Bab 34

11.9K 146 10
                                    

Seperti yang dijanjikan semalam, hari ini mereka berdua meluangkan masa bersama di sebuah pusat beli-belah. Dalam erti kata lain, Aariz menemani isterinya membeli-belah. Kini kiri kanan tangan Aariz penuh dengan beg plastik dan beg kertas dari pelbagai jenis kedai yang berjaya menarik minat Luna.

"Baby nak beli apa lagi? Banyak dah ni abang tengok." kata Aariz sambil menunjukkan beg-beg tersebut kepada Luna.

"Hmm. Luna nak masuk situ kejap boleh? Nak cari barang sikit." Luna menunjukkan sebuah kedai buku kepada Aariz.

"Ok. Luna nak masuk lama ke sekejap? Kalau sekejap, abang tunggu dekat luar je lah." cadang Aariz.

"Ha ok ok. Luna nak masuk sekejap je pun. Abang tunggu sini jap eh."

"Ok."

"Tunggu tauuuu." pesan Luna lagi sebelum masuk ke dalam kedai buku itu.

"Iyeeeee." Aariz tersengih sambil menggelengkan kepalanya melihat perangai manja Luna itu.

Beberapa minit mula berlalu. Aariz yang sedang ralit dengan telefonnya sedikit tersentak apabila ada satu tangan yang memegang lengannya.

"Oh, baby dah sudah? Jom." kata Aariz sebelum mengangkat kepalanya untuk memandang wajah Luna.

"Baby? Woah. Hehe."

Terkejut Aariz apabila melihat wanita di hadapannya ini bukannya Luna seperti yang dia sangka tadi.

"You buat apa kat sini?" tanya Aariz dengan nada yang kedengaran dingin. Dia merentap lengannya dari pegangan tangan wanita ini. Riak wajahnya jelas tidak senang.

"I buat apa kat sini? Oh come on. Ini shopping mall, Aariz. By the way, I suka bila you panggil I baby. Terubat rindu I kat you." kata wanita itu selamba sebelum dia mula tergelak kecil.

"You pergi sekarang. I tak nak tengok muka you." jawab Aariz sambil matanya memerhati ke arah pintu masuk kedai buku itu. Risau jika Luna melihat dia dengan wanita ini.

"Woah. Sombongnya...." balas wanita itu bersama wajah yang seakan mengejek Aariz.

"Kenapa? Takut? Takut wife kesayangan you nampak? Mana dia? Banyak betul barang you shopping. Mesti barang dia kan semua ni?" wanita itu melirik sekilas beg-beg berjenama yang berada pada kedua tangan lelaki itu.

"Jangan nak sibuk. Bukan urusan you. You pergi sekarang sebelum-"

"Sebelum apa? Sebelum wife you nampak? Heh. Takut betul eh you dengan dia? Biarlah dia tahu yang kita ni-"

"Kita apa? Jangan nak merepek boleh tak? Berambus sekarang dari sini! Jangan nak buat perangai entah apa-apa kat sini." Aariz mengetap giginya, menahan marah terhadap wanita ini. Ikutkan hati mahu saja ditolak tubuh wanita ini menjauh dari sini.

"Aariz Aariz, you ni terlampau menjaga-"

"Abang..."

Kedua mereka memandang ke arah suara itu. Luna. Luna yang baru keluar dari kedai buku itu mengerutkan wajahnya apabila melihat suaminya sedang berbual dengan seorang wanita yang dia pernah lihat.

Ya, tak salah lagi. Wanita ini yang pernah dilihatnya bersama Aariz beberapa bulan yang lalu. Wanita yang tinggi lampai, berkulit putih, berambut panjang keperangan dan cantik bergaya. Gayanya tidak ubah seperti seorang model terkenal.

"Abang... Siapa ni?" tanya Luna apabila Aariz hanya diam dari tadi.

"Hai, I Tania. I-"

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now