Bab 14

11.6K 149 1
                                    

Luna membuka mesej yang baru diterimanya. Senyuman mula terukir di bibirnya apabila membaca mesej itu.

Assalamualaikum Irisa. Weekend ni free tak? I nak ajak you keluar makan.

Waalaikumsalam. Free. Boleh tapi you belanja lah kan?


Selesai membalas mesej Rafli, Luna menunggu lelaki itu membalas mesejnya pula. Jari diketuk-ketuk di atas meja kerjanya. Sebentar lagi waktu lunch akan habis. Luna baru sahaja selesai lunch bersama beberapa kawan pejabatnya.

Ting!


Mestilah. I yang ajak kan.

Jumpa nanti Irisa. Gtg.

Please take care of your health and always stay safe ok.

Tersenyum-senyum Luna membaca mesej Rafli itu. Rafli selalu begitu, di akhir perbualan mereka mesti lelaki itu akan menaip 'take care, stay safe.' Tidak pernah sekali pun lelaki itu terlupa.





-






"Kerja you macam mana? Ok? Ada kes baru ke you handle sekarang ni?" tanya Luna yang sedang berjalan di dalam sebuah mall bersama Rafli.

"Alhamdulillah I tengah handle satu kes baru ni. Pening sikit lah kepala. Tapi hei, itu rezeki kan. I patut bersyukur dari merungut." Rafli tersenyum manis kepada Luna.

"Betul. Tapi ok je kalau you nak merungut sikit nak lepas lelah, penat bekerja. Kita bukan robot tau. Hehe. I tahu jadi lawyer ni sangat memenatkan. You masih bertahan sampai sekarang. Jadi lawyer yang berjaya pula tu."

"Takde lah. I biasa-biasa je. Banyak lagi perlu belajar."

"Eleh. Humble lah you ni. Tapi yelah semua pekerjaan ada cabaran tersendiri. And I masih tak percaya tau I kawan dengan lawyer sekarang ni." kata Luna dengan senyuman yang manis di mukanya. Wajahnya juga kelihatan teruja bercakap dengan Rafli.

"Kalau I jadi aunty Syafinaz, mesti I bangga gila yang anak-anak I berjaya dalam bidang yang berlainan pulak tu. Anak sulung lecturer, kedua lawyer, yang bongsu pula doktor. Wah!" terjerit kecil Luna.

"Alhamdulillah. I pun gembira dan bersyukur dapat banggakan parents I. Parents I pun tak kisah kita orang adik beradik nak jadi apa asalkan orang yang berguna." Rafli dan Luna sama-sama tergelak kecil dengan ayat terakhir Rafli.

"Parents I pun tak kisah tapi I pun minat lebih dekat marketing, business and so on. Papa happy gila sebab I boleh join company  dia nanti. Tapi kan, masa kecil dulu I nak jadi doktor tau! Bila dah masuk sekolah menengah I tak boleh lah time nak bedah katak, so yeah, I tak jadi nak jadi doktor." Luna tersenyum mengingatkan kembali zaman sekolahnya. Apabila disuruh membedah katak, dia hampir menangis di dalam makmal biologi itu kerana bermacam sebab.

Sebab pertama, dia amat geli dengan makhluk itu. Terlalu geli untuk memandang dekat apatah lagi memegang dan membedahnya! Kedua, dia tidak sanggup ingin menyakiti haiwan itu meskipun dia geli dengannya. Ketiga, ada seekor katak yang terlepas dan melompat ke arahnya, hampir memasuki ke dalam kain sekolahnya. Akibatnya, dia trauma dengan katak. Dasar katak tak guna!

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now