Bab 1

19.7K 195 0
                                    

5 Tahun Kemudian...

"Luna, papa ada urusan di Johor empat hari ni. Mommy ikut sekali. Luna tinggal dengan abang Aariz boleh kan? Mak Sal pun ada boleh tengok-tengokkan kamu berdua." ujar Puan Laili yang sedang duduk di ruang tamu bersama Luna.

"Alaaaa. Luna nak ikut." sambil mengerdipkan mata beberapa kali kepada mommynya. Mencuba nasib, berharap mommy dan papa akan membawanya sekali.

"Luna sayang kan SPM tahun ni. Mommy tahu sekarang cuti sekolah tapi mana boleh ponteng kelas tambahan minggu ni. Luna nak exam dah. Nanti lepas SPM, mommy promise akan bawa Luna pergi holiday luar negara ok? Luna nak pergi mana cakap je, mommy cakap dengan papa." pujuk Puan Laili.

"Lambat lagi..." Luna memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

"Princess mommy and papa ni dah nak habis sekolah pun masih merajuk macam budak kecik tau tak. Comel!" Puan Laili mencubit pipi Luna sambil ketawa kecil. Ya, Luna terlalu comel di matanya walaupun gadis itu sudah berusia 17 tahun.

Sedar tak sedar, sudah hampir 5 tahun dia menjadi ibu tiri Luna Irisa. Dia bersyukur kerana Luna menganggapnya seperti ibu kandungnya sendiri. Dia juga tidak pernah membezakan cara layanannya terhadap anaknya, Aariz dengan Luna. Keduanya diberikan kasih sayang yang sama banyak. Jantung hati dia dan Dato Izham.

"Eee taknak panggil princess dah. Luna dah besar ok. Malu la kat kawan-kawan kalau dengar nanti. Tak nak." Luna menggeleng kepala berulang-kali sambil memejamkan matanya membayangkan jika rakan-rakannya mengetahui nama manjanya di rumah. Luna dan Puan Laili sama-sama tergelak sebelum terlihat kelibat Aariz yang baru turun ke bawah.

"Aariz nak pergi mana? Sini kejap. Mommy nak cakap." tegur Puan Laili.

Aariz memberhentikan langkahnya dan memandang ibu dan adik tirinya silih berganti.

"Mommy dengan papa takde kat rumah empat hari ni. Mommy ikut papa ke Johor. Aariz teman Luna kat rumah ya? Jangan kerap keluar balik malam-malam sangat."

"Mak Sal takde ke?" tanya Aariz dengan nada menyampah.

"Ada. Tapi Aariz kan lelaki. Mommy rasa terjamin sikit keselamatan Luna dan Mak Sal dalam rumah ni kalau Aariz ada sekali." balas Puan Laili dengan lembut. Terserlah sifat keibuannya.

"Hmm tengoklah. Aariz keluar pun sebab ada group discussion dengan classmates." matanya memandang Luna yang memandangnya tanpa kelip itu. Dia menjeling ke arah gadis itu. 'Sibuk je dia ni' kata Aariz di dalam hati sebelum keluar dari rumah.

Ya, dia tidak berbohong kepada Puan Laili. Dia sering keluar sehingga lewat malam kerana sibuk dengan banyak assignment yang diberikan oleh pensyarahnya. Selesai satu assignment, ditambah lagi yang lain.

Kadang-kadang naik angin sebab rasa belum sempat bernafas lega, ditambah lagi dengan assignment baru yang memeningkan kepalanya. Aariz menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta selepas mendapat keputusan SPM yang sangat baik.







-







Luna memasuki dapur, ingin mencari sesuatu yang boleh dimakan. Lapar kerana terlepas waktu dinner. Boleh pula dia tertidur dari pukul 8 malam hingga 2 pagi. Sebenarnya ingin tidur sebentar selepas selesai mengulang kali 2 bab mata pelajaran sejarah tanpa henti. Namun bila tersedar, jam sudah menunjukkan ke angka 2 pagi. 'Nap lah sangat Luna' bisiknya dalam hati.

Sudahnya, dia di dapur mencari makanan. Membuka tudung saji, kosong. Mungkin Mak Sal meletakkan lebihan lauk dinner di dalam peti ais, lalu badan dibawa menuju ke peti ais. Peti ais dibuka, mata mencari-cari lebihan lauk dinner yang sepatutnya disimpan di dalam peti ais sebelum dia mengerutkan dahi.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now