BAB 22

8.8K 359 10
                                    

Gegak gempita markas itu dengan ketawa 'geng lanun' tersebut. Entahlah samada ketawa kepada Naura atau diri sendiri kerana Naura selalu mengeluarkan pernyataan di luar alam. Tak pernah tak lawak Naura ni.

Ghadi hanya tersenyum lega apabila menyedari yang Naura hanya bergurau. Nasib baik Naura masih belum berpunya, masih ada peluang untukmu Ghadi Aqhar.

Mereka menikmati makan malam dengan gembira. Dah macam satu keluarga pula.

"Haa Naura mana Optimus Prime kau masa kau hampir lemas hari tu?" Jai tanya sambil tersengih.

"Eh! Hari tu bukan suka Lee Min Ho ka? Mana prince kau pergi?" Kai menambah perisa.

Naura hanya mencebik bila kena perli.

"Dahlah tu Jai, Kai usik kakcik. Merajuk nanti tak makan kita esok lusa." Terima kasih kepada Kecik kerana selalu bela Naura.

Naura angkat thumbs up untuk Kecik.

"Eleh abang Jai pun sama, KL Gangster konon. Sama la dengan awak Kai, menyanyi pun ke laut."

"Hahaha padan muka."

Naura terpaksa kata begitu untuk menutup malu. Mana boleh dia seorang saja yang kena.

"Awat hang tak kata sama kat abang Lando hang? Dia pun obses dengan Orlando Bloom tu kan." Jai tak puas hati.

"Ikut suka sayalah."

"Serve you right." Orlando tersenyum suka.

"Kau ada berapa ramai crush Naura?"
Tiba-tiba saja Ghadi bersuara. Sepi menyapa apabila Ghadi bersuara.

"Haaa??"

"Aku tanya kau ada berapa ramai crush lagi?" Ghadi ulang soalannya tadi.

Semua diam menanti jawapan Naura. Macam sesi interview pula.

"Perlukah saya jawab?"

"Wajib jawab."

Naura menggaru kepala yang tidak gatal. Nak tahu sangat kan. Naura senyum sinis.

"Optimus Prime semua dah tahukan. Okey saya suka Lee Min Ho, Captain Amerika, Iko Uwais dan Ibrahim Celikko."

Semua yang mendengar ternganga apabila Naura menyebut nama-nama yang disukainya.

"Tudia, dia ambik semua hero internasional. Sakan juga hang punya crush noo. Semua aku kenai tapi sapa pula Ibrahim Genko tu?"

"Ibrahim Celikko..genko tu cicak. Apalah abang Jai ni."

"Alaa bunyi dia pun lebih kurang sama."

"Ibrahim Celikko tu aktor Turki. Handsome tau."

"Artis Korea pun handsome juga. Kau minat Lee Min Ho kan."

"Bolehlah tapi aktor Turki lagi handsome. Mata dia cantik sangat."

"Iko Uwais pulak?"

"Dia pandai berlawan dan bersilat walaupun muka melayu sejati."

"Okeyyy semuanya handsome dan gagah yang hang suka tapi yang musykil pasai Optimus Prime ni. Tang mana yang hang suka dia?"

"Ohh, saya minat dekat suara dia, macho tau abang Jai."

"Macam-macam la hang ni Naura."

"Alaa abang Jai boleh berangan sajalah,
mana boleh dapat pun."

"Eh! hang tak minat Jack Sparrow ka?"
Pertanyaan Jai sebenarnya merujuk kepada Ghadi.

"Jack Sparrow? Tak maulah. Selekeh, kerek tak kena dengan taste saya. Kalau Will Turner okey jugak."

"Thank you angel." Orlando pula yang suka.

"Dah..dah..cukuplah merepek, kita ada tugas sekejap lagi." Nada suara Ghadi bertukar tegas.

Tadi dia yang beria-ia tanya, sekarang dia pula yang panas.Mereka sambung makan sambil tersenyum melihat Ghadi yang masam mencuka.

Naura pula tidak sedar soalan Jai sebenarnya ditujukan kepada Ghadi. Dia pula menjawab dengan begitu telus sekali tanpa menyedari jawapannya membuatkan Ghadi berkecil hati.

"Dia tak maksudkan kaulah Ghadi. Jangan ambil hati." Qaid faham perasaan Ghadi.

Men always be boys. Kadang-kadang perangai budak-budak jelas ketika lelaki merajuk. Tak cool abang Ghadi.

"Eh! Mana ada. Sikit pun tak terasa. Kecik mana teh saya."

"On the way bos!"

Setelah selesai makan, Ghadi dan anak-anak buahnya bersiap sedia untuk misi mereka. Macam biasa outfit mesti hitam keseluruhannya.

Kecik macam biasa ditinggalkan untuk menemani Naura. Oleh itu Naura sangat rapat dengan Kecik. Semua perkara dia nak refer, dia akan cari Kecik. Segala keperluan Naura pun Kecik yang beli.

"Kapten, nak ikut."

"Ishh kau ni memang tak faham bahasakan. Dah lupa apa yang kita bincangkan hari tu? Mandi sungai pun lemas, nikan nak ke laut. Atau kau nak..."

Belum habis Ghadi cakap, Naura dah angkat tangan tanda menyerah. Kalau tak buat begitu tentu banyak lagi Ghadi nak bebel.

"Okey..okey..sorry okey, saja ja nak test kapten." Naura tersengih hingga ke telinga. Nak buat iklan ubat gigi gamaknya.

"Okey selamat melanun semua. Hati-hati menjalankan tugas. Semoga Allah lindungi anda semua."

Entah betul atau tidak ucapan itu Naura pun tidak tahu. Tak kiralah apa pun pekerjaan itu, Naura nak fikir yang baik-baik saja.

"Aamiin." sahut mereka sambil tangan menyapu muka.

"Dah macam bini ucap selamat tinggal pulak kan. Baru ada semangat nak buat kerja." Jai mendapat semangat baru.

"Tambahan pula isteri secantik Naura."

"Untung laaa..."

"Apa yang untung?" tanya Ghadi.

"Untung la siapa yang dapat Naura."

"Yalah." Kai pula sokong.

"I wish my wife is beautiful and nice like Naura and a good cook too."

"Let's get our job done first, okay." Ghadi dah geram dengan telatah anak-anak buahnya.

Sejak ada Naura, topik perbincangan mereka pasti mengenai Naura. Naura itu Naura ini dan yang anehnya mesti kaitkan dengan Ghadi pula. Ghadi rasa macam ada satu konspirasi untuk menyatukan dia dengan Naura.

Mengingatkan mengenai perkara itu Ghadi tersenyum suka.





GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now