BAB 26

8.7K 328 6
                                    

Ghadi termenung sejenak mendengar saranan daripada Qaid. Baru tadi dia meletakkan noktah untuk menangguh dahulu hasrat hatinya tetapi Qaid telah membuka matanya. Bersediakah dia untuk meluahkan perasaannya kepada Naura dalam masa yang terdekat ini?

Qaid yang faham gelojak hati Ghadi hanya berdiam diri dia menanti respon daripada Ghadi.

"Bukan masanya lagi Qaid. Misi kita belum tamat. Macam mana aku nak terus terang dengan dia."

"Aku bukan suruh kau meminang dia lagi cuma luahkan apa yang kau rasa terhadap dia."

"Nak kata apa?"

"Allahuakbar! Kata komando, takkan yang itupun aku nak ajar kau. Kata kau suka dia pun dah cukup. Dia akan faham."

Siapa kata Qaid tiada perasaan cuma dia sendiri yang menutup pintu hatinya untuk mana-mana perempuan.

"Tapi boleh ka dia terima pekerjaan kita? Kita selalu ada misi dan perlu tinggalkan rumah lama."

"Kalau dia suka kau takkan ada masalah. Cuma kau kena pandailah pujuk dia."

"Hmmm..."

"Jangan jadi macam aku, terlalu lambat untuk aku tahu 'dia' suka aku. Bila aku sedar, aku dah kehilangannya."

"Err apa dah jadi?"

"Kau ingatkan kekasih aku dulu. Dulu bestfriend dia suka kat aku tapi aku confess dekat kekasih aku dulu."

"Haaa..ingat. Anita. Macam mana kau tau bestfriend Anita sukakan kau? Dia beritahu kau kah?"

"Tak tapi aku perasan melalui perbuatan dan tingkah laku dia"

"How?"

"Dia selalu bergaduh dengan aku, kiranya apa yang aku buat, dia suka cari pasal tapi yang peliknya aku suka pulak layan dia gaduh."

Qaid tersenyum apabila terkenang kisah lama.

"Semua alat tulis aku suka pinjam daripada dia bukan dari kekasih aku. Dia pula suka perhati aku dalam diam, dari situ aku tau dia sukakan aku."

"Dia dengan kawan dia?"

"Itu yang bagusnya tentang dia. Walaupun dia sukakan aku tapi dia tak pernah nak caras aku daripada kawan dia. Dia pendam saja perasaan dia."

"Apa perasaan kau bila tau dia suka kau?"

"Aku dah confess dekat Anita jadi aku biarkan ja perasaan dia."

"Kira kau ni hot stuff juga la ya. Eh! Apa jadi dengan Anita? "

"Aku dah putus dengan dia."

"Kenapa?"

"Dia tak suka kerja aku. Lagipun dia kan lawyer, saham tinggi, tak hairan dengan kerjaya kita ni."

"Kan aku kata tak ada siapa yang faham kerja kita."

"Itu Anita bukan Naura, lagipun Naura ni unik sikit, walaupun dia kata kita lanun tapi dia tetap stay dengan kita. Kalau orang lain rasanya dah terjun laut balik."

Ketawa Ghadi terlepas juga mendengar pernyataan daripada Qaid. Siapa sangka dua orang hati beku sedang melakukan sesi meluahkan perasaan pagi ini.

Ghadi dan Qaid, komitednya mereka terhadap tugas memang tiada tandingannya. Mereka merupakan komando yang disegani dalam pasukan elit VAT69.

"Boleh kita bincang pasal semalam?"

Qaid segera menukar topik, malu pula pada Ghadi selepas menceritakan kisah silamnya. Tiada sesiapa pun yang mengetahui kisahnya tetapi hari ini tanpa sengaja dia menceritakan kepada Ghadi.

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now