Bab 43

12K 180 11
                                    

Langkah kaki diatur laju memasuki pintu utama sebuah hospital. Berderau darahnya apabila menerima panggilan telefon daripada Tania yang mengatakan bahawa Luna pengsan tidak sedarkan diri dan kini berada di hospital. Dia yang pada ketika itu berada di rumah terus sahaja mencapai kunci kereta dan wallet dengan segera sebelum keluar rumah.

Masuk sahaja ke dalam hospital itu, matanya melilau mencari dan membaca papan tanda yang tergantung di dinding. Seketika matanya terpandangkan sebuah kaunter pertanyaan di dalam hospital itu. Terus dia mengatur langkah ingin ke sana untuk bertanyakan mengenai Luna, isterinya.

Baru sahaja ingin membuka mulut bertanya, matanya menangkap dua susuk tubuh yang amat dikenalinya sedang duduk membelakanginya di kerusi tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Tanpa membuang masa, dia segera berlari-lari anak ke arah mereka berdua itu. Dia kemudiannya berhenti di hadapan mereka sebelum dia mula melutut pada salah seorang daripada mereka itu. Jelas kelihatan mereka berdua itu turut terkejut dengan kehadiran dia yang tiba-tiba sahaja terpacak berada di hadapan mereka.

"Baby..." kata Aariz kepada Luna sambil mengusap perlahan kepala isterinya itu. Ditatap mata isterinya seketika sebelum matanya sibuk meneliti setiap inci wajah dan tubuh isterinya untuk memastikan tiada apa-apa kecederaan yang berlaku pada isteri kesayangannya itu.

"Abang?" kata Luna sedikit terkejut. Dia hanya membiarkan Aariz yang sibuk menilik dan memeriksa keadaan dirinya sekarang. Matanya pula mengerling ke arah Tania yang berada di sebelahnya ketika ini. Terangkat kedua belah keningnya memandang Tania.

Tania ada memaklumkan kepadanya yang wanita itu sudah menghubungi Aariz dan memberitahu tentang keadaan dirinya yang pengsan secara tiba-tiba sebentar tadi. Tidak sampai beberapa minit Tania menghubungi Aariz, Luna kembali sedar dan setelah berjumpa dengan doktor yang merawat Luna, Luna sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah memandangkan keadaan Luna yang baik-baik sahaja.

Cuma yang membuatkan Luna terkejut adalah kehadiran Aariz yang tiba-tiba berada di hadapannya ketika ini dan juga wajah Aariz yang kelihatan begitu risau dengan dirinya seolah-olah dia baru sahaja mengalami kemalangan yang teruk.

"Abang..." Luna menarik tangan Aariz yang masih berada di wajahnya.

"Luna ok je lah." kata Luna perlahan. Tidak mahu Aariz terus risau.

"Luna... Ya Allah. Abang risau gila bila dapat tahu Luna pengsan tahu tak?" kata Aariz dengan dahi yang berkerut. Walaupun sudah dapat lihat depan mata yang Luna baik-baik sahaja, tetapi hatinya masih lagi berdebar risau akan isterinya.

Luna tergelak kecil lalu menganggukkan kepalanya beberapa kali.

Aariz yang berasa dirinya sedang diperhati oleh orang lain terus mengalihkan pandangan matanya. Dia melihat Tania yang hanya duduk diam memerhati di sebelah Luna itu. Hampir terlupa tentang kewujudan wanita itu di sisi isterinya. Wanita itu juga yang menelefonnya dan memaklumkan keadaan Luna sebentar tadi.

Wajah yang jelas penuh kerisauan tadi mula bertukar tegang. Perlahan-lahan Aariz bangun berdiri sambil masih memandang wajah Tania yang berkerut pelik memandangnya juga.

"You... You buat apa dekat Luna sampai dia pengsan hah, Tania? I ingat you dah berubah!" Aariz berkata dengan nada suara yang ditekan dalam. Ikutkan hati mahu sahaja dia meninggikan suara memarahi Tania namun dia sedar dia masih berada di dalam hospital. Tidak mahu membuat drama percuma di sini.

"Abang-" Luna turut sama berdiri dan cuba menjelaskan perkara sebenar kepada Aariz namun Aariz pantas memotong kata-katanya.

"Jawablah. Apa yang you dah buat dekat Luna sampai dia pengsan macam ni? You ni memang tak serik-serik lagi dengan plan you kan?" kata Aariz lagi. Diketap giginya saat ini menahan amarah yang mula menguasai diri.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now