Bab 33

14.3K 164 10
                                    

"Abang nak makan apa?" tanya Luna yang sedang sibuk scroll skrin telefonnya. Malam ini dia hanya memesan makanan melalui Grabfood sahaja. Malas untuk memasak.

"Abang tak kisah. Baby?" tanya Aariz kepada Luna yang berada dalam dakapannya ini. Mata pula masih melekat pada skrin tv yang menayangkan perlawanan bola sepak. Aariz tidak berapa meminati bola sepak, dia hanya tengok gitu-gitu sahaja.

Luna yang bersandar pipi di dada Aariz mendongak memandang suaminya.

"Emm Luna ingat nak order Kyochon. Abang ok?"

"Abang ok je. Tolak kayu dengan batu je. Tapi abang lagi suka makan baby. Hehe." dipandang sekilas wajah Luna yang menjelingnya manja.

"Hmm ok lah Luna order Kyochon tau."

"Ok baby."

"Pakai card abang?"

"Ok baby." ayat yang masih sama keluar dari mulut Aariz.

"Esok kita shopping nak tak abang? Luna dah lama tak beli baju baru. Pakai card abang?"

"Ok baby."

Luna mencebik bibir tanda tidak puas hati. Nampak sangat suaminya tidak mendengar apa yang dikatanya. Hanya menjawab cukup syarat sahaja.

"Luna nak RM5k esok."

"Ok baby."

"Encik Rayyan ajak Luna keluar dengan dia esok. Luna shopping dengan dia je lah eh?"

"Ok baby." jawab Aariz dengan mata masih memandang tv.

"Eh kejap. Apa baby?" berkerut dahi Aariz setelah menyedari sesuatu. Dilihat Luna sudah mengembungkan pipinya dengan wajah yang masam.

"Ha nampak sangat abang tak dengar Luna cakap apa! Lagi penting tengok tv daripada isteri sendiri kan?"

"Eh, sorry baby. Abang... Hehe sorry."

Luna menolak tubuh Aariz dan menjauhkan tubuhnya sendiri. Dia berpeluk tubuh memandang ke arah lain. Merajuk!

"Baby... Abang minta maaf hmm? Sorry.... Abang dah lama tak tengok bola. Tadi tertengok part dia tu nak jaringkan gol tadi. Sorry hmm? Luna kata nak keluar shopping kan esok, ok jom. Kita shopping eh."

"Siapa kata Luna nak keluar shopping dengan abang? Luna nak keluar shopping dengan Encik Rayyan." sengaja Luna mengusik Aariz.

"Luna.... Abang tak suka lah Luna bergurau sebut nama lelaki lain." kata Aariz tegas. Wajah mula serius.

"Hmm... Dah lah Luna nak tidur. Kyochon tu nanti abang sorang je lah makan. Luna takde mood." kata Luna kemudian dia mula bangun dari sofa, ingin melangkah ke bilik tidur mereka.

"Baby...." Aariz menahan Luna dari pergi dengan menarik lengan isterinya perlahan. Ditarik Luna supaya duduk kembali. Luna hanya mengikut namun wajahnya dihalakan ke tempat lain. Tidak mahu melihat wajah Aariz. Kedua tangan Aariz naik memegang pipi Luna.

"Luna.... Pandang abang, sayang." perlahan-lahan mata Luna memandang wajah suaminya. Namun wajahnya masih masam mencuka.

"Abang minta maaf hmm? Sorry. Abang salah. Tapi pasal apa yang abang cakap tadi, abang betul-betul maksudkan. Abang tak suka Luna sebut nama lelaki lain."

"Encik Rayyan tu bos Luna je pun. Lagi pun Luna bergurau je. Dah abang ralit sangat dengan tv tu." balas Luna tidak puas hati. Berkerut dahinya memandang Aariz.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now