Prolog

35.8K 200 4
                                    

Dato Izham memandang satu-satunya anaknya bersama arwah isterinya. Permata hatinya yang kini sudah berumur 12 tahun sedang termenung duduk memeluk lutut di atas kerusi kayu yang berada di laman rumahnya. Dato Izham menghembus nafas perlahan sebelum menghampiri anak perempuannya itu.

"Princess papa ni termenung apa? Ha, ade pakwe ye kat sekolah?" katanya kemudian tergelak kecil dengan reaksi yang diberikan oleh anaknya itu.

"Mana ade pakwe. Takde sape suka Luna la papa. Luna kan kecik lagi. Mana boleh ade pakwe. Kan papa pesan. Lupa ke?" balas Luna sambil mencekak pinggang dan mengembungkan pipinya tanda tidak puas hati dengan pertanyaan papanya itu.

"Heheh. Baiknya anak papa ni. Beruntung papa ada anak yang dengar kata macam Luna." Balas Dato Izham.

"Pa..."

"Yes princess?" Dato Izham memandang wajah Luna yang banyak mengikuti rupanya. Wajah bujur sirih itu memiliki mata yang bundar dan anak mata berwarna hitam. Hidung yang elok cantik terletak. Seulas bibir nipis dan rambut lurus cantik terletak berwarna coklat kehitaman Luna pula mengikuti arwah isterinya.

"Malam ni kita dinner dengan aunty Laili kan? Jadi kan?" tanya Luna dua kali tanpa sempat dijawab oleh papanya.

"Jadi princess. Luna ok kan papa dengan aunty?"

"Aunty Laili baik. Luna suka. Nanti Luna dapat ibu baru macam kawan kawan Luna yang lain."

"Terima kasih Luna, sebab dapat terima aunty Laili. Aunty Laili memang baik. InsyaAllah dia dapat jaga Luna dengan baik macam anak dia sendiri."

"Mama mesti gembira kan tengok Luna nak ada mama baru kan? Luna janji takkan lupakan mama sampai bila-bila. Luna sayang mama sampai syurga." Luna memandang Dato Izham dengan mata yang sayu. Rindu akan arwah mamanya.

"Papa pun tak akan pernah lupakan mama, sayang. Mama sentiasa ada dalam hati papa sampai bila-bila." balas Dato Izham sambil memeluk Luna, cuba memujuk Luna. Dia turut mengingati arwah isterinya itu.






-





"Luna dah kenyang dah?" tanya Puan Laili kepada gadis comel itu. Diusap kepala Luna dengan lembut.

"Dah! Sedapnya dessert kat sini papa, aunty! Nanti kita datang lagi ya?" Luna tersenyum gembira sambil menunjukkan kedua-dua ibu jarinya.

"Baik princess papa." Dato Izham membuat simbol ok.

"Maaflah Aariz tak dapat ikut sekali malam ni. Ada tuition pula katanya." kata Puan Laili dengan muka serba salah.

"Tak ape. Aariz tahun ni nak SPM kan? Biar dia fokus dekat SPM. Lagipun lepas ni kita akan jadi satu keluarga juga. Duduk satu rumah, sentiasa berjumpa." Dato Izham tersenyum.

"Yey satu keluarga. Luna dapat keluarga besar, ada aunty dengan abang baru!" Luna menjerit kecil kerana tidak sabar untuk mempunyai keluarga barunya nanti. Tidak sabar untuk merasai perasaan ada ibu dan abang baru dalam hidupnya.

Tergelak kecil Dato Izham dan Puan Laili melihat Luna yang kelihatan sungguh gembira itu.






-





Hari Pernikahan Dato Izham & Puan Laili

"Alhamdulillah syukur. Semuanya berjalan lancar. Mulai hari ni Luna panggil aunty Laili, mommy ok? Aariz pula panggil uncle, papa. " senyum Dato Izham kepada keluarganya itu. Luna mengangguk manakala Aariz hanya mendiamkan diri.

"Mommy." sebut Luna perlahan sambil memandang Puan Laili.

"Ya Luna?"

"Hehe takde ape. Bestnya dapat panggil mommy. Luna suka." sengih Luna menampakkan giginya yang cantik tersusun sambil memeluk pinggang Puan Laili. Dato Izham dan Puan Laili bertukar pandangan sayu sambil tersenyum kecil.

"Ehem! Aariz ngantuk. Nak masuk bilik dulu. Dah takde ape-ape kan? Tu bilik Aariz kan?" setelah berdiam diri lama, Aariz akhirnya bersuara dingin, tidak ingin berlama lama dengan yang lain. Sempat diberikan jelingan buat Luna. 'Mengada-ada, dah nak masuk 13 tahun masih berperangai keanak-anakan. Heh.'

"Aariz..." tegur Puan Laili, merasakan anak bujangnya agak kurang beradab. Sudah dipesan berulang-kali agar lebih beradab tapi tetap degil tidak mahu mendengar.

"Ye itu bilik Aariz. Barang-barang Aariz dalam bilik tu, papa dah letak. Pergilah rehat. Papa tahu Aariz penat. Selamat malam." Dato Izham menggeleng kepala kepada isterinya, tanda tidak apa. Tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Faham akan jiwa muda remaja itu yang mungkin dalam fasa ingin memberontak. Tidak apa, lambat laun pasti Aariz akan dapat menyesuaikan diri dalam keluarganya ini.

Aariz kehilangan arwah ayahnya sewaktu dia berumur 11 tahun. Mungkin agak kekok untuk Aariz menerima semua ini.

Tambahan pula, dia dan Puan Laili mengambil keputusan untuk berkahwin selepas setahun mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dalam.

Rupa-rupanya mereka sangat serasi bersama, dan sebab itulah mengambil keputusan untuk berkahwin akhirnya. Aariz hanya perlukan masa untuk semua ini.

Luna memandang sahaja abang tirinya itu menaiki tangga dan terus menghilang di sebalik dinding itu. Bilik Aariz agak tersorok ke dalam, bersebelahan dinding. Manakala biliknya berada di hujung, bersebelahan dengan bilik abang tirinya itu.

'Eee sombong!' ujar Luna dalam hati sambil mengerutkan dahi. Bukan dia tidak nampak Aariz menjelingnya tadi. Salahnya apa? Tidak faham dia dengan abang tirinya itu.


Salah Arah (C)Where stories live. Discover now