SURPRISE!!!!
Naura terkejut melihat Ghadi berada diatas kapal layar Aariz. Kenapa Ghadi berada disini? Apa yang Aariz hendak lakukan kepada Ghadi?
Sebelum ini dia sendiri mengaku yang dia tiada apa-apa hubungan dengan Ghadi. Aariz tidak percaya kepada diakah?
Buat masa ini, Naura tidak mahu memikirkan segala kemungkinan tersebut. Dia pun tidak peduli apa yang Aariz hendak lakukan kepada mereka.
Hatinya berbunga-bunga setelah dapat melihat wajah yang dirinduinya."Kapten!!"
"Naura!!"
Naura merentap tangannya dari pegangan Aariz lalu meluru kearah Ghadi. Dia memeluk erat tubuh Ghadi.
Dia terlupa bahawa perbuatannya adalah salah dan melanggar prinsipnya
sendiri kerana terlalu gembira.Melihat wajah Ghadi seumpama dapat melihat matahari yang bersinar indah di pagi hari. Begitu bercahaya,
bersinar, berseri dan bermacam 'ber' lagi yang terpancar diwajah mereka.Aariz dan anak-anak buahnya tergamam, terpaku dan terkelu melihat perbuatan Naura memeluk Ghadi. Aariz lagilah bertambah marah terhadap Naura.
Bila tanya kata tiada hubungan tapi kebenaran apakah ini? Dia merengus marah. Mukanya dah macam udang terbakar, rasanya udang pun dah rentung terbakar.
"EHEMMM!!!!
Deheman keras dari Aariz mengejutkan Naura dan Ghadi yang sedang menjejak kasih itu. Naura serta merta melepaskan pelukannya. Dia tersengih malu kepada Ghadi.
"Aduhhh..mana aku nak letak muka ni? Terlajak peluk pulakkk."
Dalam malu dan segan dia tetap meletakkan mukanya dilengan Ghadi.
Ghadi tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan tangannya terikat tapi hatinya tetap merasa gembira walaupun menyedari mereka tidak sepatutnya berkelakuan sebegitu."Sudah! Jangan buat drama pukul 7 disini. Menyampah aku tengok."
"Alaa..jealouslah tu." Naura tutup mulut setelah menyedari dia terlepas cakap.
Aariz jeling Naura. Joko dan yang lain tertawa kecil mendengar komen Naura.
"Diamlah!!"
Memang Aariz cemburu. Cemburu melihat keakraban hubungan Naura dan Ghadi. Pasti hubungan mereka lebih daripada hubungan 'penyelamat menyelamat mangsa lemas'.
Sebelum ini pun dia pernah cuba menggoda Naura tetapi hampa. Naura langsung tidak memandangnya. Dia hairan kenapa Naura tidak terpikat dengannya padahal ramai gadis tergedik-gedik mahu kahwin dengannya termasuklah sepupunya Dina.
Nak kata tak kacak, dia dengan Ghadi lebih kurang sama kacak. Nak kata tak kaya, keluarganya memang jutawan pun jika nak dibandingkan dengan Ghadi tetapi kenapa Naura langsung tidak tertawan kepadanya.
Mungkin Aariz lupa kekayaan bukanlah modal untuk memikat orang seperti Naura. Naura tidak pandang semua itu, jika tidak sudah lama Naura menjadi milik Aariz.
Cinta ialah satu perkara yang kompleks
dan misteri. Kita sendiri tidak tahu apa yang membuat kita tertarik kepada seseorang itu. Jangan tanya penulis sebab penulis pun tak pernah bercinta."Kenapa kau panggil aku seorang kesini?"
Setelah lama berdiam diri, barulah Ghadi membuka suara.
"Hah! Baru nak tanya. Aku rasa kau pun tahu kenapa aku hanya panggil kau seorang."
"Encik ingat kapten ni nujum Pak Belalang, boleh tahu apa yang encik nak buat." Naura pintas Aariz sebelum Ghadi bersuara.
"Naura..please let me handle this."
YOU ARE READING
GHADI AQHAR: THE LIONS
Genel KurguApakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua...