BAB 23

8.7K 287 3
                                    


Misi kali ini, Ghadi membawa Jai, Qaid dan Kai. Orlando ditugaskan untuk berjaga dimarkas. Setelah selesai berdoa yang diketuai oleh Qaid, mereka segera ke destinasi yang ditentukan.

Setelah sampai di tempat yang ditetapkan, Narong menyambut kedatangan mereka dengan gembira kerana pelanggan yang disukainya telah muncul.

"Selamat bertemu kembali Tuan Ghadi. How are you?"

"Baik, macam biasa. Kau?"

"As usual. We make money we happy.
Hahaha."

Amboi, siapa kata lanun tak tahu berbudi bahasa.

"Hari ni Tuan Ghadi bertuah sebab tokey besar turun sama aku. Bukan selalu tau dia mau involve dalam ini trade. Dia banyak teringin nak jumpa sama Tuan Ghadi."

"Really? So tonight is my lucky night."

Teruja untuk bertemu dengan ketua Narong, Ghadi tak sabar-sabar nak berkenalan dengannya. Mungkin harinya sudah tiba untuk mereka menyelesaikan misi mereka.

"Kenalkan Tuan Aariz.. tuan inilah Tuan Ghadi, ketua kumpulan Lion of the Desert."

"Nice to meet you Mr. Ghadi, Aariz Zafri."

Ghadi dan yang lain terkedu mendengar nama Aariz Zafri. Bukankah Aariz Zafri merupakan pemilik hotel Duta, mantan majikan Naura? Mungkinkah pelanduk dua serupa?

Ghadi tetap menyambut tangan Aariz walaupun di kepalanya penuh dengan berbagai-bagai persoalan. Jika Orlando ada boleh dia mengecam Aariz tetapi malam ini Orlando tidak mengikutinya.

"It's a pleasure to meet you."

"So Narong, let's proceed with the bargain."

"Baik tuan."

Qaid menghampiri Ghadi seraya berbisik.

"Bos, bukankah Aariz Zafri tu pemilik hotel Duta, bekas majikan Naura?"

"Akupun rasa begitu. Kebetulan?"

"Kalau ya patutlah dia tega tinggalkan Naura lemas. Bukan orang yang baik rupanya."

"Nanti kita tanya Orlando, hanya dia yang pernah jumpa Aariz. Ambil gambarnya, jangan sampai dia sedar."

"Baik bos."

"Any problems tuan Ghadi?"

"No, just my men are so excited to see the guns. They loved good equipment."

"Of course, we only sell good stuff and the latest equipment."

"It's a pleasure doing business with you."

"I'm honoured. See you next time."

Setelah selesai berurusan mereka kembali ke bot untuk pulang ke markas. Aariz dan Narong masih lagi menunggu disitu.

"Narong, kau kata kumpulan Ghadi handal di kawasan ini, betul ke?"

"Dengar kata macam tulah bos, sesiapa
pun tak berani kacau mereka."

"Apa kata kita uji mereka malam ni?"

"Maksud bos?"

Aariz hanya tersenyum sinis sambil menepuk bahu Narong. Boon Nam disebelahnya hanya angkat bahu, tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Aariz.

Narong seboleh-bolehnya tidak mahu mencari pasal dengan mana-mana kumpulan. Tugasnya hanyalah menghantar bekalan kepada pembeli.

Apa yang hendak Aariz lakukan adalah diluar kuasanya. Aariz mempunyai orang suruhan yang ramai. Mereka hanyalah sebahagian kecil daripada orang suruhan Aariz.

Aariz merupakan ketua mafia di utara semenanjung, juga mempunyai hubungan yang rapat dengan triad dari Thailand. Narong tidak mahu mencari pasal dengan Aariz kerana kesudahannya pasti buruk bagi mereka.

*******************

Dalam perjalanan balik ke markas, bot mereka didatangi oleh dua buah bot asing.

"Bos, saya bau bahaya arah pukul tiga."

Ghadi menoleh ke kanan, memang benar terdapat dua buah bot menuju laju ke arah mereka.

"Siap sedia semua, ambil posisi masing-masing."

Kesemuanya bersiap-sedia dengan senjata masing-masing. Atas arahan Ghadi, Kai memperlahankan bot. Mereka tidak bercadang untuk melarikan diri malah mereka bersedia untuk bertempur.

Ternyata kedatangan dua buah bot tadi bukanlah sebagai kawan tetapi ada cubaan untuk melanun. Lanun betul vs lanun jadian.

Ketika menghampiri bot Ghadi,kru dari bot asing menembak tanda amaran. Ghadi tidak membalas tembakan malah tunggu dengan sabar dalam bot.

Geng lanun tersebut amat yakin yang Ghadi dan krunya takut dengan mereka dan mereka terus melompat masuk ke dalam bot Ghadi.

"Angkat tangan lho, jatuhkan senjata."

Lanun Indon rupanya.

"Kau nak apa?"

"Gue mau lho punya senjata."

"Kalau mahu beli aja, enggak bisa rampok barangan orang."

Eh! Ghadi bisa omong bahasa Indon ya.

"Celaka!!"

Lanun Indon amat marah apabila diperlekehkan oleh Ghadi lantas menyerang Ghadi. Ghadi pantas mengelak dan berlaku pertembungan di antara dua ketua.

Konco-konco lanun yang lain tidak membuang masa terus menyerang Jai, Kai dan Qaid setelah melihat ketua mereka memulakan serangan. Malangnya mereka tidak dapat melawan geng Ghadi yang lebih tangkas dan gagah.

Seorang demi seorang geng lanun tercebur ke dalam laut akibat penangan daripada Jai, Kai dan Qaid.
Tinggal Ghadi dan ketua lanun itu sahaja yang masih bertempur. Masing-masing tak mahu kalah.

"Bos bila nak habis ni? Kami dah kalahkan ramai kut."

"Dah macam P. Ramlee lawan dengan Sarip Dol pula, tak habis-habis lagi."

"Dalam Pendekar Bujang Lapok kan."

Ghadi merengus tidak puas hati. Dah dia dapat lawan yang kuat nak buat macam mana. Hadap saja la. Pandai juga ketua lanun ini bersilat.

Siapa la tok guru mamat ni? Kuat betul.

"Hei! Kalau kau kuat buat apa jadi lanun, lebih baik kau jadi tentera. Ada juga faedahnya."

"Brengsek lho. Gue nak jadi apa pun gue punya sukalah. Jadi lanun lagi lumayan. Ini Joko, raja lanun seantero nusantara."

"Bangganya aku dengar." Ghadi puji dalam nada perli.

"Lho pandai nasihat gue, lho pun jadi lanun."

"Eh! Betullah kata kau."

Sempat lagi nak bercanda sebelum sambung lawan. Lanun lain dah naik ke bot masing-masing. Dah tak berani naik serang sebab geng Ghadi dah acu senjata api kepada mereka.

Satu sepakan terbang diberi oleh ketua lanun menyebabkan Ghadi tersungkur. Sebelum sempat Ghadi bangun, Joko mengeluarkan pisau rambo dan terus menikam Ghadi.

Ghadi sempat mengelak tetapi tetap terkena hirisan pisau itu diatas bahunya. Kelaran yang agak dalam sehingga mengeluarkan darah yang agak banyak.

"Kita akan ketemu lagi. Malem ini hanya amaran untuk lho." kata Joko sebelum terjun untuk kembali ke bot.

Setelah Joko berjaya sampai ke botnya, geng lanun itu terus menghilangkan diri.

"GHADI!!!!!"

"BOSSS!!!!!"




************************************


Disclaimer:
Bahasa Indonesia yang Cik Inzzz guna, tak tahu betul atau tidak. Cik Inzzz hentam saja sebab Cik Inzzz bukan peminat sinetron.

Kalau tak betul tu maaf la ya.🙏🙏🙏

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now