Bab 7

25.2K 161 0
                                    

Beberapa Tahun Kemudian...

"Sedar tak sedar, Luna pun dah tamat belajar kan you. Sekejap je anak mommy dan papa ni dah besar." luah Puan Laili sayu mengenangkan cepatnya masa berlalu.

"Itulah princess I dah besar, dah boleh kahwin ni. Papa risau pula ni." tambah Dato Izham. Sengaja mengusik Luna dengan ayatnya.

"Papa dengan mommy ni ish. Buat drama petang pula. Papa! Luna baru je habis belajar. Kahwin apanya? Lambat lagi ok. Jangan risau." usai menjawab, Luna mengenyit mata kepada papanya.

"Luna kerja dengan papa la terus ye?"

"Hmm. Tak kot pa. Luna ingat nak rest dulu dalam dua tiga minggu sebelum cari kerja kat company lain." Luna mula menayangkan wajah seriusnya. Dia tahu apa yang ingin dicapainya dan tiada siapa dapat menukar fikirannya.

"Why?" tanya Dato Izham pelik. Mereka punya syarikat sendiri, kenapa Luna mahu mencari kerja di tempat lain?

"Luna ingat nak cari pengalaman kat tempat lain sebelum kerja dengan papa. Nak timba ilmu lebih hehe. Papa ok kan?"

"Anak papa tak pernah berubah. Papa ok je. Papa faham Luna. Luna nak yang terbaik kan. Papa sentiasa support Luna. Ingat tu." digosok lembut kepala anaknya itu. Senyuman lebar dan bangga terpamer di wajahnya saat ini. Anak perempuannya ini tidak pernah mengecewakan dia langsung. Dia amat beruntung mempunyai anak seperti Luna. Yang taat, baik dan menyenangkan hidupnya. Buat setakat ini.

"Thank you papa."

"Luna, ikut mommy dengan papa tak malam ni? Majlis kahwin kawan papa punya anak?" tanya Puan Laili.

"Emm. Tak kot mommy. Luna penat, ingat nak rehat. Last paper tadi kan, kepala pening-pening lagi ni. Ingat nak tidur awal." balas Luna serba salah.

"Takpe lah kalau macam tu. Mommy dengan papa je lah pergi. Luna rest ok. Jangan nak pergi marathon movie ke ape ke." pesan Puan Laili kepada anaknya itu.

"Ok mommy jangan risau. Lepas isyak terus Luna tidur sampai pagi esok hehe."






-





"Luna, mommy dengan papa nak pergi dah ni. Dah pukul 8. Oh ya, tolong kejutkan abang Aariz Luna tu. Tadi dia minta mommy kejut tapi tak bangun-bangun juga. Apa nak jadi lah dengan si teruna seorang tu." bebel Puan Laili di muka pintu hadapan.

"Aariz penat sangat la tu baru balik outstation dari Johor. Kesian juga. Sampai rumah terus k.o papa tengok." papa menggeleng kepalanya teringat akan Aariz yang sampai-sampai rumah pukul 6 petang tadi terus masuk ke bilik tidurnya sampai sekarang, tidur. Terlalu penat.

"Ok nanti Luna kejut." Luna menyalam tangan papa dan mommynya. Dilambai tangan ke arah kereta mereka yang mula meninggalkan halaman rumah itu.

"Emm masa untuk kejut Aariz pulak." gumam Luna sambil kaki melompat-lompat kecil menuju ke bilik Aariz.

"Abang Aariz... Aariz! Yuhuuu." ketukan bertalu-talu dilakukan oleh Luna ke pintu bilik Aariz.

Sepi. Tiada balasan. Terus dibuka pintu yang tidak berkunci itu dan berlalu masuk menuju ke arah katil Aariz.

Kelihatan sekujur tubuh sedang berselubung di dalam comforter itu. 'Amboi amboi amboi, sedapnya dia tidur.' kata Luna di dalam hati sambil menggeleng kepala melihat Aariz di dalam comforter itu.

"Aariz, bangun. Tadi suruh mommy kejut kan? Bangunlah." dicuit-cuit Aariz yang masih berselubung itu.

"Aariz..."

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now