BANGG!!!
Semua yang bertarung terpelangah, agak terkejut dengan bunyi tembakan yang dilepaskan Aariz.
"BERHENTI!! Jika tidak perempuan ini mati!"
Aariz mengheret Naura turun dari kapal layarnya. Jika dia tidak boleh lari melalui jalan laut, masih ada jalan lain yang membolehkan dia melepaskan diri. Joko, Narong, Andi dan Boon Nam tidak melepaskan peluang turut mengekori Aariz.
Orlando dan Kai cuba mengangkat senjata untuk menghalang Aariz tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa demi keselamatan Naura.
"Jai cuba halang Aariz."
Qaid sedaya upaya ingin menghalang Aariz daripada pergi dari situ kerana hanya peluang ini sahaja yang ada untuk memberkas Aariz. Jika terlepas mungkin mereka perlu masa yang agak lama untuk memberkasnya semula.
"Negative, dia gunakan Naura ntuk lindungi dia."
"S***! Ikut mereka. Jika ada peluang tembak saja."
"Good, rifle aku dah lama tak makan orang."
Orlando, Kai dan Kecik juga mengikuti
perlahan dari belakang. Mereka menunggu peluang jika Aariz lalai dan masa itulah mereka akan bertindak.Qaid pula masih mencari Ghadi. Ketika itu Ghadi baru keluar dari kabin dalam keadaan berlumuran darah. Qaid menerkam kearah Ghadi untuk menstabilkan keadaan Ghadi.
"Ghadi what a relieve."
"Cepat Qaid..Naura..selamatkan dia."
"Ya, mereka dah ikut Aariz. Kalau kau bagitau awal-awal kan senang. Kita boleh plan sama-sama."
"Keep you speech later, Qaid."
"Let's go. We need to catch that bastard.
Err.. Ghadi lap dulu muka tu, dah macam zombie aku tengok." Qaid baling saputangannya kepada Ghadi."Encik Aariz lepaskan saya."
Naura cuba melengahkan Aariz supaya Ghadi dan pasukannya dapat jejak Aariz.
"No! Engkau akan kahwin dengan aku."
"Encik tak nampak lagi ka? Mereka sedang buru encik tu. Encik takkan terlepas."
"Adanya kau, aku pasti terlepas."
"Yakinnya encik."
"Ini Aariz Zafrilah. Mafia terunggul di Asia Tenggara."
Seratus meter di belakang mereka, Orlando, Kai dan Kecik yang sedang mengejar tidak dapat menggunakan senjata api memandangkan Aariz masih mengancam Naura. Pistol Aariz masih terlekat dipelipis Naura.
Mereka bertiga tetap mengacukan senjata masing-masing kearah Aariz dan kumpulannya. Jika ada peluang mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata mereka. Pertumpahan darah pasti berlaku samada mereka suka atau tidak.
Naura memandang sayu rakan-rakan
nya. Adakah ini pengakhiran hubungan mereka? Andai hayatnya berakhir hari ini, dia langsung tidak merasa ralat. Dia amat gembira ketika bersama mereka.Banyak kenangan manis ketika bersama mereka walaupun pada mula
nya pertemuan itu berlaku dalam keadaan yang tidak dijangka. Tidak disangka dia juga menjalin hubungan dengan Ghadi meskipun mereka belum declare lagi perhubungan mereka.Naura hampir menitiskan airmata apabila terkenang semua itu. Naura juga kesal kerana belum meminta maaf kepada bonda dan abangnya kerana lari dari rumah tempohari.
Dia juga berjanji kepada dirinya sendiri jika dia selamat dalam kejadian ini, dia akan segera pulang kepangkuan keluarganya. Dia tidak mahu merajuk lagi dan yang pasti dia ingin memperkenalkan Ghadi kepada keluarganya.
"Don't you dare come closer or your sweetheart...boom..hahaha."
"S***!!!" Serentak mereka maki Aariz.
"Dah! Masuk cepat!"
Lamunan Naura terhenti mendengar suara Aariz yang keras dan kuat itu.
Aariz menolak kasar Naura ke dalam kereta. Joko memandu kereta Aariz sementara Andi, Narong dan Boon Nam menaiki kereta lain.Ghadi dan Qaid tiba sejurus itu.
"Bos..bos okey ka?"
"Okey...saya okey..thank you guys. What the situation now?"
"Mereka dah larikan Naura. Aariz dengan Naura dan seorang lagi. Tiga lagi naik kereta lain."
"Sekarang kita berpecah. Aariz aku punya, kau orang kejar kereta lagi satu."
"Baik bos."
Sebelum mereka ke kenderaan, Kecik patah balik bertemu Ghadi.
"Bos, tolong selamatkan kakcik." katanya dengan nada sayu.
"Jangan risau Kecik, saya pertaruhkan nyawa saya untuk selamatkan Naura."
"Terima kasih bos."
"Let's get them guys! Qaid kau ikut aku."
Ghadi berlari kearah motorbikenya bersama Qaid.
"Ghadi, helmet aku macam mana?"
"Yang kau pakai tu kira acilah. Emergency ni."
Helmet yang Ghadi maksudkan ialah 'combat helmet' yang dipakai Qaid semasa menjalankan operasi.
Ghadi tidak menunggu masa yang lama, terus memecut mengejar Aariz.
Nasib baik masih lagi awal pagi jadi tidak banyak kenderaan di jalan raya ketika ini.Aksi kejar mengejar itu dah macam filem Fast and Furious versi Malaysia.
Ghadi cuba untuk memintas kenderaan Aariz tapi tak berjaya. Joko seorang pemandu yang agak handal juga.Setiba di simpang jalan Padang Matsirat, Aariz dan Narong berpecah. Aariz menuju ke Pantai Cenang sementara kereta Narong menuju ke Ulu Melaka.
Pasukan Ghadi juga berpecah mengejar musuh masing-masing. Ghadi melajukan motorbike. Qaid memeluk erat pinggang Ghadi. Dia berzikir tak henti-henti disamping mengucap dua kalimah syahadah. Risau juga jika berlaku kemalangan, tak sempat nak mengucap.
Ghadi dah tidak peduli keselamatan diri. Dia hanya fikir hendak selamatkan Naura dan memberkas Aariz sahaja. Adrelinanya meningkat setara meningkatnya kelajuan motorbike.
Setibanya di jalan bersebelahan lapangan terbang, Ghadi dapat memintas kereta Aariz. Joko terkejut melihat Ghadi sudah berada dihadapan kereta menekan brek secara mengejut.
Joko memutar stereng ke kanan dan perbuatannya menyebabkan kereta terbalik dan berpusing-pusing sebelum berhenti dengan keadaan terbalik.
Motorbike Ghadi juga terbalik dan dia dan Qaid terseret beberapa meter diatas jalan. Setelah berjaya berdiri dengan elok, dia terkedu melihat kereta Aariz yang remuk dan terbalik.
Tanpa menghiraukan keadaannya yang cedera dia berlari ke kereta Aariz dan mencari Naura.
"NAURA!!!"

ANDA SEDANG MEMBACA
GHADI AQHAR: THE LIONS
Ficción GeneralApakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua...