Epilog

12.6K 157 9
                                    

Dato Izham memandang Luna yang sedang duduk termenung di atas kerusi kayu yang berada di laman rumahnya. Pemandangan yang dia lihat ini hampir sama seperti ketika Luna berusia 12 tahun dahulu. Sewaktu dia ingin menjadikan Puan Laili sebagai isterinya.

Luna didekati sebelum bahu anaknya itu ditepuk perlahan. Luna menoleh melihat papanya dengan senyuman manis di wajahnya.

"Pa..."

"Jauh termenung. Princess papa ni termenung apa lah ya? Nak kata teringatkan suami, tu Aariz tengah main kejar-kejar dengan Aisa."

Mereka berdua memandang ke dalam rumah. Dapat dilihat Aisa berlari terkedek-kedek apabila dikejar oleh Aariz. Makin melebar senyuman Dato Izham dan Luna melihat situasi itu. Dua bulan lagi, Aisa akan berumur 3 tahun. Sekejap sahaja masa berlalu.

"Hahahah. Takde lah, pa. Saja je ambil angin, duduk rehat kejap kat sini. Dah lama Luna tak duduk dekat sini sorang-sorang kan."

Dato Izham menganggukkan kepala, mengiyakan kata-kata anaknya.

"Papa ni pun... Masih panggil Luna princess. Luna dah tua bangka dah pun tau. Ish..."

"Luna dah tua bangka umur 70 tahun pun, Luna tetap princess papa di mata dan hati papa. Ingat tu. Masih anak kecil kesayangan papa."

Luna yang mendengar tersengih-sengih. Dato Izham yang duduk di sebelahnya dipeluk dan disandarkan kepalanya di bahu papanya.

"Heheh. Luna sayang papa. Sama juga dengan Luna, pa... Walaupun Luna dah ada Aariz, cinta hati Luna tapi papa tetap cinta pertama Luna sejak Luna dilahirkan di dunia ni. Hero Luna sampai bila-bila. Thank you, papa. Sebab sentiasa ada dengan Luna waktu Luna sedih dengan gembira. Papa selalu bagi semangat kat Luna, nasihatkan Luna kalau Luna ada buat salah, bimbing Luna jadi manusia yang baik. Kalau takde papa, Luna pun tak tahu la nasib hidup Luna macam mana sekarang ni. Thank you, papa."

"Sama-sama, princess. Itu dah memang tugas seorang ayah, Luna. Nak yang terbaik untuk anak dia. Sama juga macam Aariz."

Luna mengangguk. Ya, dapat dia lihat Aariz juga sudah semakin sama dengan papanya. Sanggup buat apa sahaja untuk anak mereka. Sisi kebapaan Aariz juga semakin terserlah dari hari ke hari. Aariz dilihat semakin matang dan tahu dalam menguruskan anak mereka.

"Luna..." panggil Puan Laili yang sedang menggendong seorang bayi lelaki.

"Ya, mommy? Dah bangun dah budak kecik ni." Luna yang melihat itu terus bangun mendekati Puan Laili. Tersenyum dia melihat bayi lelaki tersebut.

"Aiden dah bangun dah. Tadi menangis. Mommy dah tukarkan pampers siap-siap. Ni mungkin lapar pula rasanya."

Luna pantas mengambil Aiden yang berada dalam dukungan Puan Laili itu. Ya, Aiden merupakan anak kedua Luna dan Aariz. Sudah berusia 5 bulan pun adik Aisa ini.

Sewaktu Puan Laili mengetahui Luna mengandungkan anak kedua, Aariz dimarahi dengan agak teruk juga oleh Puan Laili. Marahnya kerana umur Aisa tidak sampai dua tahun lagi, Luna sudah pun mengandung lagi.

Luna hanya mampu menayangkan wajah simpati sahaja ketika Aariz dimarahi Puan Laili. Ikutkan memang sepatutnya tunggu Aisa berumur dua tahun dahulu, baru merancang untuk menambah zuriat lagi. Namun sudah tertulis rezeki mereka untuk mendapat zuriat yang kedua lebih cepat.

Dato Izham pula tidak berkata apa-apa. Sudah rezeki Aisa mendapat adik cepat. Dia juga dalam diam gembira kerana rumahnya ini akan bertambah riuh dengan bunyi suara budak-budak kecil. Tidak sabar untuk bermain dengan cucu-cucunya nanti.

"Oh. Ok, thanks mommy sebab tukarkan pampers hero kecil Luna ni. Hi, sayang mama. Lapar ye dia?" tanya Luna dengan Aiden yang sudah pun berada dalam dukungannya sekarang ini.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now