Bab 50

9.9K 116 5
                                    

"Abang!" Luna menjerit kecil di tepi telinga Aariz yang sedang meneliti kerja di skrin laptopnya.

Tersentak Aariz kerana terkejut. Luna pula ketawa melihat reaksi suaminya. Jarang-jarang dia berjaya mengejutkan suaminya itu. Selalunya Aariz hanya membuat muka sahaja apabila dia cuba untuk mengejutkan Aariz. Dan kali ini menjadi!

"Heheheh. Yayy."

"Sayang..."

"Nah, air untuk abang. Panas ni, hati-hati. Sepanas cinta kita. Hihihi."

"Lepas jadi mama Aisa makin menjadi-jadi eh sayang. Kalau dulu, geli nak cakap macam tu."

"Heheheh. Alaa, biar lah. Nak hubungan kita sentiasa berbunga-bunga. Tak salah kan?"

Aariz mengangguk. Cawan yang berisi air itu diambil sebelum diteguk perlahan.

"Thanks, sayang."

"Emm. Abang banyak lagi ke kerja?"

"Kenapa?"

"Tanya je. Dari tadi lepas dinner tak habis habis menghadap laptop sampai Aisa dah tidur dah pun. Bila masa nak menghadap Luna pula?" Luna memuncungkan mulutnya.

"Oh, Aisa dah tidur?"

"Dah lah. Dah pukul berapa dah ni?"

"Sorry, sayang. Abang tak perasan pula. Abang tadi nak recheck balik dokumen ni sikit. Tak sedar pulak-"

"Hmm. Tu je jawapan abang." Luna mula berpeluk tubuh. Mulut yang sedia muncung makin bertambah muncung. Merajuk.

"Sorry, ok? Ok, kejap. Abang off ni then kita masuk tidur ye."

"Hmm yelah."

"Ok, dah. Jom." Aariz memimpin tangan isterinya ke dalam bilik.

"Ok, now. Abang nak luangkan masa dengan sayang. So, ada apa-apa yang sayang nak share kat abang ke? Apa-apa yang jadi hari ni?" tanya Aariz setelah dia menjenguk Aisa yang nyenyak tidur di dalam baby cot dan menghadiahkan sebuah kucupan sayang di dahi anak perempuannya itu. Kini Aariz duduk di atas katil bersama Luna. Perhatiannya kini sepenuhnya buat Luna sahaja.

"Hmm. Takde. Tadi kan masa dinner, Luna dah bagitahu abang. Lupa lah tu."

"Oh, ya. Hehe, abang lupa, yang." Aariz menggaru tengkuknya sambil tersengih apabila dijeling oleh isterinya.

"Abang."

"Hmm?"

"Emmm..... Malam ni.... Nak boleh?"

"Nak?" berkerut tidak faham wajah Aariz.

"Malam ni... Nak."

"Oh. Nak abang eh? Hahahah."

"Yelaaaa. Tu pun tak faham lagi ke? Ish."

"Yang sayang nak malu sebut tu kenapa?"

"Biarlah. Biarlah."

Aariz mencubit pipi Luna sebelum dia bangun dari katil untuk ke bilik air.

"Gi mana, abang?" tanya Luna hairan.

"Gosok gigi dengan cuci muka dulu lah, sayang. Sabar sikit ye." Aariz tersenyum nakal.

"Ohhh."

"Sayang dah cuci muka dengan gosok gigi ke belum tu?"

"Dah lah! Eeeeee." balas Luna dengan meninggikan suaranya tanpa sengaja. Geram.

"Yang.... Aisa tidur tu." kata Aariz yang menunjuk Aisa yang sedang tidur. Kalau anaknya bangun nanti, tergendala pula rancangan mereka suami isteri.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now