Bab 38

10.1K 169 13
                                    

"Apa yang you dah buat?!" tanya Aariz sambil mengetap giginya. Terlihat dengan jelas rahangnya turut bergerak-gerak. Manakala matanya tajam memandang wajah wanita di hadapannya ini.

"What?" balas wanita itu selamba sambil berpeluk tubuh. Tubuhnya disandarkan ke kerusi.

"Jangan nak pura-pura boleh tak? Jangan buang masa I! I tahu you ada jumpa Luna kan? You racun apa dekat dia huh?!"

"Hah? Ohhh. Haa, hari tu memang I ada terserempak dengan wife you tu. I tegur macam tu lah, biasa-biasa je. Wife you tu sombong betul. Eee berlagak macam-"

"Enough!!" sebelah tangan Aariz menepuk kuat meja makan sehingga membuatkan kedua bahu Tania terangkat naik. Membulat matanya memandang Aariz. Sudah lama dia tidak melihat Aariz naik angin.

Aariz menghembus nafas kasar. Dijeling orang-orang sekelilingnya yang memandang mereka berdua di dalam cafe ketika ini sebelum pandangannya mula dihala semula kepada Tania.

"You bagitahu I sekarang, apa yang you dah cakap dekat Luna."

"Apa? I tak faham lah. You ni nak marah-marah ni kenapa? Ish!" balas Tania. Nada suaranya jelas kedengaran gugup. Mula takut kepada Aariz ketika ini.

"I takde masa nak layan lakonan you tu. I tahu you ada jumpa Luna, reka cerita yang bukan-bukan tentang kita. Hotel.... Ya. Luna ada cakap tentang hotel. Something tentang I dengan you keluar masuk hotel. Tu semua kerja you kan? Apa yang you dah racun dekat Luna sampai dia percaya dengan semua penipuan you ni?" matanya memandang tajam mata Tania sekarang ini. Tahap kesabarannya sudah semakin menipis dengan wanita di hadapannya ini. Kedua tangannya digenggam di atas meja.

Tania yang melihat itu menelan air liurnya perlahan. Ah, dia sendiri yang berani sangat mahu bermain dengan api. Nah, sekarang rasakan sendiri akibatnya.

"Bagitahu I sekarang Tania. Now." kata Aariz lagi dengan nada suara yang ditekan dalam. Tanda menahan marah.

"Ok, fine! Jangan nak marah-marah boleh tak? Tak malu ke orang tengok hah? Ish." Tania menjeling Aariz sekilas dengan bibir yang tercebik.

"Hmm. Ya, memang kerja I pun. So what? Dia tu penyibuk je dalam hubungan kita ni, Aariz. Sebab dia, you dah tak pandang I. Sebab dia, you tak peduli langsung tentang I. You buat I macam orang bodoh, Aariz. Aariz... I sayangkan you. I cintakan you. I masih cintakan you. Sumpah, Aariz. I-"

"Hei! Boleh tak jangan main dengan sumpah? Murahnya pengakuan cinta you tu. Heh!" Aariz tersenyum sinis memandang Tania yang kini menayang wajah merayu kepadanya.

"Luna tak pernah sekali pun jadi penyibuk dalam hubungan kita yang dah lama mati ni. Hubungan kita dah lama tamat sebelum I bersama Luna pun. Sejak kita putus, memang I terus buang nama you dari hidup I. You sendiri tahu kan? So, jangan sesekali you nak salahkan Luna dalam hal ni. And, you kata apa tadi? Sayangkan I? Cintakan I? Kalau betul yang you kononnya cintakan I, you takkan curang belakang I dengan lelaki lain lah, Tania!"

"I... I... You. You punca I curang. Sebab you tak pernah sekali pun peduli tentang I. Kita bercinta tapi macam tak bercinta pun, Aariz. I sorang je yang beriya dalam hubungan kita. Tapi you? You tak pernah layan I macam girlfriend you langsung pun. Hati I sakit tahu tak? You buat I macam apa je. Bila you buat I macam tu, I... I sunyi. Haziq pula, waktu tu selalu ada dengan I. Dia yang selalu teman I kemana-mana. Nak harapkan you? Hmm!"

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now