BAB 30

9.4K 374 6
                                    

Ghadi dan Naura masih lagi berteleku diatas batu besar itu. Matahari yang kian meninggi tidak dihiraukan mereka. Tanpa mereka sedari Qaid, Jai, Orlando, Kai dan Kecik sudah menanti dibawah pokok kelapa tidak jauh daripada kedudukan mereka. Mereka nampaknya teruja untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya berlaku sehingga Naura sanggup bersendirian di atas batu itu.

"Apa yang perlu saya explain kepada awak, Naura?" Ghadi masih lagi ingin bermain tarik tali dengan Naura.

"Tuan, saya malu tau, saya sangka tuan semua lanun, saya siap cakap merapu lagi dengan tuan. Bila tuan sebut komando, saya dah tak tau nak letak muka kat mana." senafas sahaja Naura menerangkan kepada Ghadi.

"Please Naura, drop the tuan thing, panggil kapten macam biasa."

"Tapi saya kena hormat tuan, adoii kenapalah saya tak pernah terfikir selama ni."

"Naura, awak tak pernah tanyakan siapa kami sebenarnya kan. Awak yang buat conclusion sendiri. Lagipun saya perlu jaga kerahsiaan ini. Ia melibatkan rahsia negara."

"Ya..ya..salah saya tapi saya malu nak berhadapan dengan tuan dan yang lain. Komando kut."

"Naura, kami pun manusia biasa cuma kerja kami yang agak ekstrem daripada orang lain."

Ghadi berhenti bercakap seketika. Kemudian dia terus berdiri sambil menyapu pasir yang melekat di seluar.

"Dah..tak payah berasa malu lagi, buat macam biasa sudah. Tu Kecik risau sangat sampai nak menangis."

"Hmm jadi saya boleh panggil kapten lagi ya."

"As you wish, Naura."

"Jom kapten kita balik rumah eh pejabat eh apa kapten panggil ya?"

"Kami lebih senang panggil markas."

"Huuu dah macam Mission Imposible pula."

Ghadi tertawa kecil melihat telatah Naura. Mujur seorang Naura sentiasa berfikiran positif dan mudah bagi Ghadi untuk memujuknya.

Ghadi menolong Naura turun dari batu besar itu. Tadi masa naik senang pula tetapi bila hendak turun rasa susah pula. Naura terpaksa menebalkan muka menerima pertolongan daripada Ghadi.

Apabila kaki menjejak pasir, Naura terpegun dan serta merta dia menggigit bibir. Nun di sana lima sekawan menghampirinya dengan wajah ceria. Suara sorakan bergema ditepi pantai itu. Kelihatan Keciklah yang paling gembira sekali.

"Alhamdulillah kakcik selamat, kakcik okeykan?"

"Are you alright angel? What happen?"

"Hang ni Naura buat terkejut kami saja. Lain kali jangan buat lagi. Ada apa masalah kita bincang dulu, jangan duk lari macam tadi."

"Yalah Naura, bagitau Kai siapa buli Naura, Kai taulah nak buat apa."

Pertanyaan dan pernyataan secara serentak dari mereka membuatkan Naura hilang kata. Dia amat terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh mereka sehingga menitis airmatanya. Dia tidak sangka mereka amat ambil berat dirinya.

"Saya okey, saya minta maaf buat semua orang risau. Lepas ni saya tak buat dah perangai macam ni. Saya betul-betul minta maaf."

Naura merapatkan kedua tapak tangannya tanda mohon maaf.

"Dah..dah jom balik, abang Jai tak mau buat drama ayaq mata kat sini, nanti banjir pulak."

"Kita kat pulau Jai, memang dah banjir pun."

"Ishh hang ni, aku duk pujuk Naura ni."

"Okey, jom kita balik, nanti saya buat breakfast special punya. Kesian abang-
abang semua letihkan."

Jai, Kai, Kecik dan Orlando berjalan beriringan dengan Naura menuju ke markas. Walaupun mereka tidak tahu punca sebenar Naura larikan diri tetapi mereka yakin kebenaran akan diketahui juga nanti.

Buat masa ini biarlah Naura tenangkan diri dahulu sebab mereka tidak mahu ada masalah lain pula yang akan menjejaskan misi mereka.

Ghadi dan Qaid berjalan dibelakang mereka sambil melihat kegembiraan dimata anak buahnya.Perlahan-lahan dia menggeleng kepala melihat telatah mereka. Seorang Naura bisa mengkucar kacirkan dan menggembirakan kehidupan mereka disitu.

"Kenapa dengan Naura?" Qaid tidak sabar ingin tahu apa yang terjadi.

"Dia dah tau kita ni komando."

"Jadi?"

"Dia malu dengan kita sebab dia sangka kita ni lanun."

"Aku tak faham."

"Dia boleh lepas laku bila kita ni lanun tapi bila dia tahu kita komando, dia rasa apa yang dia buat selama ini agak keterlaluan."

"Dia rasa macam tak hormat kita, macam tu?"

"Mungkin itu yang dia rasakan."

Qaid tertawa kecil mendengar penjelasan Ghadi.

"Kenapa kau ketawa?"

"Aku dah kata, Naura ni something dan unik."

Ghadi memandang pelik kepada Qaid.

"Eh! Kau jangan salah sangka, itu hanya dari pandangan aku saja. No hard feeling."

Ghadi tersenyum lega. Matanya terarah kepada Naura dan anak-anak buahnya yang sedang bergurau senda menuju ke markas. Sekali tengok dah macam Boys over Flowers pula, seorang gadis dan empat orang jejaka tampan.

Mereka nampak seronok bergurau dan mengusik Naura. Naura sudah macam adik bongsu perempuan tunggal kepada pasukan itu.

Naura ditatang bagaikan minyak penuh. Kehilangan Naura sebentar tadi pun dah buat keadaan menjadi kelam kabut.

Sampai sahaja di markas, Naura terus menyediakan sarapan plus lunch untuk mereka. Tiada sesiapapun berganjak dari dapur walaupun masing-masing sudah keletihan selepas operasi semalam.

Jika boleh mereka tidak mahu melepaskan Naura jauh dari pandangan mereka. Mereka sudah berpakat supaya salah seorang daripada mereka mesti berada disisi Naura.

Tudia Naura, ada enam orang bodyguard yang akan memantau keberadaannya.

Di mana jua.

Setiap masa.

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now