Seperti biasa jika ada peluang, Naura akan ke tepi pantai untuk menikmati angin petang dan melihat matahari terbenam. Kegemarannya sejak dia bekerja di hotel yang terletak di tepi pantai itu. Suasana yang tenang amat didambakannya untuk menghilangkan penat dan resah yang melanda hatinya.
" Hei perempuan." satu suara nyaring menyapanya.
Lantas Naura berpaling ke arah suara tersebut.
' Bala dah datang.' Hilang segala ketenangan setelah mendengar suara yang tidak enak didengar itu.
" Ya cik Dina. Boleh saya bantu?" Naura memaniskan roman mukanya agar tidak nampak janggal.
" Kau kan memang tak tau malukan. Riz tu bakal tunang aku. Kenapa kau suka kacau hak orang?"
" Kau kena sedar diri kau sikit. Kau tu tak setanding dengan Riz. Kau tu chef ja, miskin pulak. Memang tak setanding dengan kami pun." Dina dengan rasa tak bersalah menyembur Naura.
Hati Dina sebenarnya sakit melihat kesungguhan Aariz memikat Naura. Walaupun dia tahu Naura tidak pernah melayan Aariz tapi hatinya tetap berasa sakit. Kesakitan itu terpaksa dilepaskan kepada Naura kerana dia tahu Aariz akan terus menolaknya jika dia menunjukkan sikap tidak puashatinya terhadap Aariz.
" Eh, Cik Dina silap ni. Saya tak ada hati pun dekat encik Aariz."
" Tak suka tapi hari-hari berdating di tepi pantai tu apa?"
" Saya datang sorang ja. Saya tak janji pun dengan Encik Aariz." Naura cuba untuk menjelaskan kedudukan yang sebenarnya.
" Alasan, mula-mula kata tak suka kemudian bila abang Riz pujuk kau pun jerat dia la. Dasar perempuan kampung, suka mengambil kesempatan ke atas orang kaya macam kami." Dina provoke Naura.
' Minah ni ikut suka teori dia ja nak kutuk aku. Dia ingat aku ni siapa?'
" Maaf Cik Dina, saya tak hadap dengan harta kekayaan Encik Aariz dan Cik Dina. Lagipun Encik Aariz dan Cik Dina pun tumpang kekayaan orang tua saja kan."
' Aku pun kaya jugak la' balas Naura tapi cuma dalam hati saja.
" Tak guna kau." sambil tangan terus menampar Naura.
Malangnya Naura tidak sempat mengelak. Pedih juga pipinya yang mulus kena penangan Dina.
" Dina stop it. Malu orang tengok. Where's your manners." tegas sambil memegang tangan Dina.
Dina sudah bersedia untuk melayangkan satu lagi tamparan tapi sempat dihalang oleh Aariz.
"Naura okey ka?" sambil mengusap pipi Naura.
Dina bertambah sakit hati melihat perlakuan Aariz, terus berpaling dan kembali ke hotel sambil menghentak kaki.
" Okay ja. Ala sikit ja." Naura tidak mahu menunjukkan kelemahannya.
" I'm sorry." ucap Aariz sambil menyusun sepuluh jari tanda mohon maaf.
" Saya okey ja. Encik Aariz pergi la pujuk Cik Dina tu. Nanti melarat pula rajuk dia."
Naura terpaksa berkata begitu dengan tujuan untuk menghalau Aariz.
Naura berasa amat malu kerana kejadian itu disaksikan oleh ramai staf dan juga pengunjung hotel. Dia tersenyum sambil mengangkat tangan tanda dia tidak apa-apa.
YOU ARE READING
GHADI AQHAR: THE LIONS
General FictionApakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua...