Aariz Zafri mengamuk sakan setelah kegagalan demi kegagalan yang dia hadapi ketika ini. Rugi tak payah cakaplah,memang banyak, mencecah jutaan ringgit. Semua urusniaga senjata api dan dadah menemui kegagalan apabila dirampas oleh pihak berkuasa.
Orang kanannya iaitu Narong dan Joko diam menikus apabila melihat Aariz mengamuk. Mujur mereka dapat melepaskan diri dari semua serbuan yang dilakukan. Jika tidak masuk kedalamlah jawabnya.
"So apa alasan korang pula kali ini?" matanya yang merah menikam tepat kepada Narong dan Joko.
"Gue udah bilang Ghadi itu pak polisi, bos engak percaya sama aku."
Sebenarnya Joko hanya serkap jarang sebab takut diamuk oleh Aariz tapi keyakinannya amat tinggi terhadap penglibatan Ghadi sebagai anggota keselamatan. Malangnya dia belum mendapat bukti kukuh lagi.
"Saya pun tak percaya pada mulanya tapi bila dua tiga kali kita gagal, saya pun syak juga." Narong tidak mahu ketinggalan memberi alasan.
"Jadi apa aku nak buat ni?"
Aariz meminta pandangan Narong dan Joko kerana mereka lebih arif dalam kegiatan haram ini.
"Kita serang balik habis-habisan bos." cadang Narong.
"Kau ada cadangan lain tak? Nak serang tu boleh tapi risikonya tinggi. Aku tak mau hilang orang kuat aku."
Tiba-tiba Andi, anak buah Joko berlari laju menuju kearahnya lalu membisik sesuatu ditelinga Joko. Setelah Andi selesai memberitahunya, kelihatan Joko tersenyum sinis lalu memandang Aariz dengan pandangan yang bermakna.
"Gue udah dapat caranya bos."
Lalu Joko membisikkan kepada Aariz apa yang telah Andi beritahunya tadi. Aariz tersenyum sambil mengangguk
kepalanya tanda puashati."Baik kita ikut rancangan Joko. Awas Ghadi, kau akan terima akibatnya bila kau cuba ganggu aku."
Joko dan Narong tersengih suka melihat Aariz begitu bersemangat untuk berlawan.
************************************
Ghadi mengajak Naura ke tepi pantai untuk melihat matahari terbenam.
"Naura ikut saya sekejap."
"Kemana Kapten?"
"Kita tengok matahari terbenam, nak tak?"
"Eh, mestilah nak. Lama saya tak tengok sunset. Rindu pula."
"Nak ikut." Kecik mencelah.
"Tak payah, mai tolong aku buat kerja." Jai segera melarang.
"Nak buat apa Jai? Kacaulah."
"Hang la yang kacau. Ghadi nak bercakap sesuatu dengan Naura tu."
"Mana kau tahu?"
"Ishhh aku taulah."
Jai terus menarik Kecik dan menuju ke belakang markas. Naura yang kehairanan membiarkan saja kerana menyangka Jai benar-benar perlukan pertolongan Kecik.
Ghadi dan Naura berjalan beriringan menuju ke pantai. Sampai di pantai, mereka mengambil tempat dibawah sepohon pokok kelapa.
Mereka duduk bersebelahan diatas akar pokok kelapa itu. Naura yang asyik memandang keindahan laut, tidak memperdulikan Ghadi yang sedang gelisah disebelahnya.
Ghadi pula asyik memerhati Naura tanpa jemu. Ada sesuatu yang perlu dia beritahu Naura hari ini tapi dia takut akan penerimaan Naura nanti.
Sebagai komando dia perlu berani dalam segala tindakannya walaupun melibatkan soal hati. Sedang dia asyik memikirkan tindakan yang selanjutnya
tiba-tiba Naura berpaling kearahnya."Kapten cant..ik..kan.."
Naura terkedu melihat Ghadi sehingga tidak sempat menghabiskan ayatnya.
"Kenapa kapten pandang saya begitu?"
Naura malu apabila diperhatikan sebegitu oleh Ghadi.
"Okey sebelum saya mulakan, boleh tak jangan panggil kapten."
"Habis saya nak panggil apa?"
"Panggil Ghadi atau Aqhar atau paling afdal panggil abang."
Terkejut Naura apabila disuruh panggil abang dan secara spontan dia menampar lengan Ghadi.
"Opss sorry..sorry tak sengaja."
Ghadi tidak kisahpun ditampar begitu.
Alah perempuan tampar apalah sangat,
lebih dari itupun Ghadi pernah kena.Naura kembali berpaling mengadap laut. Dia menggigit bibirnya tanda dia sudah tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi.
Ghadi berdehem untuk membetulkan peti suaranya.
"Naura saya rasa saya suka awak. Selesai misi ini saya nak jumpa keluarga awak boleh?"
Tudia Ghadi tanpa mukadimah terus melamar Naura.
Terkelip-kelip mata Naura memandang Ghadi tidak percaya. Macam tu ke komando melamar, terus tembak ke sasaran. Ghadi pula garu kepala melihat Naura terpinga -pinga.
"Apa kapten cakap?"
Bukan Naura tidak dengar tetapi dia ingin kepastian.
"Saya suka awak dan saya melamar awak sekarang ni."
"Ohhh.."
"Kenapa? Awak tak suka saya ka?"
"Bukan..bukan saya tak suka kapten tapi drastik sangat lamaran kapten tu."
"I am a man with action, jadi aksi saya lebih cepat dari perkataan."
"Okeyyy."
"So, macam mana?"
Naura yang masih malu dengan lamaran itu hanya mampu angguk. Jika Ghadi lebih suka cara begitu, Naura tiada ketegahan kerana baginya cukup dengan bahasa tubuh yang ditunjukkan daripada mengucap kata cinta yang tiada hasilnya.
Melihat persetujuan daripada Naura, Ghadi terus bersorak tanda gembira.
Seronoknya tidak terhingga kerana dia tidak bertepuk sebelah tangan.Jika boleh ingin dia memeluk Naura ketika itu juga tapi dia tidak mahu melebihi batasan kerana belum halal lagi. Adab perlu dijaga walaupun berada dimana juga.
Naura hanya tersenyum melihat kegembiraan Ghadi. Dia sendiri berasa amat bersyukur kerana impiannya akan menjadi kenyataan.
Tiba-tiba saja dia ternampak aksi Hrithik Roshan dan Amisha Patel menanyi lagu Kaho na pyar hai di pantai itu.
Tetapi kenapa dia nampak macam Ghadi dan dia yang sedang menyanyi tu?
![](https://img.wattpad.com/cover/260110335-288-k389278.jpg)
YOU ARE READING
GHADI AQHAR: THE LIONS
General FictionApakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua...