Puan Sri Nazariah Mohd. Seth dan Naufal Qusyairi melangkah masuk ke wad kecemasan sejurus tiba dari Pulau Pinang. Mereka mendapat berita kemalangan Naura daripada Qaid. Qaid memberitahu keluarga Naura yang Naura hanya mengalami kemalangan biasa.
Puan Sri Nazariah belum mengetahui kisah Naura hilang dan tinggal bersama pasukan Lion of the Desert dan pernah diculik oleh majikannya sendiri. Tidak tahu apa reaksi Puan Sri Nazariah nanti jika semuanya terbongkar.
Selepas bertanya di kaunter pertanyaan, mereka segera mencari Doktor Rayyan. Seorang jururawat menunjuk kearah Doktor Rayyan yang sedang bercakap dengan Ghadi dan ahli pasukan Ghadi.
Ketika mereka dua beranak sampai pada kumpulan itu, Naufal Qusyairi terdengar perbualan diantara Doktor
Rayyan dan Ghadi."ABANG???"
Puan Sri Nazariah menampar lengan Naufal Qusyairi.
"Apa ni abang? Cuba sabar sikit. Kita dekat hospital ni. Malulah dekat orang."
"Taklah..abang ni kan abang adik, kenapa mereka pula yang jadi abang adik? Lima orang pula tu. Ibu ada anak lain ka?"
"Ishh..apa yang abang merepek ni? Anak ibu, abang dan adik ja."
"Tapi tu..."
Naufal memuncung mulutnya kearah mereka yang terpinga-pinga melihat adegan itu.
"Maafkan saya doktor, anak saya terkejut bila dengar adik dia kemalangan. Tu sebab dia cakap merepek sikit."
Naufal masih lagi tarik muncung empat belasnya. Baginya Naura tiada abang lain selain daripada dia. Sayangnya kepada Naura umpama laut yang tak bertepi. Salah dia juga kerana cuba menjodohkan Naura dengan rakannya. Perbuatan yang membuatkan Naura merajuk dan lari dari rumah tempohari.
"Puan ibu Naura?" tanya Doktor Rayyan.
"Ya, saya ibu Naura dan ini abang Naura, Naufal Qusyairi."
"Alhamdulillah. Saya Dr. Rayyan, doktor yang merawat Naura."
Dr. Rayyan kemudian beralih pula kepada Ghadi.
"Ini pula ASP Ghadi, dia yang selamatkan Naura."
Naufal Qusyairi berjabat tangan dengan kaum lelaki yang berada di situ sambil matanya menjeling kearah lima sekawan itu.
"Saya Naufal Qusyairi, ABANG Naura." katanya sambil menekan perkataan abang itu.
"Don't be so childish Naufal."
"Tapi ibu..."
Puan Sri Nazariah memberi amaran kepada Naufal. Bukan dia tidak tahu angin Naufal. Perkara kecil pun boleh jadi besar.
"Saya rasa lebih baik kita bincang didalam bilik saya. Saya boleh terangkan dengan lebih mendalam keadaan cik Naura."
Puan Sri Nazariah dan Naufal berjalan menuju kebilik yang ditunjuk oleh Dr. Rayyan.
Ghadi masih tercegat disitu bersama pasukannya. Dia tidak kena mengena dengan Naura lagi, jadi lebih baik ibu dan abang Naura yang berbincang dengan Doktor Rayyan.
"ASP Ghadi, jom masuk sekali. Rasanya tuan ada perkara yang nak jelaskan kepada keluarga cik Naura."
Ghadi berjalan masuk perlahan ke dalm bilik Doktor Rayyan. Dia menunduk hormat kepada Puan Sri Nazariah dan Naufal Qusyairi.
Orlando, Jai, Kai, Kecik dan Qaid tidak berganjak dari wad kecemasan itu. Mereka setia menanti kemunculan Ghadi untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai Naura.
Kehadiran lima jejaka kacak dan tegap telah menjadi perhatian ramai orang terutama jururawat yang bertugas di wad kecemasan itu. Senyuman manis diberikan setiap kali mereka berpapasan dengan lima sekawan itu.
Cuma Kai yang membalas senyuman setiap jururawat yang lalu dihadapan mereka. Yang lain hanya membuat muka selamba, bukan sombong tapi risau terhadap kesihatan Naura.
Keadaan masih sepi kerana tiada siapa yang mahu bercakap pada masa ini. Akhirnya Jai memecah kesunyian itu.
"Ibu dan abang Naura nampak bergaya. Orang kaya ka?" tanya Jai.
Semua memandang kearah Qaid kerana Qaid yang menghubungi keluarga Naura. Pasti Qaid tahu sesuatu.
"Ibu Naura Puan Sri Mohd Seth merupakan pemilik pasaraya Seth GMart. Naufal Qusyairi pula CEO Naz Construction menggantikan ayah mereka Tan Sri Nazrin Dato Ismail."
"Wow! Tak sangka kakcik anak orang berada tapi kenapa dia jadi chef di hotel Aariz tu?" Kecik kagum dengan peribadi Naura.
"Itu kena tanya dia sendiri."
"My angel, she's so unpredictable but she cute and sweet."
"Lepas ni tak ada chance kita nak makan masakan dia."
"Saya dah mula rindukan kakcik."
"Aku pun."
"Me too."
Suasana kembali sepi apabila masing-
masing melayan perasaan sendiri. Mula rasa kehilangan Naura kerana keluarga Naura pasti membawa balik Naura ke pangkuan mereka.Pasti Puan Sri Nazariah akan berasa marah jika Ghadi menceritakan segala-
galanya nanti. Siapa yang tidak marah jika anak gadis mereka tinggal bersama-sama enam orang lelaki.Harap-harap Puan Sri Nazariah tidak membuat laporan terhadap mereka atau lebih sadis lagi jika Puan Sri menyaman mereka.
Selesai berbincang dengan Dr. Rayyan, Puan Sri Nazariah memohon agar menempatkan Naura di wad perseorangan. Cadangan Dr.Rayyan agar Naura dipindahkan ke hospital swasta ditolak Puan Sri Nazariah kerana dia yakin dengan keupayaan hospital kerajaan.
Ketika keluar dari bilik Dr.Rayyan barulah kelihatan wajah Ghadi agak tenang dan terdapat senyuman tipis dibibirnya. Sebelum itu wajahnya tegang dan berserabut kerana terlalu risaukan Naura.
Menurut Dr.Rayyan keadaan Naura tidak parah dan tiada luka dalaman. Hanya tangan kirinya yang patah. Sekarang Naura tidak sedarkan diri kerana diberi sedative agar dia boleh tidur tanpa gangguan.
Kesemua ahli pasukan Ghadi melakukan sujud syukur setelah mengetahui keadaan Naura yang tidak parah. Kecik hampir menangis dan tanpa segan silu memeluk Ghadi kerana terlalu terharu.
Puan Sri Nazariah yang memerhati gelagat mereka berasa amat terharu dengan telatah ahli pasukan Ghadi itu.
Ghadi telah menceritakan segala-
galanya kepada Puan Sri Nazariah.Puan Sri Nazariah tidak marah kepada mereka malah berterima kasih kerana menyelamat dan menjaga Naura dengan baik. Melihat wajah gembira mereka setelah mengetahui Naura selamat membuatkan hati Puan Sri Nazariah tersentuh.
"Habislah abang ibu. Abang kena share adik dengan abang-abang baru dia." Naufal berbisik kepada Puan Sri Nazariah.
"Baguslah, ibu pun suka ada anak ramai."
Naufal yang melihat telatah mereka turut terharu dengan keprihatinan Ghadi dan rakan-rakannya. Dia juga berasa syukur kerana Naura dijaga dengan baik kerana Naura merupakan satu-satunya adik yang dia ada.
"Abang pergi teman adik dulu, ibu ada hal nak cakap dengan ASP Ghadi sekejap."
Puan Sri Nazariah menuju kearah Ghadi dan pasukannya.
"Alamak Puan Sri nak marah kita ka?"
Jai mula cuak melihat Puan Sri Nazariah berjalan perlahan kearah mereka."Puan Sri." Serentak mereka semua menunduk kepada Puan Sri Nazariah.
Puan Sri Nazariah ingin ketawa gelihati
melihat muka cuak mereka semua tapi dia tahan dulu niatnya itu.Puan Sri Nazariah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan Lion of the Desert kerana menyelamat dan menjaga Naura. Dia juga mengaku yang Naura telah lari daripadanya kerana merajuk.
Sedang Puan Sri Nazariah leka bercakap dengan Ghadi dan pasukannya tiba-tiba terdengar suara Naufal memanggil ibunya dengan nada cemas.
"Ibu!! Adik dah sedar."
Dear readers,
Thank you for reading and vote my story.Lots of Luv
CikInzzz
YOU ARE READING
GHADI AQHAR: THE LIONS
General FictionApakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua...