Bab 30

13K 203 17
                                    

"Assalamualaikum aunty." Manis memberi salam kemudian menyalam dan berpelukan dengan Puan Laili yang menyambutnya di muka pintu.

"Waalaikumussalam. Manis, jom masuk."

"Ini buah tangan untuk aunty dengan uncle."

"Terima kasih. Susah susah je Manis ni. Setiap kali datang sini mesti bagi buah tangan. Lain kali tak payah dah bagi buah tangan ni semua tau."

"Ish mana boleh macam tu. Tak sedap pula rasa datang tak bawa apa-apa."

"Alah, tak apa lah. Aunty dengan uncle ok je."

"Hehe. Tengok lah nanti macam mana." Manis tersengih memandang Puan Laili.

"Rajin betul Manis datang melawat Luna. Bertuah Luna ada kawan baik macam Manis." Puan Laili tersenyum manis.

"Takde lah aunty. Ada masa terluang ni, Manis datang lah sini tengok Luna. Lagipun waktu sekarang ni, Manis tahu Luna perlukan seseorang untuk teman dia supaya dia tak rasa terlalu sunyi. Eh, tapi bukan maksud Manis yang dia tak perlukan aunty tau! Maksud Manis sebagai kawan baik-" kata-kata Manis pantas dipotong oleh Puan Laili.

"Iya aunty faham. Manis ni pun." tergelak kecil Puan Laili dengan perangai Manis ini.

"Hmm, Manis naik lah masuk bilik Luna. Luna ada dalam bilik dia macam biasa. Mesti dia dah lama tunggu Manis. Manis pula borak lama dengan aunty dekat bawah ni. Manis naik dulu. Nanti aunty naik hantar air ya."

"Eh tak payah lah aunty susah susah hantar air. Takpe takpe." tolak Manis perlahan.

"Takpe. Tak susah pun. Dah, pergi naik sana." Puan Laili menolak lembut tubuh Manis untuk naik ke atas.

"Yelah. Thank you aunty. Manis naik dulu tau." Puan Laili hanya mengangguk sebelum masuk ke dapur untuk menyediakan air buat Manis.

"Assalamualaikum Luna...." Manis masuk ke dalam bilik Luna sesudah mengetuk pintu bilik itu.

"Waalaikumussalam." tersenyum lebar Luna saat melihat Manis masuk ke dalam biliknya. Ditepuk-tepuk ruang kosong di atas katilnya untuk gadis itu duduk. Mahu berbual dengan Manis seperti selalu. Itu sudah menjadi rutin wajibnya setelah berpindah masuk ke dalam rumah ini untuk berpantang.

Masih Luna ingat wajah Manis saat pertama kali datang melawatnya di sini setelah mendapat berita daripada Puan Laili bahawa Luna keguguran. Luna tidak sempat memberitahu Manis lagi ketika itu kerana tidak mahu menyusahkan Manis.

Sudahnya dia dileteri oleh Manis kerana tidak memberitahunya awal-awal. Kata Manis, apa gunanya mereka berkawan baik jika waktu susah tiada bersama. Luna hanya tersenyum. Manis memang salah satu hadiah teristimewa yang dikirimkan Tuhan kepadanya. Kawan baik dunia akhiratnya, dengan izinNya.

"Tersengih-sengih." tegur Manis kemudian dipeluk erat tubuh Luna. Seakan menyalur kekuatan buat kawan baiknya itu.

"Hehe. Kesian kau, luangkan hari minggu melawat aku."

"Ish mula lah tu." Manis menjeling Luna.

"Oh, by the way, family aku kirim salam." Luna menjawab salam dalam hati.

Seminggu selepas Luna keluar dari hospital, Manis membawa ahli keluarganya datang melawat Luna. Luna pula tidak kisah kerana dia kenal dengan ahli keluarga Manis. Keluarga Rafli juga ada melawatnya sekali ketika itu. Kata-kata semangat dan bersabar banyak diterimanya daripada mereka semua. Alhamdulillah, itu juga dapat memberikan kekuatan untuk Luna menghadapi ujianNya yang satu ini.

"Luna, nanti kau dah sembuh, dah habis pantang, aku nak ajak kau pergi holiday dengan aku. Aku support semuanya dari A sampai Z. Aku payung kau. Ok?!"

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now