Bab 11

13.1K 115 1
                                    

"Macam mana?" tanya Puan Laili yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Luna duduk.

"Ha? Macam mana apa?" pertanyaan Puan Laili dibalas dengan pertanyaan juga. Luna menayangkan wajah pelik kepada Puan Laili.

"Rafli. Anak bujang aunty Syafinaz la." Puan Laili tersenyum-senyum memandang anak gadisnya itu.

"Oh... Dia baik. Luna selesa berborak dengan dia." balas Luna bersahaja.

"Mana tak selesa, kemain lama berborak sampai mommy dah ada kat depan pun tak nampak." Puan Laili menjeling Luna kemudian mula tersenyum lebar.

"Eh yang tu serius Luna tak perasan. Tengah khusyuk borak pasal pengalaman dia belajar kat London dulu. Hihi."

"So?" Puan Laili mengangkat keningnya memandang Luna yang turut memandangnya dengan penuh tanda tanya di raut wajah cantik itu.

"So?"

"Boleh la ni ke langkah seterusnya dengan Rafli? Mommy bukan apa, mommy berkenan sangat dengan Rafli tu untuk Luna. Baik budaknya. Dia selalu juga kalau free teman ibu dia kemana mana tau."

"Ish mommy ni... Ha ni! Dah lah mommy diam diam eh plan semua ni dari pengetahuan Luna." Luna mengecilkan matanya memandang Puan Laili. Berpura-pura marah.

"Sebab kalau mommy bagitahu awal awal, mommy tahu Luna taknak ikut mommy. Tapi, Luna ok kan dengan dia? Tadi siap tukar nombor telefon lagi. Macam mommy tak perasan."

"Ok tu ok lah. Sebagai kawan lah sekarang. Luna tak boleh janji apa-apa dengan mommy buat masa sekarang ni. Kalau ade jodoh, ade lah. Itu yang Luna mampu cakap." Senyuman nipis diberikan kepada Puan Laili.

"Ye ye mommy faham. Itulah, mommy nak Luna kenal dengan Rafli dengan lebih rapat lagi. Mana tahu memang jodoh korang berdua." diusap kepala anaknya itu dengan penuh kasih.

"Tapi kan mommy. Luna muda lagi. Kerja pun belum."

"Takpelah. Sekarang kan fasa berkawan. Bukannya mommy nak Luna kahwin dalam masa terdekat ni. Mungkin lagi setahun dua lagi ke. Sekarang ni kawan-kawan dulu. Tapi itulah, ikut Luna dengan Rafli juga. Kalau dua dua tak serasi nak buat macam mana kan. Mommy dengan aunty Syafinaz faham je. Jangan risau. Cumanya mommy suka tengok Luna berkawan dengan Rafli tu."

"Thanks mommy."

"Berbual apa dua beranak ni?" tegur Dato Izham yang baru sahaja turun dari bilik bacaannya. Kaki melangkah menuju ke kerusi bersebelahan isterinya itu.

"Papa!" Luna menjerit kecil apabila melihat papanya itu datang ke ruang tamu itu. Seharian tidak bertemu papanya walaupun duduk serumah. Masing-masing sibuk hari ini dengan hal tersendiri.

"Berbual pasal majlis rumah Syafinaz." Puan Laili tersenyum memandang suaminya itu. Luna hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Puan Laili itu.

"Oh ya, sebelum terlupa. Luna nak bagitahu papa dengan mommy. Luna dah jumpa rumah sewa and Luna ingat nak pindah barang sikit sikit hari selasa ni."

"Rumah sewa? Lah cepatnya? Kat mana tu Luna?" tanya Dato Izham.

"Ha'ah Luna. Boleh percaya ke ni rumah sewa tu? Berapa orang dalam rumah tu?" giliran Puan Laili pula bertanya sedikit risau.

"Heheh. Sabar sabar. Satu satu Luna jawab. Rumah sewa tu sebenarnya ex roommate Luna punya. Kitorang pernah jadi roommates masa asasi dulu. Kebetulan housemates dia pindah keluar sebab nak kawin and pindah kerja, so  rezeki Luna la kiranya. Dekat juga dengan tempat kerja yang Luna cari semua tu." Luna menerangkan panjang lebar kepada orang tuanya itu.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now