BAB 18

9.1K 344 5
                                    

Naura berada di sini sudah hampir dua minggu. Rutin hariannya hanyalah memasak untuk 'geng lanun' tersebut. Kadang-kadang naik pening kepalanya hendak melayan karenah mereka. Macam-macam menu yang diberi untuk Naura. Bayangkan enam orang, selera masing-masing berlainan antara satu sama lain.

Naura sudah mula bosan tinggal di situ. Lagipun Ghadi tidak membenarkan dia keluar dari rumah tersebut. Demi keselamatan katanya. Ketiadaan alat komunikasi untuk melayari facebook, instagram dan sebagainya menambah lagi kebosanan dalam diri Naura.

Suatu hari Naura memberanikan diri menyatakan hasrat hatinya.

"Kapten, apa kata kapten bawa pergi melanun sekali. Bosan la kena tinggal sorang-sorang selalu."

Ghadi yang baru mencicip teh kegemarannya hampir tersembur air mendengar hasrat Naura.

"Apa yang kau merepek ni Naura?"

"Tak la, saya serius ni. Alang-alang tinggal dengan lanun baik saya jadi lanun macam Elizabeth Swann."

"Astaghfirullah al azim." Qaid dah mengucap panjang.

"Dia buat dah, lama dah dia senyap," Jai tepuk dahi.

"No angel, it's too dangerous."

"Tapi...."

"Siapa yang nak duduk sini? Siapa yang tak mau balik? Kau sendiri kan. Kena hadap la." Suara Ghadi dah naik seoktaf.

"At least boleh juga saya sumbangkan tenaga daripada duduk saja-saja."

"Angel, that's not what you think."

"Kalau tak mau bagi saya fikir bukan-bukan, bawa ja, saya pun nak experiance macam mana......"

Belum sempat Naura habiskan ayatnya, Ghadi dah mencelah.

"Kau ingat kerja kami ni main-main? Aku dah letak risiko yang tinggi bagi kau tinggal sini tau. Kalau aku silap percaturan nyawa anak-anak buah aku akan terancam."

"Boleh tak dalam sehari kau jangan buat hal. Kau ingat ini movie, cerita kartun? Ini realiti, kau tak boleh terjah ikut suka hati kau saja."

Fuhhh! Bila Ghadi dah mengamuk semua tak berani buka mulut. Masing-
masing menikus tanpa bersuara apabila mendengar suara Ghadi yang keras dan tegas itu.

Naura pula tidak menyangka yang Ghadi akan mengamuk sebegitu rupa hanya kerana kebosanan yang melanda dirinya.

Mereka yang lain bukan tidak tahu kerja dan risiko yang dihadapi tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Dengan adanya Naura aktiviti mereka agak terbatas kerana tidak mahu mendedahkan siapa mereka yang sebenarnya.

"Maaf, saya yang bersalah. Lain kali saya takkan buat perkara yang bodoh lagi." Naura berlalu dari situ dengan muka sebik.

Tersentap juga kena jerkah dengan Ghadi tapi apa boleh buat dia dah tersilap langkah. Perhatian yang berlebihan daripada Orlando, Jai,Kai dan Kecik menyebabkan dia berasa dirinya sebahagian daripada mereka.

Apabila Naura berlalu barulah mereka yang lain boleh menarik nafas.

"Bos, you're too harsh with her. Just tell her the truth."

"Ya la bos, bagitau ja perkara sebenar."

"Kalau tak mau dia keliru, bagitau ja."

"Takkan kita nak berlakon jadi lanun selamanya kut. Hilang integriti saya bos. Dah la handsome, takkan hanya layak jadi lanun kut."

"Sesuai la dengan kau Jai."

"Eh! Kai mana pergi Korea hang? Dah hilang?"

"Terkejut tengok bos mengamuk tadi, kpop dah balik negeri."

"Haa yang sesuai jadi lanun Orlando ja, dia kan peminat Pirates of Carribean"

"Bos pun lanun jugak..kapten Jack Sparrow lagi."

"Ehemmm!!!"

"Hehe sorry bos."

"Bukan masanya lagi kita beritahu hal yang sebenarnya. Kita perlu selesaikan misi kita dulu."

"Baiklah bos, kami ikut ja."

"Bos, baik bos pujuk tuan puteri kita tu, buatnya merajuk panjang tak makan kita hari ni."

"Dah kenapa saya pula yang kena pujuk?"

"Bos marah dia tadikan, dah lupa?"

"That's true."

"Malaslah,bukan isteri saya nak pujuk bagai."

"Biar Kecik ja yang pujuk, mulut manis bagai gula, mesti cik Naura terpujuk punya. Jom Kai teman aku."

"Eh! Aku pulak yang kena."

Naura duduk termenung di halaman rumah, menongkat dagu sambil jari kaki menguis tanah. Terkenang nasib malangnya. Malang ka jika masih dapat menghirup oksigen lagi. Kalau tiada mereka mungkin Naura dah berada di alam barzah.

Betul juga kata Ghadi. Dia yang tak mahu pulang kerana takut terserempak dengan Aariz tapi boleh pula dia tinggal bersama lelaki ajnabi. Enam orang pula tu.

Tiba-tiba dia terfikir, adakah doanya untuk lari dari segala masalah telah dikabulkan oleh Allah swt? Doanya untuk berjauhan daripada keluarganya sehingga terdampar ke sini? Apakah yang Allah hendak tunjuk kepadanya?

'Apa aku nak buat ni??'

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now