dia tersenyum suka apabila terkenangkan rancangan untuk mengenakan Ghadi.

Sebetulnya dia tidak suka ada orang lain yang lebih berkuasa daripadanya di kawasan itu. Senyumannya bertambah lebar apabila melihat dua buah bot menghampiri kapalnya.

Kumpulan yang diketuai oleh Joko naik ke dek untuk menemui Aariz. Senyuman Aariz mati ketika melihat keadaan Joko dan anak buahnya lebam dan calar ditubuh masing-masing.

"Apa dah jadi ni?" Suara Aariz naik seoktaf.

Dia tidak menjangka Joko yang kuat boleh tertewas dengan mudah. Jika dibandingkan dengan Narong, Joko lebih pantas dan tidak takut sebarang ancaman.

"Maafin anak buah gue, bos. Kayaknya lawan yang kita hadapi ini gagah banget."

"Betul ke mereka tu kuat sangat?"

"Betul bos, bukan biasa-biasa orangnya bos. Tempurnya ada strategis bos. Kayaknya macam pak polisi aja."

"Tak mungkinlah. Narong kata macam kita juga. Mungkin kumpulannya lebih teratur."

"Kita perlu berawas bos kiranya dia itu dari pasukan keselamatan."

"Mungkin betul juga kata kau. Tak apa kita tengok dulu apa rancangan mereka. Tapi kau perlu berwaspada jangan sampai tumpas ditangan mereka lagi."

"Beres bos, ini Joko Suparman, kakaknya Superman cuma itulah aku enggak bisa terbang aja."

"Sukalah pakai spender kat luar. Dah jangan merepek. Kau bawa anak buah kau berubat. Kalau perlu ke klinik bawa saja, bayarannya saya tanggung."

Aariz pun malas nak melayan lanun sengal macam Joko. Nampak ganas tapi boleh buat lawak juga.

"Beres bos, kami pamit dulu ya."

"Eh! Nanti sekejap. Aku rasa kau selidik
si Ghadi ni dengan lebih mendalam. Aku nak kenal juga siapa dia ni."

"Jadi spy bos, bisa diatur bos. Waduh bisa jadi James Bond lagi."

Joko beredar dengan sengihan panjang. Suka pula bila diberi tugasan yang mencabar. Pasti ganjarannya pun lumayan.

Aariz pula sedang memikirkan kata-kata Joko tadi. Rasanya dia perlu berhati-hati ketika berurusan dengan Ghadi. Dunia jenayah penuh dengan tipu muslihat. Tikam belakang itu biasa dalam dunia mereka, tidak boleh mempercayai sesiapapun waima keluarga sendiri.

Setelah puas mengelamun, Aariz mengarahkan orangnya supaya kembali ke tanah besar. Tugas hakiki menunggunya di Hotel Duta. Dah macam kameleon pula, boleh bertukar dua watak pada masa yang sama.

******************

Awal pagi lagi Naura sudah menyediakan sarapan untuk mereka. Dia menyediakan bubur istimewa untuk Ghadi. Bubur istimewa untuk orang yang istimewa.

Sambil tersenyum puas Naura membawa dulang sarapan ke tempat Ghadi berehat. Ghadi yang baru terjaga terkejut melihat Naura membawa sarapan kepadanya.

Dalam keadaan mamai, mungkin kesan dari ubat tahan sakit, mata Ghadi berkelip-kelip melihat Naura dan matanya jatuh ke tangan Naura yang sedang menatang sebuah dulang.

"Apa yang kau buat ni?"

"Sarapan kaptenlah. Nanti nak makan ubat kena makan sesuatu dulu."

"Bubur? Kenapa setiap kali sakit mesti masak bubur, ada bubur mesti untuk orang sakit?"

"Ishhh, apa kapten ni. Masa sakitlah kena makan bubur supaya senang nak telan. Tak payah kunyah-kunyah dah."

Naura yang polos menerangkan secara terperinci kepada Ghadi.

Ghadi tersenyum melihat wajah polos Naura.

"Saya bukan sakit teruk sangat Naura, tak payah bawa sarapan ke sini. Saya boleh ja pergi dapur."

"Alaa..bukan selalu kapten, hari ni biar saya yang layan kapten. Tengok apa yang saya buat?"

"Teh tarik?"

"Haa..kalau nak teh tarik, makan bubur dulu." Naura gunakan teh tarik kegemaran Ghadi untuk memancing Ghadi makan bubur.

"You can't force me."

Ghadi masih berdegil tidak mahu makan bubur kerana dia paling tidak suka makanan itu.

"No bubur no teh tarik." Naura menggoyangkan jari telunjuk ke kiri dan kanan sambil tersengih.

"Mana kau belajar ugut orang ni?"

"Dah lama tinggal dengan lanun kan."

Ghadi ketap gigi menahan geram, Naura sekarang dah pandai melawan cakap dengannya. Dulu bukan main takut dengannya tapi sekarang tidak mahu kalah pula.

"Good morning lovebirds. Awal bergaduh hari ni." Orlando menegur tapi kaki terus menuju ke dapur.

"Assalamualaikum, semoga hari ni semua sihat-sihat belaka." Kecik juga tidak mahu kalah menegur Ghadi dan Naura.

"Kecik, hang toksah duk cakap banyak, pi buat ayaq. Selamat pagi bos, Naura."
sambil tersengih Jai juga berlalu ke dapur.

"Anneoysaheyo." Kai yang sentiasa ceria juga tidak mahu melepaskan peluang.

"Ghadi, kau dah okey?"

"Alhamdulillah, terima kasih Qaid."

"It's my job."

Setelah semua beredar ke dapur, barulah Naura boleh menarik nafas. Mukanya merah padam apabila ditegur oleh setiap ahli kumpulan itu.

"Cepatlah makan kapten, nanti sejuk tak sedap pula."

"Kau suapkan, tangan aku sakit lagilah."

Ghadi mencuba nasib dengan mengambil kesempatan ke atas Naura apabila melihat wajah Naura sudah merah membahang.

"Ishhh kapten ni mengada pulak hari ni."Bertambah merah wajah Naura apabila disuruh suap oleh Ghadi.

Naura buat muka tak rela tapi jantungnya dah berdentum dentam macam bunga api di tahun baru.

"Buka mulut." Dalam tak rela tangan tetap menghulur suapan bubur kepada Ghadi.

Ghadi menerima suapan Naura dengan hati yang berbunga-bunga.

Tiba-tiba terdengar suara seperti berkaraoke dari arah dapur.

Kompang dipalu pengantin malu
Duduk bersanding tak tahu malu
Ewahhh

"DIAMLAH" Ghadi dan Naura menjerit serentak.

HAHAHAHA

Seronok betul mereka mengenakan Ghadi dan Naura. Naura yang berasa malu dengan usikan itu terus meletakkan mangkuk bubur diatas tangan Ghadi.

Dia berlalu ke biliknya dengan muka merah bagaikan udang yang dibakar.
Dia rasakan usikan mereka semakin hari semakin menjadi-jadi pula. Rasa macam nak ketuk-ketuk kepala lima sekawan itu.

Ghadi pula sudah malas nak tegur anak-anak buahnya. Mereka bukan budak kecil nak ditegur hal-hal sebegitu.

Namun dihatinya berbunga riang apabila diusik sebegitu kerana dia sendiri merasakan ada getaran apabila bersama Naura.

Hatinya sudah berpalu memainkan irama cinta. Sesuatu yang aneh sementelah dia membiarkan hatinya kosong untuk sekian lama daripada
diisi oleh mana-mana perempuan.

Ya, Naura adalah wanita pertama yang berjaya menembus hati Ghadi yang berupa kerikil itu.

Hatinya sudah lama terpaut kepada Naura tapi untuk melafazkan kata cinta agak sukar buat masa sekarang.

Bukan masanya lagi untuk Ghadi meluahkan isi hatinya kepada Naura kerana dia perlu melunaskan misi mereka terlebih dahulu.Biarlah dia memendam hasrat hatinya buat sementara waktu.

"Luahkan saja Ghadi sebelum terlambat." Qaid tiba-tiba menegur Ghadi apabila melihat Ghadi mengelamun.

"Haaa??" Ghadi terpelangah mendengar ayat Qaid.

"Luahkan saja isi hati kau kepada Naura."

Apakah Qaid seorang ahli nujum, boleh membaca isi hati Ghadi?

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now