Bab 16

10.9K 121 0
                                    

"Luna tolong susunkan pinggan semua tu kat atas meja tu ya? Mommy nak naik kejap, ambil phone." Luna menunjukkan isyarat 'ok' kepada Puan Laili tanpa bersuara. Luna mula menghias meja makan sambil menyanyi kecil.

Aariz yang baru masuk ke dalam rumah melihat seorang perempuan yang sedang sibuk menghias meja makan membelakanginya. Dipandang perempuan itu atas bawah. Bertudung litup bersama dress labuh berwarna peach dengan corak bunga bunga kecil.

Berkerut dahi Aariz memandang perempuan yang berada di dalam rumah keluarganya saat ini. 'Siapa ni? Kawan Luna ke?' Ada dilihat kereta Luna diluar rumah.

Aariz hanya memerhati tingkah laku Luna tersebut yang masih menyanyi kecil tanpa Luna sedar kehadiran lelaki itu di belakangnya ketika ini.

Puan Laili yang baru turun tangga segera merapati Aariz dengan diam. Diperhati anak lelakinya itu yang asyik memandang Luna lama. Puan Laili mencuit bahu Aariz perlahan. Aariz yang tidak perasankan Puan Laili di sebelahnya mengurut dadanya kerana sedikit terkejut.

"Kenapa?" bisik Puan Laili perlahan kepada Aariz.

"Siapa tu?" mulutnya dimuncungkan ke arah Luna. Puan Laili mengerutkan dahinya memandang Aariz. Seketika dia baru teringat Aariz belum pernah lagi melihat penampilan baru Luna ini. Puan Laili tersenyum manis kepada Aariz.

"Luna." Aariz terus membulatkan matanya memandang Puan Laili. Salah dengarkah dia? Berkerut wajahnya tidak percaya.

"Luna? Luna?" tanyanya sekali lagi tidak percaya. Puan Laili hanya tersenyum dan menganggukkan kepala sebelum melangkah ke arah Luna. Membiarkan Aariz yang masih diam berdiri di situ.

Luna yang mendengar derap kaki yang semakin dekat dengannya terus memalingkan kepalanya memandang ke belakang. Dia senyum memandang Puan Laili sebelum matanya terpandangkan tubuh Aariz yang berdiri tidak jauh dari situ. Senyumannya mula memudar melihat Aariz yang turut memandangnya atas bawah.

"Dah siap dah Luna?" tanya Puan Laili.

"Sikit lagi. Sudu garfu tak susun lagi."

"Ok. Mommy nak cedok lauk kat dapur tu kejap."

"Keluarga aunty Syafinaz dah on the way ke mommy?"

"Hmm. Baru keluar rumah." Selepas menjawab pertanyaan Luna, Puan Laili terus berlalu ke dapur.

Aariz mula mendekati Luna yang masih sibuk menyiapkan meja makan. Luna hanya memandang Aariz dari ekor matanya sahaja. Tiada rasa mahu melihat wajah lelaki itu. Seketika dirasakan lelaki itu semakin menghampiri dirinya rapat.

"Sejak bila kau mula bertudung ni?"

Luna diam tidak menjawab. Tangan sibuk bekerja menyusun sudu garfu di sebelah pinggan-pinggan dengan kemas. Aariz menghela nafas kasar apabila pertanyaannya dibiarkan tidak berjawab. Giginya mula diketap rapat.

"Ke kau pakai tudung ni sebab dorang dinner sini hari ni? Nak tunjuk baik lah ni? Hmm?"

Pergerakan Luna terhenti serta merta apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki ini. Dipejamkan matanya seketika, cuba menahan sabar.

Luna memandang Aariz sekilas sebelum menjawab.

"Bukan urusan kau." Luna kembali melakukan kerjanya yang tergendala tadi.

"Apa-apa pasal kau, urusan aku." Aariz merenung Luna dengan pandangan tajamnya. Geram bila Luna berani menjawab begitu.

"Stop lah Aariz. Please lah. Aku takde masa nak bergaduh dengan kau. Kejap lagi nak dinner." dipanjang wajah Aariz dengan wajah yang penat. Penat melayan perangai Aariz yang satu ini. Sudahlah Aariz sembunyikan kewujudan teman istimewa lelaki itu, kemudian masih mahu mengongkong dirinya.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now