Bab 27

13.7K 187 9
                                    

Sudah masuk dua bulan lebih Luna dan Aariz menjadi suami isteri yang sah. Hubungan mereka berdua masih sama. Sekejap bergaduh kecil, sekejap berbaik semula, sekejap Aariz menyakat Luna, sekejap Luna menyakat Aariz.

"Luna! Sini!" jerit Manis yang duduk di sebuah meja yang sedikit tersorok itu. Luna yang mendengar suara Manis terus memalingkan wajahnya memandang Manis dan menuju ke arahnya.

"Hai babe! Hihi. Rindunya lama tak jumpa....." ujar Manis setelah berpelukan dengan Luna.

"Eleh. Dua minggu lepas baru jumpa kan." kata Luna. Luna memutarkan bebola matanya ke atas.

"Ye-" ayat Manis tergantung seketika apabila melihat pelayan restoran mula mendekati meja mereka untuk mengambil pesanan.

"I nak set A ni and then air... Emm fresh orange lah. Kau Luna?"

"Hmm... Sama lah set A juga. Air... Lemon tea. Cold ya. Thanks."

"Thank you." ujar Manis juga. Melihat pelayan restoran yang mula menjauh, Manis menyambung kembali ayatnya yang tergantung tadi.

"Yelah tapi lama apa dua minggu tu tau." Manis memuncungkan mulutnya. Luna yang melihat hanya menjeling Manis.

"Ni kau baru balik dari jumpa client area sini kan? Sorang je ke?"

"Ha'ah. Tak lah. Ada lagi dua orang tapi aku bagitahu diorang aku nak lunch dengan kau."

"Oh."

"So macam mana persiapan bulan depan? Dah berapa banyak yang dah siap?"

"Hmm... Hampir semua dah siap. Ha, aku belum lagi bagi kad kahwin dekat office aku tu. Ingat nak bagi next week. Lepas tu tinggal nak ambil baju dari butik je lah. Itu je."

"Ohh. Aku pula yang tak sabar nak tengok kau bersanding nanti. Eeeee excitednya!" kata Manis sambil menghentak-hentak sedikit kakinya tanda teruja.

"Eh kau ni... Hahaha. Kau tu cepat-cepat cari pasangan. Nampak macam kau tu pun tak sabar nak kahwin."

"Ish nanti nanti lah. Haa tahu tak... Parents aku pun asyik cakap aku ni bila nak kahwin sejak kau dah kahwin hari tu tau! "Luna dah kahwin, Manis bila pula? Takde calon lagi ke?" ish kau lah ni." Manis merungut kepada Luna.

"Lah... Aku pula?" Luna hanya menggelengkan kepalanya dengan senyuman nipis menghiasi wajahnya.

"Hah Luna!" Manis terjerit kecil membuatkan Luna sedikit terkejut.

"Ish kau ni! Terkejut lah aku!" dijelingnya Manis yang sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Dah dua bulan lebih kan kau kahwin... Dah ada... Isi ke?" Manis bertanya perlahan sambil mengecilkan matanya memandang Luna.

"Hah?" Luna masih memproses ayat Manis sebelum matanya membulat besar.

"Ish! Mana ada! Memang tak lah." kata Luna pantas.

"Ohh. Eh? Korang pakai protection eh?" tanya Manis tanpa segan silu.

"Hmm. Sibuk lah kau ni tanya hal dalam kelambu orang."

"Tanya je. Ala itu pun marah hihi." Manis tersengih-sengih. Perbualan mereka terhenti apabila pelayan restoran mula menghantar pesanan makanan mereka.











-










Luna yang baru sahaja selesai mandi berdiri di hadapan cermin meja solek. Dibelek-belek tubuhnya yang hanya memakai bra dan seluar dalam ketika itu. Sekejap tubuhnya dipusingkan ke kiri, sekejap pula dipusingkan ke kanan. Tangan kanannya diletakkan di atas perutnya sebelum diusap perlahan-lahan. Dahinya sedikit berkerut. Seketika dia teringat akan perbualannya dan Manis semalam.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now