Ghadi dan ahli pasukan Lions of the Desert tergamam melihat keadaan markas yang berselerak. Kerusi dan meja sudah tidak berada dalam keadaan asal seperti puting beliung datang menyapa sebentar tadi.
Melihat keadaan haru biru itu menyebabkan mereka terlupa keberadaan Naura dan Kecik.Tiba-tiba terdetik dihati Ghadi setelah dia tidak nampak kelibat Naura ataupun Kecik.
"Naura! Kecik! Ya Allah mana mereka pergi?" Ghadi pegang kepala sambil menjerit memanggil Naura dan Kecik.
Dia berasa hampa kerana mereka berdua tidak menyahut panggilannya.
Hatinya berdebar-debar tapi dia masih berharap agar tiada perkara yang buruk berlaku keatas mereka berdua.Jai menjumpai Kecik pengsan disebalik sebuah kerusi yang terbalik.
"Kecik! Bangun..apa dah jadi ni?" lantas dia menepuk pipi Kecik dengan harapan Kecik sedar dari pengsan.
"Jai buka ikatan tu dulu." arah Ghadi.
Jai membuka ikatan tangan dan kaki Kecik dan membaringkan Kecik diatas sebuah sofa.
"Kai ambil first aid kit, kepala Kecik berdarah tu." Qaid pula risaukan keselamatan Kecik melihat darah yang meleleh dari kepala Kecik.
Ghadi masih mencari Naura dipelosok markas mereka tetapi hampa. Kelibat Naura tidak kelihatan di mana-mana.
"Qaid, mana Naura? Dia hilang." Ghadi sudah kehilangan punca. Ghadi tidak menjadi dirinya sendiri setelah kehilangan Naura. Selalunya dia akan bertenang apabila menghadapi musuh tetapi tidak kali ini.
"Bos calm down, we can't find her if you act like this. Wait until Kecik wake up then we know what happened." Orlando cuma menenangkan Ghadi.
Ghadi menghembuskan nafasnya berulang kali cuba untuk bertenang. Qaid pula cuba untuk membuatkan Kecik sedar dari pengsan.
Tidak lama kemudian Kecik pun sedar, dia bangun dan memegang kepalanya.
"Aduhh!! Sakitnya kepala aku."
Ketika dia mengaduh kesakitan secara tiba-tiba dia terbangun dan berdiri tegak seperti berdiri ketika mendengar lagu 'Negaraku'. Matanya meliar mencari sesuatu.
"Naura! Naura! Ya Allah Naura!!!" jerit Kecik bertalu-talu.
"Kecik bertenang, cuba cerita apa yang berlaku?"
"Naura! Naura! Mereka dah ambil dia..saya..saya tak dapat tolong dia." Kecik dah meracau macam orang hilang akal.
"Ahmad Solihin Ahmad Zain, bertenang
tarik nafas, hembus, okey duduk dulu."
Qaid cuba menenangkan Kecik yang kelihatan gagal mengawal perasaannya.Perlahan-lahan dia menarik nafas dan selepas agak tenang dia memandang rakan-rakannya seorang demi seorang.
"Saya minta maaf..saya tak dapat selamatkan Naura..saya.." Kecik tidak dapat meneruskan kata kerana terlalu sedih.
"Kecik cuba ceritakan apa yang terjadi?"
Ghadi, Qaid, Jai, Orlando dan Kai terlalu ingin mengetahui apa yang berlaku sepeninggalan mereka.Dalam nada yang tersekat-sekat, Kecik menceritakan kronologi kejadian yang berlaku ke atasnya dan Naura. Kecik tidak malu untuk menangis dihadapan rakan-rakannya.
Kegagalan menjaga amanah Ghadi amat menghiris hatinya. Kegagalannya juga menyebabkan nyawa Naura terancam.
"It's okay Kecik, bukan salah awak sepenuhnya. Mereka ramai dan hanya awak seorang saja yang jaga Naura. Salah saya juga."
Ghadi sebolehnya tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana perkara itu tidak dijangka sama sekali. Jadi inilah puncanya hatinya gelisah ketika menjalankan misi.
Ada musibah yang melanda mereka. Bukan sahaja mereka diserang hendap tetapi mereka juga menculik Naura untuk membalas dendam terhadapnya.
"Jadi mereka dah rancang segalanya dengan teliti. Misi malam tadi hanyalah untuk perangkap kita."
Jai membentangkan teorinya."Yes now I get it. How dare they kidnapped my angel. They will pay for it."
"Nanti, mereka ada kata apa-apa tak Kecik? Kau kenal tak siapa yang culik Naura?"
Persoalan besar yang mereka perlu ketahui sebelum bertindak. Ghadi perlu kenal musuhnya terlebih dahulu.
Kecik memikir sejenak, mengimbas kembali apa yang berlaku. Lagipun kepalanya masih berdengung akibat dihentak tadi.
"Haa kalau tak silap dia sebut Joko, dia kata bos ada hutang dengan bos dia, Aariz."
"S*** kenapa perlu culik Naura sedangkan dia boleh bunuh kita tadi."
Ghadi sudah menggeletar menahan marah. Matanya berapi tanda api kemarahan sudah sampai tahap berbahaya. Red alert.
"Dia sengaja nak main-mainkan kita nampaknya." teka Qaid.
"Macam mana kita nak cari Naura. Tak mungkin dia bawa ke hotel dia."
"Rasanya kita kena balik tanah besar. Tak guna kita tunggu di sini." cadang Jai.
"It's mean war!" Ghadi terus mendapatkan rifle dan pistol, bergerak menuju ke pintu.
Darah komando yang mengalir bagaikan gunung berapi yang meletus menyemarakkan semangat Ghadi.
Dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan Aariz tetapi ditahan oleh Qaid."Nanti dulu Ghadi, jangan terburu-buru
kita perlu satu rancangan. Kau tak boleh pergi seorang diri, tu misi bunuh diri namanya.""Yalah bos, bukan bos sorang yang sayangkan Naura, kami pun sayangkan dia, jadi kita sama-sama selamatkan dia."
Kai menyiku Jai. Mulanya Jai hendak marahkan Kai kemudian barulah dia sedar yang dia telah tersilap cakap.
"Err maksud saya sayang sebagai adik."
Jai garu kepala yang tidak gatal dan tersengih malu. Nasib baik dia tidak cakap lebih-lebih, kalau tidak nahas.
"Yes, we all in this together. We need a plan."
Akhirnya Ghadi akur dengan gesaan anak-anak buahnya. Dia tidak perlu terburu-buru untuk menyelamatkan kerana sifat terburu-buru boleh membunuh mereka.
"Dahlah tu Kecik, jangan bersedih lagi, nanti kita selamatkan kakcik hang. Hang percaya kami kan."
Kecik mengangguk lemah dan berazam untuk menyelamatkan Naura walaupun dia sendiri tercedera tetapi dia tidak kisah semua itu. Dia perlu membalas apa yang orang Aariz lakukan kepadanya.
"Bos, jangan tinggalkan saya dalam misi ini. Saya ada hutang dengan anak buah Joko. Saya nak balas balik apa yang dia dah buat dekat saya. Nasib baik kepala saya tak bocor."
Marahnya meluap-luap terhadap Andi. Begitu juga perasaan Ghadi, dia ingin menyelamatkan Naura dengan secepat mungkin. Dia menyerahkan tugas menyelamat kepada Qaid kerana buat masa ini hanya Qaid yang berfikiran waras.
Mereka semua bersiap sedia untuk pulang ke tanah besar. Walaupun belum mendapat rehat yang cukup tapi mereka tidak peduli. Nyawa Naura dalam bahaya.
Untuk pertama kali, hari ini mereka semua sudah tidak bergurau senda. Masing-masing berdiam diri dan mengunci mulut.
Ghadi sudah kelihatan seperti seekor singa yang sudah bersedia untuk membaham lawannya.
They are in the combat mode right now and please don't imagine their faces.
YOU ARE READING
GHADI AQHAR: THE LIONS
General FictionApakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua...