Suasana menjadi sepi seketika. Tanpa Ghadi dan Naura sedari, perbuatan mereka disaksikan oleh Jai, Kecik dan Qaid. Jai dan Kecik baru tiba setelah membeli barangan keperluan dapur dan Naura sementara Qaid tiba sejurus itu. Mereka bertiga tercengang melihat pergaduhan Ghadi dan Naura.
"Hangpa tengok tu, dari mula asyik bertengkar dua-dua tu." kata Jai sambil berbisik.
"Ya la, apa yang mereka gaduhkan."
"Tak pernah tengok Ghadi macam tu. Apa masalah dia?"
"Bukannya ada masalah tapi saja cari masalah."
"Masalah apa Jai?"
"Masalah cinta sudah berputik. Hangpa mana tau.Hangpa budak-budak lagi."
'Pap' Qaid tampar bahu Jai. Kecik sudah tersengih.
"Saya dah agak dah, dari mula-mula lagi bos dah lain macam."
"Misi kita mencegah jenayah bukan misi mencari cinta." Qaid memang amat komited dengan kerjanya. Sebab tu sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi.
"Alaa syampu pun ada 2 in 1, kira boleh la jalankan misi sambil bercinta."
"Kau ni Qaid serius sangat la, tau la Ghadi nak buat apa. Dia profesional."
"Assalamualaikum!"
Ucapan salam daripada Qaid telah mengembalikan Ghadi dan Naura kepada realiti. Naura menggigit bibirnya kerana malu tertangkap 'bermain mata' dengan Ghadi. Ghadi pula hanya berdehem lalu memegang belakang tengkuknya. Perbuatan yang selalu dia lakukan apabila resah.
Lantas dia memanggil Qaid ke satu kawasan untuk berbicara tentang misi Qaid di tanah besar. Sementara itu Kecik mengajak Naura masuk untuk menunjukkan barangan yang mereka beli. Naura amat gembira kerana Jai dan Kecik membeli banyak barangan untuk dia memasak. Tidak lupa juga barangan keperluan peribadinya.
Ghadi termenung panjang setelah mendapat laporan daripada Qaid. Dia tidak menyangka yang majikan Naura tidak membuat laporan polis atas kehilangan Naura. Apa motifnya berbuat begitu?
Qaid juga beritahu yang Naura masih mempunyai seorang ibu dan abang. Mereka menjalankan perusahaan keluarga di Pulau Pinang.Sedang mereka berbincang muncul Orlando pula menyertai mereka.
Orlando yang pulang awal kerana dia yakin sudah dapat secukupnya info mengenai Naura.
"Haa Orlando, awal kau pulang. Dah habis risik ka?" Qaid menegur Orlando.
"Ahaa dah selesai job saya. Dapat informer yang bagus dan rajin bercakap, senang kerja. Sekali tanya semua dia bagitau. Tak payah susah-susah." Orlando sudah tersenyum terkenangkan Karisma.
"Good, so what's the result."
"It's true she going sailing with her boss, Aariz Zafri his name but he claim that he send Naura to airport after that. He said Naura's family had an accident."
"He such a liar." bentak Ghadi. Marah kerana Aariz sanggup menipu dan mempertaruhkan nyawa seorang gadis.
"Jadi kita nak buat macam mana bos? tanya Qaid. Risau juga dia, tak sangka kes Naura berat juga.
"Kalau kita hantar dia balik, takut pula nanti Aariz apa-apakan dia pula. Kalau Naura report polis mesti si Aariz kena dakwa kan. Aariz tu anak orang kaya."
"Betul bos." sokong Orlando.
Setelah berfikir agak lama, Ghadi membuat keputusan.
"Rasanya kita biarkan dia tinggal disini dulu. Nanti selesai kerja kita hantar dia balik. Lagipun kerja kita dah hampir sampai ke penghujungnya."
"Tapi bos bila kita hantar dia nanti, dia macam mana pulak..maksud saya nyawa dia tak terancam ka?"
"Kita fikir kemudian masalah tu. Sekarang kita tumpu misi kita dulu."
"I think I want to teach that bastard a lesson."
"Siapa?"
"That guy Aariz, how dare he do that to my angel. My angel is so lucky she still alive and stranded here. What if she stranded at other island."
'Kalau terdampar tempat lain tak dapat la aku jumpa dia.' Ghadi berkata sekadar dalam hati. Kalau anak buahnya dengar mahu kena ketawa setahun.
"Haa kalau tak, tak dapatlah bos jumpa dengan Naura kan bos kan kan." Qaid yang serius buat kenyataan seperti itu. Kau rasa?
Ghadi tertelan liur kena bahan dengan orang kuatnya.
"Dah,tutup kes."
Ghadi berlalu setelah mendapat kata sepakat. Dia tidak perlukan persetujuan daripada tiga orang lagi rakannya kerana dia amat pasti Jai, Kai dan Kecik sangat suka bila Naura tinggal di sini.Tambahan pula mereka amat berharap Naura dapat memasak untuk mereka.
"Hmm dah selesai satu masalah, jangan ditambah masalah lagi sudah."
"What do you mean?"
"You will know sooner or later."
Orlando angkat kening tetapi Qaid sekadar angkat bahu dan mereka berdua berjalan beriringan masuk ke markas.
Pada sebelah malamnya, buat pertama kali mereka berkumpul untuk makan malam bersama. Naura berasa gementar menanti reaksi mereka semua. Apabila tiba di meja makan, masing-masing terpegun melihat hidangan yang disediakan.
"Allahuakbar kita ada kenduri ka ni?"
"Deabak."
"It's look delicous."
"Alhamdulillah."
"Terima kasih semua, enjoy your food."
Kecik tersenyum senang kerana dia turut membantu Naura menyediakan hidangan malam itu.
"Yang pasti malam ni tak dak masak kicap." Kecik sengih hingga ke telinga.
Ghadi tetap berdiam diri tetapi dalam hati suka tengok hidangan yang disediakan. Selepas Qaid membaca doa makan, mereka terus makan tanpa menoleh kiri kanan. Tak sempat pun nak bergurau. Chef hotel masak mestilah sedap.
Setelah selesai makan, masing-masing tersandar kekenyangan.
"Kalau macam ni hari-hari gemuklah kami semua."
"Betul la kakcik."
"Kamsahamida Naura, saranghae."
"Thanks angel, very delicous."
"Terima kasih Naura."
Naura tersenyum suka apabila semua suka dengan masakannya.
"Sama-sama, terima kasih juga sebab benarkan saya tinggal disini dan tak jual saya kat Siam. Hehehe."
"Kakcikkk..."
"Nauraaa...hang ni kan."
"Angel...please."
"Hehe jangan la marah, Naura gurau ja, saya tau la abang-abang semua lanun yang baik."
"Bos, macam mana? Bos belum komen apa-apa pun lagi."
"Hmmm her cooking is not bad but tok aku masak lagiiii sedap. Kecik jangan lupa teh tarik saya."
Ghadi berlalu dari situ dengan segera. Kalau tunggu perang boleh pecah lagi.
Naura dah cekak pinggang tapi malas nak membalas kata-kata Ghadi.
You're the bos, Captain Jack Sparrow.
![](https://img.wattpad.com/cover/260110335-288-k389278.jpg)
YOU ARE READING
GHADI AQHAR: THE LIONS
Fiksi UmumApakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua...