Kecik dan Naura sibuk menyediakan sarapan. Selepas insiden diacukan pistol oleh Ghadi, Naura akan lebih berhati-hati selepas ini. Dia tidak mahu memalukan dirinya lagi dihadapan 'geng lanun' tersebut. Kecik pula sangat teruja kerana ada teman memasak.
"Kecik pinjamkan saya baju dan seluar. Dah banyak hari saya pakai baju yang sama. Bau pun dah lain macam."
"Apasal nak pinjam baju saya, pinjamlah baju bos." Kecik saja nak usik Naura.
"Agak-agak la Kecik, takkan saya nak pakai baju kapten Jack Sparrow tu? Dia dah la besar gedabak."
Ghadi yang kebetulan nak masuk dapur tergemap di situ setelah mendengar komen Naura. Dia tak jadi masuk ke dapur tetapi menyorok di belakang dinding. Saja nak dengar apa lagi Naura nak cakap.
'Aku sepuluh kali ganda handsome daripada Jack Sparrow tau, dia ni buta ka?" Ghadi mengomel perlahan.
"Hahaha agak-agak la kakcik, bos lagi handsome kut."
"Sebab dia kapten kan, sesuai la dengan Jack Sparrow tu. Perangai pun entah apa-apa."
"Kakcik ni pun..dengar kat bos kecil hati dia."
"Dia ada hati ka?" Naura masih lagi tidak berpuashati dengan Ghadi kerana mengasarinya malam tu.
Ghadi yang tidak tahan mendengar, keluar dari tempat persembunyiannya.
"Apa kau kata? Aku tak ada hati?"
Naura yang terkejut mendengar jerkahan Ghadi terus memejamkan matanya.
"Tak la, Kecik kata dia teringin nak makan hati lembu. Masalahnya dalam petiais tak ada apa-apa pun." Naura dengan pantas mencari alasan. Dia dah malas nak bergaduh dengan Ghadi.
"Are you sure?"
"Ya la kapten, kak Kecik kan."
"Betul bos, kita suruh kakcik masak la pulak. Dia kan nak jadi hamba sahaya kita." kata Kecik sambil ketawa.
"Kecik..how dare you."
"Betul kan, kakcik yang cakap semalam."
"Yes good idea. Kecik lepas makan pergi ke tanah besar. Beli barang dapur untuk cik Naura kita masak."
Naura mengecilkan matanya memandang Ghadi dan Ghadi pula sekadar angkat kening. Kemudian dia meluruskan jari telunjuk kearah Kecik tapi mata masih memandang Ghadi.
"Kecik beli baju kat saya sama, toiletteries juga, duit mintak dekat kapten Jack Sparrow."
Setelah memberi 'arahan' kepada Kecik, Naura meneruskan kerjanya yang belum selesai. Sebenarnya dia tidak kisahpun nak memasak untuk mereka sebab di hotel dia selalu memasak dalam kuantiti yang banyak.
Saja ja nak berbalah dengan Ghadi. Suka pula bila melihat wajah Ghadi yang bertukar kemerahan apabila marah. Nasib baik tukar merah kalau tukar hijau mati dia.
'Cute juga dia bila marah' sambil tangan sibuk membancuh air untuk 'geng lanun' tersebut.
Ghadi terus berpeluk tubuh melihat telatah Naura. Tiada siapa yang berani melawan cakapnya kecuali Naura.
"Wow! nampak sedap breakfast kita pagi ni. Cik Naura ka yang masak?" Jai dan Kai baru masuk setelah mereka selesai melakukan latihan kecerdasan.
"Daebak..hari-hari macam ni boleh gemuk kita."
"Terima kasih abang Jai, Kai. Sorry Kai hari ni tak ada teobokki, gimbab..tak cukup bahan."
"Wahhh! Naura boleh buat semua tu?"
"Terbaiklah Naura, abang Jai nak nasi arab, nasi ayam, nasi beriyani, nasi..."
Belum sempat Jai habis cakap Ghadi dah mencelah.
"Ingat restoran ka nak order macam-macam."
"Ala bos, bukan selalu, lagipun dah jemu makan masak kicap si Kecik ni."
"Okey..okey..jangan gaduh nanti Naura buat."
"Kecik, teh tarik saya mana?"
"Sat bos, dah siap dah, ni haa."
Dapat teh tarik Ghadi dah tak pedulikan orang lain.
"Sedap ka bos?"
"Okey tapi rasa sedikit lain dari selalu."
"Mestilah lain sebab dibancuh dengan kasih sayang." Naura meletakkan jari telunjuk dibibirnya tanda diam kepada Kecik. Dia tidak mahu Ghadi tahu teh tarik tu dia yang bancuh.
"Apa yang kau merepek Kecik?"
"Eh! tak ada apa-apa bos. Saya buat macam biasa."
"Jai nanti kau teman Kecik ke tanah besar, beli barang dapur dan keperluan Naura. Dah macam gelandangan dah saya tengok dia, asyik pakai baju yang sama." kata Ghadi sambil berlalu pergi sambil menghirup teh tarik. Sedap pula teh hari ini.
Naura dah angkat senduk acah-acah nak ketuk kepala Ghadi. Sekali lagi suasana riuh dengan hilai ketawa Jai, Kai dan Kecik. Untuk kesekian kali Naura menjelir kepada Ghadi.
Tiba-tiba Naura rasa seperti 'geng lanun' tidak cukup korum.
"Abang Lando dan Qaid pergi mana?
"Ohhh, depa dah ke tanah besar, ada mission."
"Mission? Lanun pun ada mission juga ka? Macam mission imposible Tom Cruise tu ka?"
Mereka bertiga memandang antara satu sama lain lalu ketawa yang kuat tercetus lagi.
"Ya kakcik, walaupun kami lanun tapi kami pun ada wawasan juga tau."
Jai dan Kai dah malas nak jelaskan kepada Naura. Boleh mati kalau hari-hari gelak macam ni. Naura..Naura..polosnya seorang Naura amat menghiburkan hati mereka. Agak lama juga mereka tidak terhibur seperti hari ini. Selalunya mereka menjalankan misi dengan serius sekali.
Naura hanya tersenyum senang melihat mereka gembira menjamah masakannya. Hilang segala gundah dan risau yang melandanya kerana dilayan dengan baik oleh 'geng lanun'.
Itulah yang dia fikirkan.Ghadi pula hanya memerhati telatah mereka dari anjung sambil menghirup teh tariknya. Nikmatnya tidak terkata tanpa mengetahui Naura yang membancuh teh tersebut. Kalau dia tahu apa reaksi Ghadi agaknya.
YOU ARE READING
GHADI AQHAR: THE LIONS
قصص عامةApakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua...