Sinopsis Cinta Dari Dulu

7.6K 74 3
                                    

Saya dah publish sinopsis Cinta Dari Dulu, iaitu cerita kedua saya yang akan menyusul selepas cerita Salah Arah tamat sepenuhnya.

Harap ada yang sudi untuk baca cerita kedua saya tu nanti :')

Di bawah, saya letak sekali sinopsis untuk cerita Cinta Dari Dulu. Sila la baca hehehe.

Untuk bab baru Salah Arah, saya masih lagi menaip :') Semoga cepat siap bab baru ni supaya saya dapat publish awal. Sorry buat awak semua tunggu lama.


-Muhammad Thaqif-

Pernah mencintai si gadis dengan sepenuh hati sebelum hatinya mati dihancurkan oleh gadis yang sama. Hati yang mati menyebabkan dia berdendam tidak akan melepaskan si gadis andai mereka bertemu sekali lagi pada masa akan datang.

-Iris Aliyah-

Pernah menghancurkan hati seorang lelaki yang ikhlas mencintainya tanpa si lelaki itu mengetahui kebenaran di sebalik apa yang telah berlaku. Ingin memohon maaf namun sayang, si lelaki sudah terlalu lama menyimpan dendam buat dia. Tiada jalan keluar buat dia selain menerima sahaja hukuman daripada si lelaki untuk membayar semua perbuatan lama yang telah dilakukannya.

-

"Kenapa? kenapa awak buat saya macam ni? kenapa awak tak pernah nak dengar apa yang saya nak cakap? Kenapa awak berubah sampai macam ni sekali Thaqif?" teresak-esak Iris menangis sambil memandang wajah Thaqif yang tidak langsung mempamerkan sebarang riak.

"Sebab semua yang keluar dari mulut kau tu sampah. Kalau dulu kau nak jelaskan, mungkin aku boleh dengar lagi. Kau layak dapat semua ni sebab perangai buruk kau dulu." balas Thaqif kemudiannya dia menghembuskan asap rokok ke wajah cantik Iris menyebabkan gadis itu terbatuk-batuk.

Iris bukanlah gadis yang lemah yang hanya menerima apa sahaja yang diberikan kepadanya. Bermacam-macam cara dilakukannya untuk terus cuba melawan dan bertahan namun akhirnya dia jatuh tersungkur juga hanya disebabkan satu perkara itu. Perkara yang membuatnya tidak dapat menemukan jalan penyelesaian yang lain.


Salah Arah (C)Where stories live. Discover now