Bab 47

10.1K 136 7
                                    

Usia kandungan Luna sudah pun mencecah 6 bulan. Dan baru sahaja bulan lepas mereka bercuti di Dubai. Itu pun kerana Luna yang teringin sangat mahu ke sana sebelum dia melahirkan anak mereka berdua. Mahu babymoon katanya. Aariz ikutkan sahaja permintaan isterinya itu asalkan isterinya itu gembira dan bahagia selalu. 

Masih Aariz ingat kata-kata Luna sewaktu mahu mengajaknya bercuti ke Dubai.

"Abang."

"Ye, baby?"

"Tengok ni." Luna menunjukkan satu gambar yang berada dalam telefonnya.

"Hmm? Kenapa baby?"

"Jom gi sini nak? Luna teringin lah pergi sini lepas tengok gambar ni. Best je tengok. Nak jalan-jalan kat sini. Tadi pun Luna baru habis baca dekat blog orang pasal pengalaman dia bercuti dekat Dubai. Best tau abang. Jom abang? Please?"

"Emmm. Bila nak pergi? Baby dah sarat ni."

"Ala, baru 5 bulan, bang. Boleh lagi ni naik flight. Jom lah. Luna nak pergi sana sebelum bersalin nanti." Luna memuncungkan mulutnya sambil mengerdip-ngerdipkan matanya kepada Aariz. Cuba membuat muka comel dengan harapan Aariz akan setuju dengan permintaannya kali ini.

"Hmm. Tapi bulan ni abang busy sikit lah, baby. Banyak kerja nak kena handle kat office tu." kata Aariz.

"Alaaaa. Abang tak sayang Luna dengan anak kita ke? Kerja lagi penting eh?"

"Bukan macam tu, baby. Mestilah abang lagi sayang baby dengan anak kita.... Hmmm, ok. Macam ni lah, abang cuba settle kan kerja secepat mungkin dalam dua minggu ni. Lepas dah siap sikit, yang lain lain, abang minta tolong orang lain. Lepas je settle kerja abang, kita terus pergi Dubai, ok? At least bagi abang masa dua minggu ni. Boleh?"

"Hmm. Boleh. Haa, abang minta tolong papa lah. Papa mesti boleh tolong. Lagi pun abang asyik busy kerja je lately ni. Mesti papa faham punya. Ambil cuti seminggu je pun. Nanti Luna tolong cakapkan kat papa."

"Takpelah. Abang sendiri boleh bagitahu papa yang anak manja kesayangan dia ni mengidam nak babymoon kat Dubai. Hehehe."

"Heheh. Ala. Anak kita yang nak pergi Dubai tau. Tu yang buat Luna teringin nak ke Dubai jugak sekarang ni."

"Yelah, baby. Yelah. Anak kita ye? Ok..."

"Betul lah. Anak kita. Tak percaya ke? Ingat Luna suka suka ke guna nama anak kita, haaa? Eee."

"Iyalah. Abang percaya." Aariz tersenyum manis memandang isterinya.

Selesai membancuh susu panas di dapur untuk Luna, Aariz berjalan menuju ke arah isterinya yang kelihatan sedang tersenyum-senyum sendiri. Berkerut dahinya memandang wajah Luna itu.

"Tersenyum sorang-sorang ni kenapa? Takut pula abang tengok."

"Eh abang." Luna sedikit terkejut melihat Aariz yang sudah berada di sebelahnya. Tidak sedar sejak bila Aariz sudah duduk di sebelahnya.

"Ni ada lah ni yang dia fikir sampai tersenyum-senyum kan? Haa, apa dia? Bagitahu abang. Abang nak tahu ni."

"Takde ape lah." jawab Luna sambil tersenyum kecil memandang Aariz. Dia kemudiannya melentokkan kepalanya di tepi tubuh Aariz.

"Iye lah tu takde apa-apa. Ingat abang tak kenal ke isteri abang ni hah?"

"Hehe. Taklah. Luna cuma teringat yang bulan lepas kita gi Dubai tu. Tu je." kata-kata Luna sedikit sebanyak membuatkan Aariz terkedu kerana baru sahaja tadi dia juga turut sama teringatkan tentang babymoon mereka di Dubai. Memang kuat betul jodoh mereka agaknya. Berfikir perkara yang sama dalam waktu yang sama.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now