Bab 46

11.1K 137 6
                                    

"Siapa call tadi, baby?" tanya Aariz setelah mengambil tempat duduk di sebelah Luna.

Mereka berdua kini berada di ruang tamu, ingin meluangkan masa menonton night movie bersama. Aariz ada juga mengajak Luna untuk menonton movie di panggung wayang seperti dulu-dulu tetapi buat masa sekarang ini Luna tidak ada mood mahu ke panggung wayang.

Dia tidak betah duduk pada satu posisi sahaja buat jangka masa yang lama. Pinggangnya akan cepat berasa lenguh. Jika menonton movie di rumah, apabila dia lenguh duduk seperti biasa, dia boleh duduk bersila mahupun baring dan meletakkan kepala di atas riba Aariz. Atau terus berada dalam pangkuan suaminya. Dapat juga dia bermanja dalam masa yang sama. Hehe.

"Manis." jawab Luna ringkas sambil matanya sibuk mencari movie yang menarik untuk mereka tonton pada malam ini.

"Abang nak tengok movie yang mana? Luna tak tahu lah." kata Luna. Dia menggaru-garu kepalanya dengan wajah yang berkerut. Susah betul nak pilih movie yang menarik.

"Meh sini remote tu." Luna pantas memberikan alat kawalan jauh tv itu kepada Aariz.

"Manis call kenapa tadi? Dia cakap apa?" tanya Aariz sambil matanya dipakukan pada skrin tv. Mencari-cari movie baru yang best dan menarik.

"Ohh... Biasa lah update berita terkini hehehe."

"Hai, update berita malam-malam macam ni? Tak ingat ke baby ni dah bersuami? Bukan single lagi."

"Yeeee. Tapi bukan selalu lah, abang." beritahu Luna tidak mahu mengalah.

"Berita terkini apa yang sampai tak boleh tunggu pagi esok? Abang dengar baby tergelak-gelak tadi. Happy semacam je." Aariz mengerling sekilas ke arah Luna.

"Berita terkini yang sangat sensasi. Berita panas. Fresh dari oven tau, abang." balas Luna dengan riak wajah terujanya.

Dia kini memusingkan tubuhnya menghadap Aariz. Aariz turut sama memusingkan tubuhnya menghadap Luna. Ingin memberi sepenuh perhatian kepada Luna.

"Apa dia? Cerita lah." alat kawalan jauh kemudiannya diletakkan di tepi sofa.

"Tak lama lagi.... Manis nak kahwin!" Luna menjerit kecil. Teruja sekali lagi apabila Manis memberitahunya bahawa kawan baiknya itu akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

"Huh? Tiba-tiba? Dengan siapa? Bos baby tu? Ra... Rayyan tu eh?" tanya Aariz. Berkerut dahinya.

Luna pernah bercerita kepadanya yang bos isterinya, Rayyan ada menaruh hati dan perasaan pada Manis tapi buat masa sekarang mereka berdua hanya berkawan sahaja. Tidak lebih dari itu memandangkan Manis tidak mahu terlalu tergopoh-gapah untuk melangkah ke hubungan yang lebih serius.

Mahu mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu. Luna juga ada memberitahunya yang Manis bernekad untuk mengakhiri zaman bujangnya pada usia 30 tahun ke atas. Tapi sekarang? Hmm.

Laju Luna menganggukkan kepalanya sambil tersengih-sengih suka.

"Ye! Tak sangka kan? Luna pun terkejut gila masa Manis bagitahu tadi tau. Rasa macam tak percaya! Memang lah Luna tahu dorang tengah kenal satu sama lain. Tapi ni.... Tiba-tiba!" Luna menekup mulutnya dengan mata yang membulat. Teruja sungguh dia.

Siapa saja yang tidak teruja apabila mendapat tahu kawan baik sendiri mahu berkahwin? Lebih-lebih lagi dengan lelaki yang baik seperti Rayyan itu. Rayyan juga datang daripada keluarga yang baik-baik. Luna percaya kawan baiknya itu akan menjadi bertambah bahagia apabila berkahwin dengan Rayyan.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now