Cuti minggu ini Naura mengambil kesempatan dengan membaca novel kegemarannya. Novel ' Jauh Kau Pergi' karya penulis Dhiya Zafira menjadi pilihannya pagi ini.'Ishh kalau aku bertemu jodoh dengan komando ni mesti best kan. Suka la dengan geng-geng komando ni mesti tegap dan sado.'
Fikiran Naura mula membayangkan dan berangan couple dengan komando.
'Tapi kalau kahwin dengan komando mesti selalu kena tinggal kan, sebab selalu pergi operasi.'
'Hmmm tak kisahlah Naura..demi bangsa, agama dan negara. hehehe'
Begitu bersemangat Naura berangan. Itupun jika bonda dan abang Naufal izinkan. Kalau mereka tak izinkan Naura nak merajuk lagilah. Datang kerja sinipun sebab merajuk juga. Naura tertawa kecil mengingati
angan-angannya sendiri." Hoi minah, yang hang gelak sorang-sorang tu pasai pa? Dah gila ka?" jerkah Karisma.
"Oh mak kau komando handsome."
"Hahaha duk berangan komando apa pulak ni."
" Kau ni terkejut aku. Kan aku sedang baca novel ni, kisah komando. Mesti handsomekan geng-geng komando ni, gagah, badan mesti sado."
" Dah..dah..komando mat do, Hrithik Roshan aku lagi sado..Dhoom machale..
dhoom machale..lagi handsome daripada komando hang.""Apa la kau ni, tak habis-habis Hrithik Roshan la, Shah Rukh Khan la,
Ajay Devgan la, Salman Khan la eh tu abang kau."" Abang aku jangan sebut naa. Jom la cepat, kata nak ikut aku balik kampung."
"Balik kampung la sangat, jauhnya setanak nasi je pun."
"Tak kisahlah, janji boleh balik. Hang ada?"
Karisma sememangnya anak jati Langkawi. Bukan dia tidak mendapat peluang pekerjaan di luar Langkawi tetapi dia sendiri tidak mahu.
Dia melanjutkan pelajarannya pun di UiTM Arau, Perlis, senang nak balik kampung katanya. Sayangnya kepada keluarga mengatasi segala-galanya."Hai Naura, Karisma..nak kemana tu?"sapa Aariz apabila ternampak mereka berdua mengunci pintu bilik.
"Eh, Encik Aariz, nak balik kampung sat, Naura pun nak ikut sekali." Aariz tanya Naura tetapi yang menjawabnya ialah Karisma.
Naura hanya tersenyum Syukurnya kepada Karisma kerana sudi menjawab pertanyaan Aariz tadi."Naura, esok petang ikut saya belayar."
"Tapi Encik Aariz bukan chef Zaidi yang selalu ikut Encik Aariz ka?
"Chef Zaidi cuti esok. Awak kena ganti dia okey."
"Tapi masakan saya tak sesedap chef Zaidi"
"Naura, awak tak perlu masak cuma serve kami saja"
"Tapi....." tiga kali tapi daripada Naura.
"That's it Naura, see you tomorrow."
terpaksa Aariz mengeluarkan arahan mandatori sebelum Naura membantah lagi.
Sebenarnya Aariz sengaja mengajak Naura kerana hendak bersama Naura jauh dari hotel. Arahan kerja hanyalah alasan Aariz sahaja. Jika beritahu betul-betul sudah pasti Naura tidak akan ikut."Dah..dah.. duk pikiaq apa lagi. Abang aku dah tunggu tu. Caloo bete har dil jo pyar karega."
Ajakan Karisma mematikan lamunan Naura. Nasib kau lah Naura. Dah kerja dengan orang kenalah bertindak mengikut arahan.
Sehari suntuk di kampung Karisma amat menyeronokkan bagi Naura. Suasana yang riuh dengan celoteh anak beranak Pak Hussein dan Mak Mala amat menghiburkan Naura.
Naura sempat menimba ilmu masakan daripada ibu Karisma. Mak Mala memang terkenal sebagai tukang masak yang hebat di kampung tersebut. Nasi ulam dan asam pedas sayur keladi merupakan masakan tradisi Kedah yang sempat dipelajari oleh Naura.
Sebelum kembali ke hotel, mereka sempat menikmati minuman petang, teh tarik dan cucur udang. Naura dengan sukarela membuat cucur udang dan membancuh teh untuk seisi keluarga Karisma."Tokwan Man, tok Ruby mai minum teh, cucuq panaih-panaih lagi ni." Karisma menjemput jirannya minum.
"Haaa...Karisma, terima kasih naa, tokwan dan tok nak pi pekan sat. Ni Har nak belanja kami apatah." Tokwan menolak ajakan Karisma dengan senyum manis.
"Lain kali hang balik, hang bancuh kopi kaw-kaw kat tokwan naa.""Baik Tokwan. Baik-baik jalan tu."
"In syaa Allah, kami pi dulu naa." Tok Ruby pula melambai ke arah mereka.
Naura melihat sekilas gerangan yang ditegur Karisma. Sepasang warga emas kelihatan menaiki kereta yang sedia diparkir di halaman rumah tersebut tetapi Naura tidak dapat melihat pemandunya kerana terlindung.
"Siapa tu?" tanya Naura.
"Jiran aku. Tokwan Man dan Tok Ruby." jelas Karisma.
"Tok Ruby? Wow! glamornya nama."
"Mesti la, orang kampung aku kan, mestilah glamor. Macam aku." kata Karisma dengan bangganya.
"Tapikan aku tengok Tok Ruby tu tua-tua pun masih cantik, macam orang putih pun ada."
"Tok Ruby memang orang putih. Tokwan Rahman orang Pakistan, depa berhijrah lama dah kat sini. Anak depa duk KL sana, ada kompeni sendiri. Depa suka suasana sini, tu yang menetap sini terus." terang Karisma dengan panjang lebar.
"Ohhhh patut la, tua-tua pun masih cantik."
"Tu hang baru tengok tok, tak tengok lagi cucu dia. Merecik tau."
"Kau ingat ikan bakar, merecik bagai. Habis dah merecik sangat kenapa kau tak mengorat ja cucu mereka?"
"Uishh..handsome sangat abang Har tu, tak padan dengan aku. Lagipun aku minat macam Hrithik Roshan ja."
Naura terus memandang kereta itu berlalu sehingga hilang dari pandangan. Hatinya berasa resah memikirkan hari esok. Dia berasa tidak sedap hati macam ada sesuatu yang akan berlaku.
Resah..resah juga tapi mulut duk kunyah cucur udang tak henti-henti sambil menghirup teh tarik walaupun Naura lebih suka teh ais.Teh tarik pun teh tariklah..janji teh.
YOU ARE READING
GHADI AQHAR: THE LIONS
General FictionApakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua...